Latest Entries »

Followers

Tuesday, March 30, 2010

CALON SAYA DAN KITA

SATU FIKRAH, SATU AMAL, KITA PMRAM



Barisan calon BP PMRAM 2010 pilihan kita.

Dan beliau adalah pilihan utama saya...


Nama : Mohd Solehuddin Mohd Safien
No PMRAM : 19760
Negeri : Terengganu
Kuliah : Syariah Islamiah Tahun 2
Cawangan : Kaherah

Bukan kerana sentimen kenegerian.Tetapi kerana saya mengenali beliau yang satu jalan 'tarbiyyah' dengan saya.Saya mengenali beliau dan yakin dengan beliau.Juga kerana KITA PMRAM!!

Gambar:aminstudio

Sunday, March 28, 2010

Dapat anugerah..


Alhamdulillah blog 'biase-biase' ini mendapat anugerah daripada sahabat blog (aminmenulis) yang juga sahabat seperjuangan ana (Ust Al-Amin). Sebagai penghargaan ana tunaikan permintaan sebagai syarat untuk menerima award ini. Mudah-mudahan dengan award ini dapat membangkitkan lagi semangat al-faqir untuk terus menyampaikan dakwah melalui alam maya ini sekadar kemampuan al-faqir yang terlalu banyak kekurangan di sisinya maulanya.

Syarat-syarat nak ambil award ini :

1) Thank and link the person who gave you the award.
2)
Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4)
State 7 things about yourself.


The task..

1) Thank and link the person who gave you the award.

Jazahullahu khairan kathira buat aminmenulis kerana sudi memberikan anugerah ini untuk laman IJLIS BINA NU'MIN SA'AH.Blog beliau memang blog yang tersangat menarik dengan pelbagai isu semasa yang ditonjolkan sehingga dapat menarik ramai pengunjung untuk memasuki blog beliau. Aminmenulis juga semakin meningkat naik menjadi antara blogger yang dikenali ramai lebih-lebih lagi selepas menjadi penyampai berita pertama mengenai kematian seorang pelajar perubatan di Mesir. Akhirnya,terima kasih juga kerana terus sudi menjadi sahabat karib ana.Kerana perkara inilah sebenarnya ana mendapat anugerah daripada blog terkenal ini.Syukran min..


2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

Maka insyaAllah anugerah ini akan diberikan kepada mereka yang kerap mengunjungi blog ini dan beberapa blog lain yang menjadi blog pilihan al-faqir. Terimalah daripada ana..

1. Ust Ahmad Fahmi (Pendidik yang tak lekang dengan kitab)
2. Ust Syukri Nazar (Pendakwah berilmu dan pemidato yang mampu memukau)
3. Ust Ahmad Ulwan (Sahabat seperjuangan..moga ana juga diterima sebagai sahabatnya,teruskan perjuangan)
4. Ust Tengku Khairul Idham (Naqib ana masa sekolah dulu. Seorang yang selamber dan cool)
6. L bro M (Bekas anak didik walaupun sekejap,tetapi terus kekal ingatnnya pada ana hingga kini.Alhamdulillah..)
7. Abg TG (Senior dalam tarbiyah yang baik hati..moga istiqamah dalam perjuangan ye sir)
8. Abg Hakim (Blog perjuangan..teruskan perjuangan)
9. Warna-warna Kehidupan (Memang penuh warna,terlalu banyak warna..pino mate)
10. Damba kasihmu tuhan (blog yang juga Ilmiah)
11. Tinta permata(Blog Muslimah)
12. Dr. Anas(Seorang doktor perubatan yang hensem yang amat menghormati para Ustaz,jangan la cium tangan ana lagi yee..ma ana li uqabil,hihi)
13. Ust Fahmi
14. Ust Mustaffahmi(Ust kacak dari Shoubra..hihi)
15. Kepada yang meminati al-faqir..huhu..(luga pulok rasenye)


3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.

Beres..hamba mengikut arahan.Jadi kepada mana-mana penerima anugerah,mudah-mudahan dapat menerima anugerah ni ye..


4) State 7 things about yourself.(Pastu ana pandai-pandai pi tambah lagi 3..huhu)


1)Akhukum fillah,Ahmad Muzani Bin Abd Rahman,kacukan Terengganu dan Melaka.

2)Tidak pernah merasai suasana belajar di sekolah biase kerana dari kecil dihantar oleh ayah untuk belajar di sekolah agama.Bermula daripada PASTI,Sek Ren Islam,Sek Men Agama.

3)Kini melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang,Jabatan Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar,Kaherah.

4)Anak sulong daripada 5 orang adik-beradik.

5)Mempunyai 2 orang adik lelaki yang tampan dan cute dan 2 adik perempuan yang comel lote..hehe..sayang adik-adik abang,rindu la pulak rasenye.

6)Seorang yang suka berpenampilan pemuda Islam dan seorang yang sensitif..maafkan ana atas kelemahan diri.

7)Seorang yang mesra dengan mereka yang mengenali.Jika orang yang tidak mengenali,pasti sukar untuk mendekati.InsyaAllah ana akan mulakan untuk memperkenalkan diri..

8)Suka hidup bermasyarakat,tidak boleh duduk saje2(tanpa amal islami)..

9)Mewarisi jiwa seni tokki dan atuk. Sebab tulah kot boleh bernasyid sikit-sikit dan boleh bermain perkusi(yang tidak bertali dan tiup). Cuma drum je tak pernah ketuk..hihi..menanti juga ni peluang yang tak kunjung tiba.Tapi tak boleh dikhalayak ramai..hihi.

10)Bercita-cita untuk berkerja dengan Allah dan Rasul sepenuh masa.Kerana gajinya yang cukup lumayan dan sentiasa naik serta majikannya yang tak pernah tipu dengan janjinya iaitu Allah.Justeru,seorang yang ingin bekerjaya dan hidup mewah seperti insan lain mungkin tidak dapat menerima al-faqir sebagai suami.Tetapi al-faqir tetap yakin akan ada seseorang yang sudi menjadi teman al-faqir dalam meneruskan perjuangan.Sudah pasti beliau adalah seorang yang yakin dengan rezeki Allah. Susah nak dapat tu..huhu.Aih..panjang la pulak,nantilah al-faqir postkan ciri-ciri calon isteri.Tunggu...

Sekian saje dari al-faqir..as alullaha ta'ala an yaj'alana minal muttaqin wal mukhlisin,amin...

Thursday, March 25, 2010

CALON KITA


BIODATA

Nama : Mohd Salehuddin Bin Mohd Safien
Asal : Dungun, Terengganu
Umur : 23 Tahun
Pendidikan : Tahun 2 Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang (Islamiyyah)
Jawatan semasa : EXCO Kebudayaan, Kesenian & Sukan KPT

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN CALON

1- Seorang Hafiz Al-Quran 30 Juzu'
2- Bercirikan kepimpinan.
3- Berpewatakkan ceria, murah senyuman dan mesra rakyat.
4- Bersungguh-sungguh dalam kerja dan suka menolong orang.
5- Memiliki skill pengucapan umum yang mengujakan.haha3x
6- Mempunyai sebuah motosikal besar 'hammer'.
7- Tauke broadband
8- Bergiat aktif dalam lapangan HPA Indusri dan berkeupayaan memajukan ekonomi.
9- Mempunyai banyak link dan kenalan yang menghubungkan seluruh Mesir termasuk juga Malaysia.
10- DAN yang paling penting, beliau pejuang kelahiran 'tarbiyyah'.

Saya menjamin bahawa anda tidak akan kecewa memilih calon berwibawa ini dan saya berkeyakinan besar bahawa beliau mampu untuk membawa suara kita ke peringkat atasan.Undi anda penentu masa depan!!!

Selamat memilih...

PENAFIAN:-

Artikel ini tidak menunjukkan sebarang lobi-melobi calon ataupun sebarang usaha untuk mendapatkan projek daripada calon.haha3x

Sekian...

*Diedit daripada tgidham corner.

PILIHANRAYA PMRAM


PMRAM atau Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir adalah sebuah persatuan pelajar terbesar di Mesir yang menaungi seluruh mahasiswa/wi Malaysia dan juga dari Asia Tenggara.

PMRAM adalah persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan dikategorikan sebagai badan NGO yang diiktiraf oleh kerajaan Mesir.

Sepastinya bagi sebuah persatuan sebesar ini, meruntun kepada kesinambungan pemimpin yang berkualiti. Maka, proses pemilihan juga bukanlah sembarangan.

Setakat pengetahuan pemilih,ini adalah pilihanraya kali pertama semenjak jawatan YDP ditukar kepada Presiden.

Justeru sama-samalah kita ahli-ahli PMRAM untuk turun mengundi walaupun penulis sendiri belum boleh mengundi.InsyaAllah doa mengiringi calon pilihan penulis.

* Semakan daftar pemilih pilihanraya umum [PRU] PMRAM boleh dibuat pada 28 Mac - 1 April 2010.

Tuesday, March 23, 2010

Mengapa pilih kasih??..Nak jaga atau zalim??..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedang asyik mengemaskan bilik sementara kelapangan waktu,masuk seorang senior ke dalam bilik ana.Kami pun berboraklah tentang beberapa perkara dan antara yang dibicarakan adalah mengenai urusan zakat.Kerana beliau tinggal di Syibin dan datang ke Kaherah untuk urusan zakat.Kata beliau,

"Susah sungguh lening nak buat urusan zakat,tak macam tahun-tahun dulu.Macam-macam yang perlu kita buat sebelum nak dapatkan zakat tu,kene buat pelan tempat tinggal di Mesir.."

Ape kejadahnya(kasar sikit) semua ni.Mengapa perlu disusah-susahkan urusan yang sepatutnya dipermudahkan.Sudah menjadi hak mereka yang menuntut ilmu agama Allah untuk menerima zakat kerana mereka termasuk dalam asnaf yang lapan iaitu (ابن السبيل).Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullahu ta'ala dalam menafsirkan apa yag dikehendaki dengan ibnus sabil di dalam kitabnya ihya' 'ulumuddin,beliau menyatakan ibnus sabil adalah,

(وهو الذي شخص من بلده ليسافر في غير معصية أو اجتاز بها فيعطي ان كان فاقرا وان كان له مالا ببلذ آخر أعطى بقدر بلغته)

Maka fahamlah kita bahawa ibnus sabil adalah mereka yang musafir bukan untuk tujuan maksiat.Maka diberikan kepada mereka zakat walaupun mereka mempunyai duit.Jadi ia tetap mesti diberi kerana golongan pelajar di sini tergolong dalam kalangan yang telah disebutkan tadi.Ia tetap menjadi kewajipan kerajaan walaupun kerajaan sering memberikan alasan yang bermacam-macam yang sebenarnya hanyalah untuk menyekat kemudahan untuk pelajar-pelajar jurusan agama.Jika alasan duit yang diberikan tidak digunakan sebaiknya,itu adalah dari sudut yang lain.Apa yang kita lihat di sini adalah kewajipan kerajaan memberikan zakat kepada yang berhak.Jadi jika ada para pelajar yang mungkin tidak menggunakannya dengan baik,tugas kerajaan adalah menasihati bukan menghalang.kasihan sangat kepada yang bersungguh-sungguh belajar kerana turut terkena tempiasnya.

Walaubagaimanapun,ana yakin kerajaan bukanlah hendak menjaga tetapi memang ingin menghalang dan terus memberi tekanan kepada pelajar takhassus agama.Kami mengakui inilah lumrah pelajar agama bila berhadapan dengan kerajaan sekular akan tetapi kami tidak akan berdiam diri dalam menegakkan kebenaran dan membasmi kezaliman.

Mengapa ana mengatakan sebegitu rupa?,kerana sahabat-sahabat ana dalam kalangan pengajian Islam yang datang dengan pinjaman Yayasan Terengganu juga diperlakukan seperti anak tiri sedangkan mereka meminjam.Sehingga hari ini duit yang sepatutnya masuk ke akaun mereka masih belum didapati.Apabila ditanya mengapa lewat?,jawapannya "pelajar-pelajar pengajian Islam ni kalau kita masukkan duit cepat-cepat die buat guna untuk balik malaysia".

Astaghfirullahal 'azhim,sungguh tidak profesional dalam bekerja.Bermacam-macam alasan yang diberikan jika ianya berkaitan dengan pelajar-pelajar pengajian Islam.Berbeza dengan pelajar-pelajar perubatan.Mereka dijadikan anak emas dan segala permintaan di'makbulkan'.Contohnya apabila mereka memohon untuk menaikkan jumlah wang pinjaman dengan hanya sekali permohonan terus diterima.

Bukanlah niat ana untuk ber'dengki-dengki' dengan sahabat medic.Tetapi jika pelajar medic boleh diberikan pelbagai keistimewaan walaupun kos tanggungan mereka tersangat tinggi di sini,mengapa tidak dipermudahkan juga buat pelejar-pelajar pengajian Islam yang mana jumlah pinjamannya hanya RM26 000 selama 4 tahun berbanding pelajar-pelajar medic yang jauh lebih tinggi iaitu sebanyak RM300 000 selama 6 tahun.Bahkan mereka hanya perlu membayar semula sebanyak RM30 000.Tidakkah ini dinamakan pilih kasih????.

Pernah salah seorang sahabat medic ana menyebut,

"Boleh sangat nak membazir duk kat sini,duit pinjaman pun dah memang boleh bayar semula sebab perbelanjaan sebenar tak lah sampai ke tahap RM300 000".

Ana tidak berniat ingin menuntut kesamarataan,tetapi hanya memohon agar urusan kami dipermudahkan,bahkan sepatutnya diberikan biasiswa,kerana memang itu hak kami semua kerana semua duit itu adalah hak rakyat.Manakala zakat yang berjumlah RM5000 setahun juga diper'beratkan' urusannya.Berbeza dengan pelajar-pelajar pengajian Islam di Selangor,setelah kerajaan baru memerintah,mereka menerima zakat sebanyak RM7000 setahun dengan mudahnya.Inilah hakikatnya bila UMNO memerintah.Segala kezaliman dilakukan tanpa ada rasa bersalah.Inilah bala yang mana telah disebut nabi di dalam hadisnya,

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

  3. Zakat dijadikan hutang.

  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

  5. Anak derhaka terhadap ibunya,

  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

  14. Muzik banyak dimainkan.

  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi.

Maka apabila kita menyebut tentang bala,maka ianya bukanlah hanya perkara-perkara seperti gempa bumi dan lain-lain.Tetapi apabila rakyat mula hidup susah dalam keadaan negara yang kaya itupun sudah dikira bala daripada Allah.

Persoalannya,apakah sebabnya kerajaan memperlakukan sedemikian rupa?,bagi pandangan peribadi al-faqir,tidak lain dan tidak bukan hanyalah ingin menghalang kerana mereka menganggap pelajar-pelajar inilah yang bakal menentang mereka.Sungguh mereka tidak menyedari bahawa kini,bukan hanya pelajar-pelajar pengajian Islam yang akan menentang,tetapi semua mahasiswa dari segenap bidang yang faham tentang Islan akan menentang perjuangan sekular dan zalim yang dilakukan oleh UMNO.

Ana menulis tentang perkara ini atas kesedaran daripada hadis nabi,

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Justeru ana berkongsi semua ini agar dapat membuka mata kita tentang kewajipan menyiapkan diri untuk bersama-sama dalam perjuangan Islam suatu hari kelak.Kalau bukan kita yang ingin membela nasib mereka yang dizalimi dengan keadilan Islam,maka siapa lagi??.

Takut??

Untuk apa kita baca doa selepas membaca ma'thurat setiap hari,

"حتى لا نخف ولا نرجو غيرك ولا نعبد شيء سواك"

Maka jika kita takut untuk mengatakan yang benar ketika mana ia perlu dikatakan maka kita telah berbohong dengan Allah dengan membacakan doa tersebut.

"KAMI BUKAN HANYA PENYOKONG PERJUANGAN ISLAM,TETAPI PENDOKONG,BANGKTLAH WAHAI MEREKA YANG TELAH LESU"

Sunday, March 21, 2010

Lagi-lagi sanah helwah..

Untuk ini ana menawarkan diri untuk menjadikan blog ana ini sebagai penyampai berita kami di sini.Kerana ana tahu ramai yang merindui kami di sini dan di sana.Maka blog ana akan menjadi penyampai berita kegiatan-kegiatan kami di sini sekadar yang termampu dan masa yang terluang.Jika ingin mengetahui tentang isu semasa boleh ke blog sahabat ana Ust Amin dan jika ingin membaca blog pemikir boleh ke blog sahabat ana Ust Ulwan.

Sekali lagi ana mengucapkan sanah helwah kepada Ust Ridhuan Bin Abu Bakar(YDP KPT) yang telah menyambut ulangtahun kelahiran beliau buat kali ke 24.Bermakna masih ada tempoh setahun lagi la ye nak berumahtangga..huhu

Ust Wan pemimpin mesra berjiwa da'ie


Menu majlis kami untuk Ust Wan.Nasi ayam special Seberang Baroh.


Inilah dia tukang masaknya.Ust Amer..beruntunglah siapa yang memiliki


Sedap Ust Amer masak.Beruntung-beruntung,hihi..


Ust Amer sedang menyiapkan hidangan.


Maaf kerana ana terpaksa makan dulu kerana ada tugas di luar.huhu


Alhamdulillah kepulangan disambut dengan suapan istimewa.


Sahabat-sahabat sedang menikmati hidangan


Ustaz-ustaz harapan ummah

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran kali yang ke 24 buat Ust Ridhuan Bin Abu Bakar.Semoga panjang umur seiring dengan bertambahnya amal soleh.Amin-Pelajar tahun satu Al-Azhar As-Syarif

Wednesday, March 17, 2010

Airmataku jatuh berderai..aku terlalu merindu..

Kesihatan masih belum pulih sepenuhnya.Sudah beberapa hari kelas Syeikh aku tinggalkan.Sudah cuba untuk melawan,tapi apakan daya cuaca di sini teramat lain.Semalam aku meredah kesejukan yang teramat sangat bersama Ust Aiman,Ust Amir dan Ust Hakim dengan dua buah motosikal.Maafkan aku sahabat-sahabat,aku tak sengaja meninggalkan kelas.

Bila keadaan yang kurang sihat ni biasela,hati jadi sentimental.Itulah aku..
Aku rindukan seseorang..

Aku terlalu rindu..
Apakah khabar dia di sana??
sihat kah atau sakit kah??
Kita terpisah jauh..membuatkan aku rindu

Aku terlalu rindu..
Rindu itu tanda sayang??
Ye..memang betul.
Rindu itu tanda kasih dan sayang..

Aku terlalu rindu..
Kerana wasilah dirimu aku dekat dengan Allah..
Aku kenal erti perjuangan..
Aku lalui apa yang dinamakan tarbiyyah..

Aku terlalu rindu..
Ikatan kasih kerana Allah ini terlalu kuat..
Ye..kerana ia kerana Allah bukan yang lain..

Aku terlalu rindu..
Kerana wasilahnya aku mengenal erti tadhiyyah..
Semoga ikatan kita terus terjalin erat..

Moga Allah kekalkan kasih kita ..

Yang dirindu..Murabbiku

Moga Ust sekeluarga sihat sejahtera.

Walau jauh,hati kami tetap bersama


Teruskan bersama wahai sahabat-sahabatku,saling menerima lebih dan kurang.



Aku hasil didikan beliau..


Doakan kami di sini.


Selamat berjuang sahabatku!!


Nantikan kami!!


Tuesday, March 16, 2010

Nota buat Isteriku..



Berikut ini adalah sepuluh wasiat untuk wanita, untuk isteri, untuk ibu rumah tangga dan ibunya anak-anak yang ingin menjadikan rumahnya sebagai pondok yang tenang dan tempat aman yang dipenuhi cinta dan kasih sayang, ketenangan dan kelembutan.

Wahai wanita mukminah..

Sepuluh wasiat ini aku persembahkan untukmu, yang dengannya engkau membuat redha Tuhanmu, engkau dapat membahagiakan suamimu dan engkau dapat menjaga takhtamu. Insya Allah...


~* Wasiat Pertama: Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat

Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncangkan kerajaan, dan sudah tentu dapat menggoncangkan rumahmu.

Wahai hamba Allah… Jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu dan menjaga untukmu suamimu dan rumahmu. Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, antara lain :

- Meninggalkan solat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat riya’ dan sum’ah.

- Menjelekkan dan mengejek orang lain.
Allah berfirman:
“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan). ” (QS. Al Hujuraat: 11)

- Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram.
Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“ Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid-masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya. ”

- Mendidik anak dengan pendidikan barat atau menyerahkan pendidikan anak kepada para pembantu dan pendidik-pendidik yang kafir.

- Meniru wanita-wanita kafir.
Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“ Siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka. ”

- Menyaksikan film-film porno dan mendengarkan nyanyian yang melalaikan.

- Membaca majalah-majalah (menonton acara) lawakan/humor.

- Membiarkan pemandu dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan mendesak.

- Membiarkan suami dalam kemaksiatannya.

- Bersahabat dengan wanita-wantia fajir dan fasik.
Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“ Seseorang itu menurut agama temannya. ”

- Tabarruj (pamer kecantikan) dan sufur (membuka wajah)


~* Wasiat kedua: Berupaya mengenal dan memahami suami

Hendaknya seorang isteri berupaya memahami suaminya. Ia tahu apa yang disukai suami maka ia berusaha memenuhinya. Dan ia tahu apa yang dibenci suami maka ia berupaya untuk menjauhinya, dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah, karena tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al Khaliq (Allah Ta`ala).


~* Wasiat ketiga: Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik

Sesungguhnya hak suami atas istrinya itu besar. Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“ Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya. ”

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam:

"Dua golongan yang shoatnya tidak akan melewati kepalanya, yaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali. ”

Kerana itulah Aisyah Ummul Mukminin berkata dalam memberi nasihat kepada para wanita:
“ Wahai sekalian wanita, seandainya kalian mengetahui hak suami-suami kalian atas diri kalian nescaya akan ada seorang wanita di antara kalian yang mengusap debu dari kedua kaki suaminya dengan pipinya. ”

Engkau termasuk sebaik-baik wanita!!

Dengan ketaatanmu kepada suamimu dan baiknya pergaulanmu terhadapnya engkau akan menjadi sebaik-baik wanita dengan izin Allah. Pernah ada yang bertanya kepada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam:
“ Wanita bagaimanakah yang terbaik? ” Beliau menjawab: “ Yang menyenangkan suami ketika dipandang, taat kepada suami jika diperintah dan ia tidak menyalahi pada dirinya dan hartanya dengan yang tidak disukai suaminya. ” (Isnadnya hasan)

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk surga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu, berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
“ Bila seorang wanita solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadlan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, ia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang ia inginkan. ” (HR. Ahmad)


~* Wasiat keempat: Bersikap qana’ah (merasa cukup)

Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan (suami) untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Dalam riwayat disebutkan “ Wanita yang paling besar barakahnya, Wahai siapa gerangan wanita itu?! Apakah dia yang menghambur-hamburkan harta menuruti selera syahwatnya dan mengenyangkan keinginannya? Ataukah dia yang biasa mengenakan pakaian termahal walau suaminya harus berhutang kepada teman-temannya untuk membayar harganya?! ”
Sekali-kali tidak… demi Allah, namun (mereka adalah):
“ Wanita yang paling besar barakahnya adalah yang paling ringan maharnya. ”

Renungkanlah wahai suadariku muslimah adabnya wanita salaf radliallahu ‘anhunna… Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat padanya. Apa wasiatnya? Ia berkata kepada sang suami: “ Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami mampu bersabar dari rasa lapar namun kami tidak mampu sabar dari api neraka… ”


~* Wasiat kelima: Baik dalam mengatur urusan rumah

seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menyusunnya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya.

Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.


~* Wasiat keenam: Baik dalam bergaul dengan keluarga suami

dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. "bekkhawin dengan suami beerti berkahwin dengan seluruh keluarganya suami"

Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.
Berapa banyak rumah tangga yang masuk padanya pertikaian dan perselisihan disebabkan buruknya sikap istri terhadap ibu suaminya dan tidak adanya perhatian akan haknya. Ingatlah wahai hamba Allah, sesungguhnya yang bergadang dan memelihara pria yang sekarang menjadi suamimu adalah ibu ini, maka jagalah dia atas kesungguhannya dan hargailah apa yang telah dilakukannya. Semoga Allah menjaga dan memeliharamu. Maka adakah balasan bagi kebaikan selain kebaikan?


~* Wasiat ketujuh: Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan duka cita dan kesedihannya.

Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu maka sertailah dia dalam duka cita dan kesedihannya. Aku ingin mengingatkan engkau dengan seorang wanita yang terus hidup dalam hati suaminya sampaipun ia telah meninggal dunia. Tahun-tahun yang terus berganti tidak dapat mengikis kecintaan sang suami padanya dan panjangnya masa tidak dapat menghapus kenangan bersamanya di hati suami. Bahkan ia terus mengenangnya dan bertutur tentang adilnya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.


~* Wasiat kelapan: Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya.

Siapa yang tidak tahu berterimakasih kepada manusia, ia tidak akan dapat bersyukur kepada Allah. Maka janganlah meniru wanita yang jika suaminya berbuat kebaikan padanya sepanjang masa (tahun), kemudian ia melihat sedikit kesalahan dari suaminya, ia berkata: “ Aku sama sekali tidak melihat kebaikan darimu… ”
Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
“ Wahai sekalian wanita bersedekahlah karena aku melihat mayoritas penduduk nereka adalah kalian. ”
Maka mereka (para wanita) berkata: “ Ya Rasulullah kepada demikian? ” Beliau menjawab: “ Karena kalian banyak melaknat dan mengkufuri kebaikan suami kalian. ”

Mengkufuri kebaikan suami adalah menentang keutamaan suami dan tidak menunaikan haknya.

Wahai isteri yang mulia.. Rasa terima kasih pada suami dapat engkau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, hingga terasa ringan baginya kesulitan yang dijumpai dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu dalam hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hakmu. Namun di mana bandingan kesalahan itu dengan lautan keutamaan dan kebaikannya padamu.

Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“ Allah tidak akan melihat kepada isteri yang tidak tahu bersyukur kepada suaminya dan ia tidak merasa cukup darinya. ”


~* Wasiat kesembilan: Menyimpan rahasia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya).

Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya (yang paling peribadi dari diri suami). Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapa pun maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih terkutuk lagi.

Sesungguhnya majlis persatuan dari sebagian wanita tidak luput dari membuka dan menyebarkan aib-aib suami atau sebagian rahsianya. Ini merupakan bahaya besar dan dosa yang besar. Kerana itulah ketika salah seorang isteri Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam menyebarkan satu rahsia beliau, datang hukuman keras. Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersumpah untuk tidak mendekati isteri tersebut selama satu bulan penuh.
Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat-Nya berkenaan dengan peristiwa tersebut.
“ Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahasia kepada salah seorang dari isteri-isterinya suatu peristiwa. Maka tatkala si istri menceritakan peristiwa itu (kepada yang lain), dan Allah memberitahukan hal itu kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahukan sebagian (yang diberitakan Allah kepada beliau) dan menyembunyikan sebagian yang lain. ” (QS. At Tahriim: 3)

Oleh kerana itu, wahai saudariku muslimah, simpanlah rahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau tampakkan kecuali kerana maslahat yang syar’i seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti (ahli fatwa) atau orang yang engkau harapkan nasihatnya. Sebagimana yang dilakukan Hindun radliallahu ‘anha di sisi Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam. Hindun berkata: “ Abu Sufyan adalah lelaki yang kedekutr,d ia tidak memberiku apa yang mencukupiku dan anak-anakku. Apakah boleh aku mengambil dari hartanya tanpa izinnya?! ” Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “ Ambillah yang mencukupimu dan anakmu dengan cara yang ma`ruf. ”

Cukup bagimu wahai saudariku muslimah sabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam:
“ Sesungguhnya termasuk seburuk-buruk kedudukan manusia pada hari kiamat di sisi Allah adalah lelaki yang bersetubuh dengan isterinya dan isteri yang bersetubuh dengan suaminya, kemudian salah seorang dari keduanya menyebarkan rahasia pasangannya. ”


~* Wasiat terakhir: Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan-kesalahan.

- Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya, padahal Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah melarang yang demikian itu dengan sabdanya:

“ Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu ia mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya. ”
Hikmah dari larangan itu kerana tidak membuatkan suami kagum orang yang diceritakan terhadap wanita yang sedang digambarkan, maka hatinya tergantung dengannya (menerawang membayangkannya) sehingga ia jatuh kedalam fitnah. Terkadang yang menceritakan itu adalah isterinya, sebagaimana dalam hadis dia atas maka boleh jadi hal itu menyebabkan kepada perceraiannya. Menceritakan kebagusan wanita lain kepada suami mengandung kerosakan-kerosakan yang tidak terpuji akibatnya.

- Termasuk kesalahan adalah apa yang dilakukan sebagian besar isteri ketika suaminya baru kembali dari bekerja. Belum lagi si suami duduk dengan selesa, ia sudah mengingatkannya tentang keperluan rumah, pembahagian, tunggakan-tunggakan dan perbelanjaan anak-anak. Dan biasanya suami tidak menolak pembicaraan seperti ini, akan tetapi seharusnyalah seorang isteri memilih waktu yang tepat untuk menyampaikannya.

- Termasuk kesalahan adalah memakai pakaian yang paling bagus dan berhias dengan hiasan yang paling bagus ketika keluar rumah. sedangkan di hadapan suami, tidak ada kecantikan dan tidak ada perhiasan.

Dan masih banyak lagi kesalahan lain yang menjadi mengelak (penghalang) bagi suami untuk menikmati kesenangan dengan isterinya. Isteri yang cerdik adalah yang menjauhi semua kesalahan itu.

Monday, March 15, 2010

Sanah helwah lagi..

Sekali lagi ana terlewat mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran.Kali ini ucapan ini ditujukan kepada naqib ana Ust Syafizi Bin Ismail yang menyambut ulangtahun kelahiran beliau buat kali yang ke-26.Semoga panjang umur seiring dengan bertambahnya amalan.

Ust Syafizi bin Ismail

inilah dia kek hari lahir beliau..


Nasi kerabu


Apa namanya ni??orang teganung panggil sarok dok??ana suka sangat ni..sampai 3 batang..huhu


Amboi..sopan santun Ust Aminmenulis ni..


Syokolatah(cokelat) bil laban(susu)..sedap


Salam perjuangan dari kami di perantauan..Allahuakbar!!

Sunday, March 14, 2010

Takziah buat keluarga Allahyarham Dr Ahmad Sarhan.Al-Faatihah..

gravatar

Allahyarham Dr. Ahmad Sarhan selamat dikebumikan hari ini. Al-Fatihah.

Kaherah 13 Mac : Jenazah Allahyarham Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan telah selamat dikebumikan jam 11 pagi tadi bertempat di Perkuburan Keledang, Hayyu Asyir.


Jam 10.15 pagi, Solat jenazah telah diimamkan oleh Ust Zulkifli Din (Pegawai Atase Pendidikan JPMK) serta seluruh pelajar-pelajar Malaysia yang hadir. Turut serta Pelajar-pelajar Perubatan Cawangan Tanta yang dibawa khas menaiki 3 buah Tremco.

Turut menyolatkan jenazah pagi tadi juga ialah Pengarah Malaysian Student Department (MSD)Prof Madya Dr. Jamil, Badan Pengurus (BP) PMRAM, Menteri Besar Rakyat Perak/Ahli Parlimen Bukit Gantang/ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim (Cina Islam), Pesuruhjaya PAS Perak Ust Abu Bakar Hussain dan beberapa Pimpinan PAS Perak.

10.30 : Jenazah dibawa ke tanah perkuburan Hayyu Asyir. Diiringi oleh Pengarah JPMK Prof Madya Jamil, serta saf kepimpinan PMRAM, sahabat handai yang terdiri daripada warga penuntut2 Malaysia.

Jam 11.30 : Diadakan sedikit tahlil dan doa selamat di tanah perkuburan.

Al-Fatih buat Allahyarham dan takziah kepada Keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para syuhada dan orang-orang yang beriman. Aminn..

Boleh baca di Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.

Berita Semalam (Sumber dipetik : Disebalik Kaca Istanaku)

Iskandariah 12 Mac – Seorang pelajar Malaysia dipercayai jatuh daripada tingkat empat sebuah bangunan apartment malam tadi. Mangsa merupakan pelajar jurusan perubatan Tanta dikatakan datang ke Iskandariah untuk tujuan ziarah. Pegawai MARA dan JPMK bergegas ke tempat kejadian setelah dihubungi. Pihak berkuasa Mesir sedang menjalankan siasatan dan punca sebenar kejadian masih belum diketahui. Saksi kini sedang berada di balai polis untuk memberikan keterangan.-mediaPERUBATAN



Update: Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah jatuh daripada tingkat empat. Jenazahnya ditempatkan di Mustashfa Mashrahah (Hospital Mashrahah). Ahmad Sarhan merupakan pelajar tahun satu jurusan perubatan Univeriti Tanta. Pihak kedutaan sedang menguruskan urusan penyempurnaan jenazah mangsa.


Saksi-saksi kejadian kini berada di balai polis untuk membantu siasatan. Turut hadir di balai polis malam tadi; Ustazah Nor Zakiah dan Ust. Sukimi, Pegawai JPMK Iskandariah dan Tuan Haji Idris, Pegawai MARA Iskandariah, Ustaz Fairuz Tamjis, Ustaz Khairul Nizam dan beberapa orang wakil PCI; Saudara Abdul Rahim Suhaini, Muhammad Hafidzuddin Abd Razak, Qamarul Azwan Kamaluzaman dan Muhammad Hafiz Zaini. Pengerusi PERUBATAN Tanta, Saudara Azhan dan Ustaz Muiz, Presiden PMRAM sedang dalam perjalanan ke Iskandariah.

Pihak PCI merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan atas ujian yang dihadapi. Semoga roh allahyarham Ahmad Sarhan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. -mediaPERUBATAN

Iskandariah,12 Mac - Jenazah Allahyarham Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan kini berada di bilik mayat HospitalMashrahah.Urusan memandikan jenazah akan dilakukan dan jenazah akan dibawa ke Kaherah.Rentetan itu, solat jenazah akan diadakan esok 13 Mac 2010 bersamaan 27 Rabiulawal 1431H sekitar pukul 9-10 pagi di Dataran Kompleks Rumah Negeri, Haiyu Asyir.Pengkebumian jenazah akan dilakukan di Kaherah atas persetujuan ibu bapa Allahyarham.


Untuk makluman seluruh ahli PERUBATAN juga, kenyataan rasmi berkenaan insiden yang menimpa Allahyarham akan dikeluarkan oleh Tuan Presiden PERUBATAN, Saudara Muhammad Husaini Saleh. Diharapkan agar seluruh ahli PERUBATAN memberi kerjasama dengan tidak menyebarkan sebarang berita yang belum pasti kesahihannya berkenaan insiden tersebut sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan. –mediaPERUBATAN


Gambar2 yang sempat saya ambil sepanjang proses pengebumian pagi tadi.



Solat jenazah di Dataran Rumah Negeri Hayyu Asyir.


Jenazah diusung untuk dimasukkan kedalam kereta.


Jenazah dibawa menaiki kereta.


Tanah Perkuburan Keledang, Hayyu Asyir.



Jenazah dibawa masuk ke bilik khas.



Bilik yang menempatkan jenazah.


Petugas sedang menguruskan jenazah.


Pintu bilik jenazah di tutup.


Ust yang bertanggungjawab menguruskan jenazah.


Pintu/tangga ditutup.




Suasana di luar maqam.


Turut kelihatan Ahli Parlimen Bukit Gantang/ADUN Pasir Panjang/Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim, EXCO Pemuda PAS Perak, USt Fakhrulrazi.


Pengarah JPMK/MSD Prof Madya Dr Jamil (kanan) & Pegawai Atase Pendidikan Ust Zulkifli Din (baju merah)


Pelajar2(Sahabat2) Terengganu turut tidak melepaskan peluang bergambar bersama MB dan YB Rakyat Perak ini.. Hehe.. (Dari kiri Ust Abu Jihad, Ust Jie, Ust Ahmad Muzani, Ust Riduan YDP Terengganu, Ust Aiman, & Ust 'tiitt') hehe..


Ihsan:sahabat ana Ust Amin