Latest Entries »

Followers

Saturday, April 25, 2009

PERJUANGAN TERJEMAHAN DARIPADA ILMU...

Ilmu agama adalah perkara yang amat penting dan menjadi kewajipan kepada seluruh ummat islam.Daripada tafsiran sepotong hadis yang dibuat oleh ulama',ilmu yang wajib dipelajari oleh semua orang islam adalah ilmu tauhid,feqah dan tasawwuf.Hadis tersebut adalah sebagaimana yang disabdakan oleh nabi muhammad ketika ia didatangi oleh jibril yang bertanyakan tentang islam,iman dan ihsan.justeru ulama' mengistinbathkan bahawa ilmu yang wajib dipelajari adalah 3 ilmu tersebut yang berdasarkan hadis di atas.Sabda nabi muhammad s.a.w,"awwaluddin ma'rifatullah".Maka wajiblah bagi semua umat islam mempelajari ilmu tauhid sebagai asas untuk mengenal khaliqnya.Maka apabila sudah mengenal khaliqnya maka wajib lah ia mengikut segala perintahnya.Maka disana memerlukan ilmu feqah untuk melaksanakan apa yang diperintahkan olehnya.Kerana jika kita beramal tanpa ilmu maka amal itu akan tertolak.Sebagaimana yang disebut dalam syair seorang ulama' "wakullu man bighairi ilmin ya'malu a'maluhu mardudatu lan tuqbalu.Justeru wajiblah kita mempelajari ilmu feqah.Namun feqah hanya mengajar untuk melakukan amalan yang sah,untuk mendapat penerimaan daripada Allah disana memerlukan ilmu tasawwuf untuk menjaga keikhlasan dan segala hal yang berkait dengan hati.Jadi jika nak lebih faham kene lah belajar. X cukup sekadar tu,intihanya,terjemahan daripada ilmu ini adalah perjuangan.x fhm?.buat-buat la faham.Dalam perjuangan ilmu tauhid adalah untuk kita faham apakah hadaf kita berjuang.sudah semestinya untuk menegakkan kalimah la ilaha illallah.ilmu feqah pulak atupun syariat bukan sahaja untuk kita tahu,tapi ia wajib ditegakkan.Maka wajiblah kita beriltizam dengan jemaah islam yang memperjuangkan islam sehingga menjadi ad din waddaulah.Dalam perjuangan pulak kita memerlukan tasawwuf agar niat kita dalam perjuangan tidak lain tidak bukan hanyalah untuk Allah.Melalui ilmu ini juga lah kita dapat memahami kewajipan bergantung kepada Allah sebulat-bulatnya di dalam perjuangan.Walaupun kita berkerja kuat untuk memenangkan islam,kita tidak boleh berpegang kepada usaha kita.Contohnya jika diberi kemenangan,kita pun berkata"inilah hasil kerja kita dan strategi kita" dan lansung tidak ada rasa ianya datang daripada Allah.Maka sia-sia lah usaha kita.begitulah contoh yang dapat ana bagi.sampai disini saja kot dulu...moga kita mendapat manfaat....arraji ilaih...

Tuesday, April 21, 2009

MASYALLAH!!!SUNGGUH INI JANJI ALLAH,SUNGGUH INI KUASA ALLAH..

Selepas Allah s.w.t memberikan kemenangan kepada islam dibeberapa negeri.Tak putus aku membaca surah annasru tika dalam solat imma makmuman am imaman kerana di dalamnya terkandung ayat tentang kemenangan islam sepertimana firman al-haq yang berbunyi "APABILA TELAH DATANG PERTOLONGAN ALLAH DAN KEMENANGAN(1) DAN KAMU MELIHAT MANUSIA BERBONDONG-BONDONG MASUK KE DALAM AGAMA ALLAH(2)....ila akhirih".Lalu satu ketika terdetik dalam hati aku bilakah akan berlaku perkara yang disebut dalam ayat yang kedua di atas.Semalam aku menaiki motosikal LC angah ke masjid Pengadang Baru untuk mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ust Mustafa Kamal.Setelah i'tikaf seketika barulah nampak kelibat Ust Kamal.Bersih wajahnya memancarkan ketaqwaan seorang ulama muda penawar kejahilan masyarakat.Teringat pada sepotong hadis nabi yang menyatakan"sebaik-baik manusia dalam kalangan kamu adalah apabila kamu melihat wajahnya maka kamu akan teringat kepada Allah".merekalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah dalam kalangan ulama'.Ust Kamal pun mengambil tempatnya untuk memulakan kuliah.Tiba-tiba seorang AJK masjid menghampiri Ust seolah-olah berkata sesuatu kepada ust.Ust turun semula ke lantai masjid yang berkarpet tebal dari kerusi tempat dia menyampaikan kuliah.AJK tersebut mengambil pembesar suara.Kelihatan kelibat seorang pemuda mirip seorang cina menuju ke arah ust."Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh,di sini ade satu pengumuman"kata AJK tersebut."malam ini akan berlansungnya
satu majlis yang amat bersejarah bagi kita umat islam,untuk pengetahuan semua malam ini kita akan menyambut seorang saudara baru yang akan melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan ust".AJK tersebut menjemput ust."YA ALLAH!!!"detik hatiku."Realiti ke ni?,ahmadullah subhanahu wataala".Baru siang tadi terdetik dalam hati aku,sekarang terpampang di depan mataku seorang buddha mengucapkan dua kalimah syahadah.....benarlah janji-janji ALLAH.