Kini al-faqir berada di bumi anbiya'.Jauh dairi tanah air tercinta.Tarbiyah yang diterima di sana serta perjuangan yang pernah dilalui membuatkan al-faqir rindu untuk kembali.Namun di sini al-faqir akan tetap teguh dengan inayah daripada Allah untuk mereruskan perjuangan untuk Islam sekadar kemampuan al-faqir yang dhaif lagi hina ini di bawah satu wadah iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).Satu fikrah satu amal.Persatuan yang telah membawa satu wadah perjuangan untuk menyatukan fikrah para mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar dibawah satu fikrah iaitu fikrah Islam yang juga telah melahirkan ramai mujahid-mujahid Islam yang sedang menerajui kepimpinan gerakan Islam di Malaysia tanah air tercinta.
Tujuan sebenar al-faqir menulis kali ini adalah untuk berkongsi apa yang telah dilalui sepanjang cuti selepas berlalunya peperiksaan.Kerana keluarga sudah bertanya,bila nak letak gambar lagi?.
Jadi inginlah al-faqir berkongsi serba sedikit perjalanan al-faqir sepanjang cuti berlansung.
1)Hari Keluarga KPT(Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir)
Banyak acara telah diadakan pada HIKMAT tahun ini.Pelbagai acara padang dan dewan telah berlansung dengan meriah sekali.Namun ana pohon kemaafan kerana tidak dapat meletakkan gambar-gambar keseluruhan program kerana terlalu banyak acara.
2)Jaulah ke Dumyat.
Kumpulan nasyid baru.Kumpulan Al-FaRiMuDin.Gabungan nama Ust Farezuan,Ust Ridhuan,Al-faqir dan Ust Din.huhu...
Di pertembungan antara dua laut dan satu sungai yang mana tempat ini juga dikatakan tempat bertemunya nabi Musa dan nabi Khidir 'alaihimas salam.Kitab karangan Al-Imam Al-Hafiz A-Hujjah Ath-Thabat Sulaiman Bin Asy'as Bin Syadad Abu Daud Al-Azdi As-Sijistani.Lahir pada 202h dan tinggal di Basrah.Beliau mengembara menuntut ilmu ke Iraq,khurasan,Syam,Mesir dan Hijaz.
نفعنا الله بعلومه في الدارين امين
نفعنا الله بعلومه في الدارين امين
Sebahagian pelajar-pelajar Terengganu yang baru pulang dari kelas Sunan Abi Daud bersama Syeikh Yusri Rusydi Hafizahullah.