Latest Entries »

Followers

Monday, May 18, 2009

PROGRAM BODOH,MEROSAKKAN.....

Perkataan tu lah yang sesuai ana sebut uuntuk program-program yang tiada kebaikan lansung malah menambah dosa yang ditayangkan di TV9."EWAH-EWAH" yang ana maksudkan.Ya allah macam dah takde program lain dah ke yang nak ditayang?.Lansung tiada pengisian.Habis anak-anak muda dihanyutkan dengan kelalaian.Pergaulan lelaki dan perempuan yang lansung tiada batas,gadis-gadis terpekik terlolong.Mampukah nanti mereka menjadi anak harapan kepada ibubapa mereka untuk menjadi imam tatkala jasad ibubapa terbujur kaku menghadap Allah?(BUKAN SU'U ZHON,TAPI NAK AJAK BERFIKIR),dapatkah ibubapa mengharapkan doa daripada mereka tatkala mereka sendirian dalam kubur?.Apa yang menyedihkan,pelaja-palajar jurusan agama sebuah universiti atau mungkin lebih diperalat untuk menjadi audien program tersebut.Siapa lagi yang nak kita harapkan jika pelajar-pelajar agama juga turut tenggelam dalam kelalaian.Sabda nabi muhammad s.a.w "alghaflah tanalus syahwah'.kelalaian menyebabkan datangnya nafsu syahwat.Justeru tidak pelik lah jika gejala sosial dan jenayah semakin meningkat.Silap siapa?,sudah tentu silap orang yang tukang bagi kelulusan.kerajaan la sape lagi.Maka wajib jatuh kan umno untuk selamat anak-anak muda islam dan islam itu sendiri.Mereka sibuk mencari jalan penyelesaian.Di dalam khutbah jumaat yang dikarang oleh ustaz-uztaz kerajaan,mereka sibuk mncari jalan penyelesaian yang berbagai-bagai.Malu nak sebut kembali kepada hukum Allah.Mereka tak tau ke?,mustahil,ade dalam kalangan mereka yang lepasan azhar.Dah tu kenapa?,pikirlah sendiri ye.Jadi sama-samalah kembali kepada kitab Allah dan Sunnah rasulullah.Moga-moga kita semua diredhai Allah s.w.t.REDHA ALLAH ADALAH LEBIH UTAMA DARIPADA REDA MANUSIA.

TERIMA KASIH USTAZAH..

USTAZAH AISYAH..
KAU DITAKDIRKAN OLEH ALLAH UNTUK MENGAJARKU BAHASA ARAB...
YANG AKU TIDAK MENGERTI TENTANGNYA SEBELUM INI....
BERMULA DI SEKOLAH RENDAH ISLAM AHMADIAH MELAKA....
AKU MENGENALI BAHASA ARAB MELALUI DIRIMU...
TEGAS,GARANG....
ITULAH KEPERIBADIAN YANG KAU TUNJUKKAN PADAKU KETIKA ITU...
TAPI TEGAS BUKAN TEGAS YANG KOSONG DARI PENGISIAN...
GARANG BUKAN GARANG YANG TIADA TUJUAN...
SETIAP HARI ILMU YANG BARU SENTIASA BERTAMBAH DALAM KALBUKU..
BERMULA DARI DARJAH EMPAT AKU SUDAH BERJAYA MENGHAFAL TASRIF FI'IL HASIL DIDIKANMU...
SAMPAI SEKARANG TAK KULUPAI...
MADI,MUDARI',AMAR,SEMUA KUHAFAL...
THULASI MUJARRAD,FI'IL MAZID JUGA...
FA'ALA-YAF'ULU-FA'LAN-FAA'ILUN-MAF'ULUN-IF'AL-LATAF'AL-MAF'ALUN-MAF'ALUN-MIF'ALUN AKU MEMPERDENGARKAN HAFALANKU DIHADAPANNYA...
AHSANTA...
JAWAPANNYA UNTUK AKU...
SETIAP HARI WAJIB MENGHAFAL PERKATAAN BARU BESERTA MAKNA...

SEHINGGALAH KE TAHUN AKHIR...
AKU MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSRI...
ALHAMDULILLAH...
NAJAH BIIZNILLAH..

BEKALAN ILMU YANG AMAT BERHARGA KU BAWA SEBAGAI BEKALAN DI KOSTAQ YT BESUT...
SETERUSNYA KE IMTIAZ,SMAASZA YANG KUCINTAI DAN INSYAALLAH KE UNIVERSITI AL-AZHAR...
MOGA-MOGA IANYA KEKAL HINGGA AKU MATI...


TERIMA KASIH USTAZAH...
SEMOGA GANJARAN YANG BESAR AKAN DIGANJARKAN KEPADA USTAZAH...
DARI ANAK DIDIKMU YANG DHAIF AHMAD MUZANI BIN ABD RAHMAN...

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU....

Wednesday, May 6, 2009

MESTI ULAMA' YANG MEMIMPIN PAS

KAMI tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh ulama'. KAMI ada alasan dan hujah.
Satu - Semangat Kepimpinan Ulama’.Semangat ini perlu diterjemahkan secara praktikal. Paling praktikal ialah dengan menjadikan dua jawatan tertinggi parti ini dipegang oleh ulama’.
Dua - Timbalan Presiden Adalah Presiden.Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat Presiden adalah ulama’ maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah seorang ulama’ agar semangat kepimpinan ulama’ itu sentiasa segar.
Tiga - Kemampuan Ilmu Syarak.Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus daripada sumber-sumber yang muktabar. Hanya ulama’ yang mampu melakukan itu semua.
Empat - Pas Adalah Gerakan Islam.Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam.
Lima - Tiada Cacatnya Timbalan Presiden Adalah Ulama’.Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama’ dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah, itu adalah masalah individu terbabit bukan masalah ulama’. Jangan korbankan ulama’ kerana individu.
Enam - Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama’?Sistem pendidikan kita bukan seperti sistem pendidikan di Mesir atau negara-negara Arab yang lain. Sekadar contoh, jurutera atau doktor mereka menguasai Fiqh, Usul Fiqh, Tafsir, Usul Tafsir, Hadis dan Mustalah Hadis dan ilmu-ilmu syarak yang lain. Tetapi jurutera dan doktor kita sebahagian besarnya adalah asing dengan disiplin ilmu itu. Memang ada yang boleh berbahasa Arab, tetapi kemampuan berbahasa sahaja bukan bermakna berupaya menguasai semua disiplin ilmu itu.
Tujuh - Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain.Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama’ sebagai tunggak. Sesiapa sahaja boleh berada di hierarki tertinggi parti-parti itu. Mengapa kita perlu sama dengan mereka? Lebih baik dan lebih bermakna kita kekalkan kelainan dan keunggulan kita.
Lapan - Kita Bakal Mundur Ke Belakang.Kita sedang mara dengan identiti kita sendiri. Masyarakat bukan Islam menerima kita dengan identiti kita ini. Adakah, setelah kita diterima dengan begitu baik dengan identiti itu, kita ingin mundur ke belakang semula? Kemudian selepas beberapa puluh tahun, kita ingin gagaskan semula kepimpinan ulama’ apabila parti kita tidak lagi menghayati ruh itu?
Sembilan - Buatlah Kerja Masing-masing Dan Buktikan Kecemerlangan Masing-masing.Mereka yang berada di kerusi Naib Presiden sekarang hendaklah meneruskan kecemerlangan masing-masing. Adakah tugas anda sebagai Naib Presiden sudah benar-benar selesai sehingga anda perlu mara dengan jawatan yang lebih tinggi? Kemudian setelah itu anda perlu mara lagi dengan jawatan yang lebih tinggi sebagai Presiden pula, hebat benarkah anda?
Sepuluh - Kewajipan Kita Ialah Memperkukuh Institusi Ulama’ Dan Memartabatkan Ulama’.Majlis Syura Ulama’ masih ditahap seperti dahulu, tidak berkuku dan tidak berbisa. Ketrampilan semangat kepimpinan ulama’ melalui Majlis Syura Ulama’ tidak terserlah langsung. Dalam suasana sebegini, maka semangat kepimpinan ulama' perlu diterjemahkan dengan dua jawatan tertinggi parti.Isunya di sini bukan individu tertentu. Tiada siapa menafikan jasa dan sumbangan sesiapa, tetapi adakah jasa itu perlu dibalas dengan meletakkan mereka di kerusi yang lebih tinggi semata-mata kerana kita tidak berpuashati dengan seseorang sehingga kita sanggup menjadi seperti orang lain.Orang lain itu siapa? Ya, parti yang tidak meletakkan ulama’ di hierarki utama kepimpinan parti mereka.Sesiapa pun boleh berada di dua kerusi tertinggi itu, asalkan dia adalah seorang ulama’.Pemuda Pengkalan Chepa

AMANAH RAYA AL-KAZZAB..

Hari khamis malam jumaat macam biasa ana akan ke kuliah ust aidil adha kat surau sebelah SHAMS.malam tu ana pergi dengan sahabat ana Ust Abdullah Amir.Mase tengah-tengah sedap duk dengar ust bagi kuliah,hand phone tiba-tiba berdering."hello assalamualaikum,ni ahmad muzani ke?"kata suara dalam telefon bimbit ana."ye saya","sape ni?,ade ape?"balas ana."adik terpilih untuk menghadiri temuduga biasiswa amanah raya untuk pengajian islam di Universiti Al-Azhar Mesir" jawab perempuan tersebut."ok time kasih,assalamualaikum"ana mengakhiri perbualan.Gembira jugak hati ni bile nak dapat biasiswa.Dengan semangatnya ana terus beli tiket untuk pulang ke melaka.Sebab nanti kene pergi ke amanah raya dengan ayah.Tapi pelik jugak,kenapa kene pegi dengan ayah ek?.Takpelah,tanpa berfikir panjang ana pun balik la ke melaka.Pagi selasa kamal dengan muiz akan ditemuduga.hari tu ana kerap hubungi mereka berdua untuk bertanyakan tentang perkembangan di sana.Sampai satu ketika sampailah satu mesej daripada muiz."Salam muzani,amanah raya kate biasiswa hanya untuk kos sains sosial islam je".Bermula drpd tu lah ana sedar telah berlaku tipudaya dalam hal ni."kata untuk pengajian islam,dah sampai kat sana baru kbo untuk kos lain,memang dasar penipu pumya UMNO".
Bukan Amanah Raya tapi UMNO Raya.Baru la ana sedar apakah tujuan merka memanggil ibubapa pergi ke sana.Rupa-rupanya untuk mempengaruhi ibubapa dengan tawaran biasiswa sebanyak RM50000 selama 4 tahun.Tapi maaf lah amanah raya,mak ayah saya tak pelahap duit tu.mereka awl-awal lagi tolak setelah dapat tau tentang perkara ni.Alhamdulillah,mujurlah dapat tau.Namun ana tetap rasa simpati kepada sahabat-sahabat yang telah berhabis wang untuk ke Kuala Lumpur.lebih-lebih lagi yang pergi dengan ibubapa masing-masing.ade yang terpaksa minta cuti tanpa gaji.Ade yang datang dari Kelantan dengan ayahnya yang buta.Ana Simpati terhadap mereka.Walaupun dalam keadaan susah begitu,ramai dalam kalangan mereka yang menolak dan memilih untuk terus thabat untuk mendalami agama.bersambung..