Latest Entries »

Followers

Sunday, February 28, 2010

Perjalanan hidup al-faqir di bumi anbiya'

Sudah lama rasanya tidak mengisi sesuatu di dalam ruangan ini.Jika nak dikatakan sibuk,lansung tidak sibuk.Malu untuk mengaku sibuk kerana masa yang kosong masih banyak terluang.Terlalu jauh beza al-faqir dengan mereka yang mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat untuk Islam apatah lagi jika nak dibandingkan dengan para ulama dan mujahid yang dirahmati oleh Allah.Maka apabila mengungkapkan persoalan dalam diri dengan kata-kata 'apakah sumbangan aku untuk Islam'?.Maka semangat itu hadir kembali.Walaupun perjuangan mestilah atas dasar kefahaman bukan semangat,namun jika tanpa semangat terjemahan daripada kefahaman tidak akan lahir.Justeru haruslah diselarikan antara dua faktor yang dianggap penting ini bagi mereka yang ingin mengikut jejak langkah mereka yang mewaqafkan diri meeka untuk Islam.Jika tidak futur menanti si pejuang.

Kini al-faqir berada di bumi anbiya'.Jauh dairi tanah air tercinta.Tarbiyah yang diterima di sana serta perjuangan yang pernah dilalui membuatkan al-faqir rindu untuk kembali.Namun di sini al-faqir akan tetap teguh dengan inayah daripada Allah untuk mereruskan perjuangan untuk Islam sekadar kemampuan al-faqir yang dhaif lagi hina ini di bawah satu wadah iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).Satu fikrah satu amal.Persatuan yang telah membawa satu wadah perjuangan untuk menyatukan fikrah para mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar dibawah satu fikrah iaitu fikrah Islam yang juga telah melahirkan ramai mujahid-mujahid Islam yang sedang menerajui kepimpinan gerakan Islam di Malaysia tanah air tercinta.

Tujuan sebenar al-faqir menulis kali ini adalah untuk berkongsi apa yang telah dilalui sepanjang cuti selepas berlalunya peperiksaan.Kerana keluarga sudah bertanya,bila nak letak gambar lagi?.
Jadi inginlah al-faqir berkongsi serba sedikit perjalanan al-faqir sepanjang cuti berlansung.

1)Hari Keluarga KPT(Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir)

Banyak acara telah diadakan pada HIKMAT tahun ini.Pelbagai acara padang dan dewan telah berlansung dengan meriah sekali.Namun ana pohon kemaafan kerana tidak dapat meletakkan gambar-gambar keseluruhan program kerana terlalu banyak acara.

Pasukan kuiz kumpulan 1(johan)..huhu

Ust Syed sedang bertarung dengan DR Zul.


2)Jaulah ke Dumyat.

Ust Abdullah Amir.Macho man

Berhadapan dengan pantai Dumyat.

Kerang-kerang yang ditangkap.

Berangkat ke tempat penginapan di Ra'sul bar.

Pemandangan malam di Ra'sul bar.Bersih..


BBQ(ikan,ayam dan kerang).

Kumpulan nasyid baru.Kumpulan Al-FaRiMuDin.Gabungan nama Ust Farezuan,Ust Ridhuan,Al-faqir dan Ust Din.huhu...

Di pertembungan antara dua laut dan satu sungai yang mana tempat ini juga dikatakan tempat bertemunya nabi Musa dan nabi Khidir 'alaihimas salam.

3)Kelas Syeikh Yusri Hafizahullah.(kitab yang baru dibuka Sunan Abi Daud selepas khatam kitab Tuhfatul Ahwazi).
Syeikhuna Dr Yusri Rusydi Hafizahullah

Kitab karangan Al-Imam Al-Hafiz A-Hujjah Ath-Thabat Sulaiman Bin Asy'as Bin Syadad Abu Daud Al-Azdi As-Sijistani.Lahir pada 202h dan tinggal di Basrah.Beliau mengembara menuntut ilmu ke Iraq,khurasan,Syam,Mesir dan Hijaz.
نفعنا الله بعلومه في الدارين امين

Masih berada dalam bab thaharah.


Sebahagian pelajar-pelajar Terengganu yang baru pulang dari kelas Sunan Abi Daud bersama Syeikh Yusri Rusydi Hafizahullah.


Doakan agar al-faqir istiqamah di atas jalannya.Amin

4)Ziarah ke rumah Ustaz Shamsul

Semoga Ust Shamsul beserta keluarga bahagia ke akhirnya.Amin.

Saturday, February 13, 2010

Hari Keluarga dan Mahabbah KPT 2010


"WE ARE SIBLINGS WE ARE FAMILY"

Ayuh bersama-sama kita raikan
Hari mahabbah kini tiba lagi
buang segala sengketa yang tertanam
Tautkanlah ukhuwwah di hati

Insan yang jauh di dekatkan
Yang dekat terus diikat
Bersatu di bawah satu wadah
Terus bersama mengukuh wehdah

We are siblings we are family
we are siblings we are family

Bersatulah kita semua
Berpecah jangan sekali

We are siblings we are family
We are siblings we are family

Bersatulah kita semua
Di bawah naungan KPT.

Thursday, February 11, 2010

Selamat Hari lahir sahabatku Ust Bukhari

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-20 buat sahabatku sayang Ustaz Bukhari Bin Yahaya.Sahabat seperjuangan sesusah dan sesenang.

Inilah dia tuan punya badan.Jika Syeikh Nuruddin digelar Al-Azhar As-Thani,maka sahabat ana
ni layak digelar Ustaz Azhar Thani.Nak tau kenapa?,tanya la ahli-ahli KPT(yang minat dengar tazkirah)


Maaf tak minta izin nak letak gambar ni.Enta jangan marah ana ye,huhu.


Jika belum mengenali siapa sahabat ana ni,jangan pandai-pandai buat andaian ye.
Nak kenal tanya ana.Ana jamin memang untung sape yg dapat jadikan suami...huhu,insyaAllah.


Ketika bersama pasukan marhaban dan berzanji negeri Terengganu(SMAASZA).

Inilah dia dua jejaka bersuara lunak merdu menusuk kalbu.


Kami sahabat-sahabatmu akan terus mendoakan hingga ke akhirnya.Semoga umur bertambah seiring dengan amal.Maafkan salah silap ana ye.Salam ukhuwwah fillah.


Monday, February 8, 2010

Saat-saat terakhir bersama.

Selamat pulang Ustaz Fahmi.


Selamat pulang Ustaz Nafizol dan beberapa sahabat yang lain.

Saat bersama akan terus dikenang walaupun hanya sebentar.

Tengok!!Nak balik dah tu,masih setia dengan kitabnya.Maaf ye Ust Fahmi,gambar curi ni.Selamat berjuang di alam yang nyata.Semoga Allah memberkati Ust fahmi.Redhai segala ilmu dan maafkan segala kesilapan ana.

Ade orang marah kepada kami.Katanya jangan 'kuat sangat' dalam bab-bab berjuang ni.Huh,sedih kami dengar kata-kata itu.Walau apa cabaran mendatang,kami akan tetap teguh dan thabat dalam perjuangan Islam.Ke mana pergi tarbiyyah kamu wahai orang yang berkata-kata?.

Wadah perjuangan kami di sini adalah PMRAM.
KAMI PMRAM!!
KITA PMRAM!!


Saturday, February 6, 2010

Geramnyer!!

Tahniah diucapkan kepada ustaz Shamsul dan zaujah di atas kelahiran puteri pertama mereka.

Geramnyer dengan adik aisya..

Ni la Aisya,ololo..ngantuk ye..


Comelnyer die..cak!!


'Ammu saayang Aisya..mmmuah..

Aisya nak balik dah..tata..'ammu doakan Aisya jadi anak yang solehah kepada walid dan ummi dan bakal mujahidah agama yang sejati.Amin...

P/S:'ammu nak bagi hadiah apa ye kat Aisya??..ade sesiapa yang nak bagi cadangan??

Ma'rod kutub,Mesir.

Sekarang sedang berjalan ma'rod kutub di Kaherah Mesir.Ekspo kitab ini mengumpulkan pengeluar-pengeluar kitab seluruh dunia.Alhamdulillah al-faqir dapat menyertai dan merasai suasananya.Terlalu banyak maktabah-maktabah sekingga tak terdaya nak menjenguk kesemuanya.Keluasan kawasan ma'rod memang tersangat luas.Mungkin keluasannya lima buah stadium atau lebih.Alhamdulilah al-faqir sudah selesai mencari dan membeli kitab-kitab yang diperlukan dan yang diutamakan dalam tempoh 3 hari.Kitab-kitab yang dibeli dibahagikan kepada dua.Sebahagian untuk menadah dan sebahagian untuk rujukan.


Sekian,Wassalam.

Wednesday, February 3, 2010

Terima Kasih Ust Suhaimi.


Kami mengucapkan puluhan,ratusan,ribuan dan jutaan terima kasih kepada Al-Fadil Ustaz Suhaimi Bin Daud di atas segala ilmu yang dicurahkan sepanjang keberadaan beliau di sini.Mudah-mudah segala ilmu yang dicurahkan sepanjang seminggu dapat dihadam dan diamalkan hendaknya.Mudah-mudah kitab Al-hikam Al-'Arif Billah Ibnu 'Athoillah As-Sakandari dan Kifayah(syarah Bidayatul hidayah Al-Imam Al-Ghazali) menjadi ilmu yang bermannfaat buat kita.Kerana ilmu tasawwuf itu wajib kita pelajari sebagaimana yang disebut di dalam kitab Sairus Salikin,

"Barangsiapa yang tidak belajar ilmu tasawwuf maka dia akan mati dalam keadaan kekal dengan dosa-dosa".

Justeru,jika kita ingin selamat di akhirat kelak,maka belajarlah ilmu-ilmu yang wajib kita pelajari ketika masih hidup demi menjamin amalan kita sah dan diterima.Maka belajarlah ilmu tauhid agar kita mengenal siapa tuhan dan ilmu feqah agar kita beribadah dengan betul dan ilmu tasawwuf agar amalan-amalan kita jauh dari segala penyakit-penyakit hati yang berbahaya.

Selamat pulang diucapkan kepada Ust Mi dan kami doakan agar Ust selamat dan terus hidup di bawah rahmat dan kadih sayang Allah bersama keluarga tercinta.