Latest Entries »

Followers

Thursday, September 23, 2010

Sanah helwah ya habibati al Mahbubah.


Selamat ulangtahun kelahiran kali ke-20 buat isteri tercinta. Semoga dengan meningkatnya umurmu seiring dengan amalan kepada Allah dan sumbangan untuk Islam yang kita sama-sama dokongi. teruskan menjadi isteri solehah, mujahidah buat agama Islam tercinta. Semoga cinta kita terus mekar sehingga ke akhirnya. Abang redha dengan sayang.

ربنا حبلنا من أزواجنا و ذرياتنا قرة اعين واجعلنا للمتقين اماما

Thursday, September 16, 2010

Perutusan Hari Malaysia Presiden PAS


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat dalam negara kita bersempena dengan penubuhan sebuah negara yang dinamakan Malaysia pada 16 September 1963 yang lalu.Sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini dalam ucapan saya di Muktamar Agung PAS yang lalu, saya menghuraikan bahawa kita adalah kelompok manusia yang sangat bertuah dan unik, kerana berada dalam negara Malaysia yang mengandungi kepelberbagai etnik, yang berasal dari berbagai bangsa dan datang daripada berbagai negara. Ini pula ditambah dengan kemeriahan etnik yang wujud di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama.
Kerencaman ini sekiranya diolah dengan baik akan menjadikan negara kita ini sebagai satu kuasa yang hebat, sebaliknya sebarang kesilapan akan membawa padah yang besar. Inilah yang kita lihat setelah 47 tahun negara Malaysia diwujudkan, dengan kelemahan pimpinan UMNO-BN yang sepatutnya sudah membawa negara tercinta ini berdiri teguh dan mampu untuk menjadi pelindung kepada rakyat.
Asas yang perlu dipertahankan ialah kesemua etnik yang membina negara Malaysia ini perlu dilayan dengan adil dan saksama, kerana Islam menekankan bahawa kecenderungan untuk memperlekehkan orang lain adalah sifat buruk yang mesti dijauhi.Menceroboh dan menghalang hak seseorang adalah amat bercanggah dengan prinsip keadilan Islam manakala sikap berlaku adil pula adalah merupakan ciri taqwa orang yang beriman. Adalah sesuatu yang janggal apabila seseorang itu mengaku bertaqwa kepada Allah tetapi gagal melaksanakan keadilan yang sebenar.PAS bukan sahaja akan mempertahankan hubungan baik pelbagai kaum ini dengan berasaskan sikap Islam sebenar yang dinyatakan oleh Al Quran dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, bahkan PAS komited untuk menjadikan kewujudan pelbagai etnik ini sebagai rempah yang boleh memperkasakan negara Malaysia itu sendiri.Allah SWT menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam Surah al Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”
Selamat Hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi AwangPresiden PAS16 September 2010 7 Syawal 1431 Hijriah

Tahniah rakyat Kelantan

Oleh: Pria Malaya

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!Tahniah penulis ucapkan kepada YM Tengku Faris Petra di atas pertabalannya sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari ini..Sesungguhnya rakyat Kelantan cukup bertuah kerana dikurniakan seorang sultan yang bukan sahaja berjiwa rakyat, tetapi juga 'berjiwa agama'!..Tercatat sudah, baginda merupakan seorang pemimpin yang boleh mengimamkan solat untuk rakyatnya, yang boleh membacakan doa demi rakyatnya, yang boleh mengetuai bacaan al-Quran, memberi kuliah agama, menyembelih lembu Qurban dan sebagainya..mungkin ini adalah keberkatan apabila negeri dipimpin oleh kepimpinan yang menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan...Maka lengkap sudah sebuah kerajaan yang bertunjangkan matlamat "Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur", dari setinggi2 kepimpinan sehingga serendah2 kepimpinan seterusnya rakyat jelata..Semoga Allah memanjangkan umur Tuanku, dan sejahtera seluruh rakyat Kelantan dibawah pemerintah kepimpinan Islam..akhir kalam, Tahniah MB Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, dan tahniah juga kpd seluruh rakyat Kelantan!...wallahua'lam..















Dibawah, dilampirkan coretan berkaitan YM Tengku Faris oleh Syed Hussain Idros.PUJIAN PADA TENGKU FARISRakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli. Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan oleh suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh TG Nik Aziz dan beberapa lagi para Ulamak. Seperti kata TG Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan

Monday, September 13, 2010

UMNO dah 'bakar' al-Quran sejak 1946 lagi

Hasrat Paderi Terry Jones untuk membakar al-quran ditarik balik apabila timbulnya desakan seluruh dunia termasuk kecaman dari negara-negara muslim untuk membatalkannya. Obama dan juga panglima pasukan AS di Afghanistan, Jenderal David Petraeus menyebut tindakan tersebut membahayakan nyawa tentera US di Amerika dan rakyat Amerika diseluruh dunia. Hillary Clinton juga menyebut rancangan itu "memalukan". Bahkan ia dikutuk juga oleh Vatican sendiri.

Paderi Terry Jones, penulis buku ‘Islam is of the evil‘ berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010. Tujuan hari dianjurkan The Dove World Outreach Center itu untuk memperingati mangsa kejadian 9/11 dan kononnya untuk menentang keganasan Islam.
Gereja Gainesville menjadi berita kontreversi tahun lalu setelah mengatakan, "Islam adalah setan”. Kini paderi yang sama dilaporkan menggesa semua penganut agama Kristian di Amerika Syarikat menghantar salinan Quran melalui internet untuk dibakar dalam jumlah banyak. Dia mendakwa, polis menghormati hak terbabit manakala pasukan bomba tidak menghadapi masalah berhubung rancangan melaksanakan tindakan itu. Gereja yang dianggotai 50 orang ahli itu turut menjual mug dan kemeja-t dicetak phrasa ‘Islam is of the evil’.

Negara yang dikatakan tidak boleh mengambil tindakan kerana Negara tersebut sebagai Negara demokrasi dan mengutamakan kebebasan beragama dan hak bersuara itu boleh menggundang perbalahan agama apabila adanya pihak yang tidak tahu menghormati kitab suci agama lain. Muhammad Musri, imam yang memimpin komuniti muslim setempat, Islamic Society for Central Florida, hadir ketika Jones menyampaikan pernyataan dan kemudian memasuki gereja untuk berbincang dengan paderi tersebut dan kemudiannya membuat kenyataan menarik balik hasrat gereja beliau untuk membakar al-Quran esok hari.

Sementara itu warga Afghan pernah berdemontrasi atas penghinaan tentara penjajah di Afghanistan yang membakar Al Qur’an. Sekitar 300 demonstrator mengadakan demo pembelaan terhadap Al Qur’an yang dihinakan para pasukan penjajah di Afghanistan. Namun aksi pada 26 Oktober 2009 tersebut dibubarkan polis setelah mula timbul kekerasan. Ia berlaku setelah diberitakan bahwa sejumlah tentera Amerika membakar mushaf Al Quran selama operasi menentang pejuang Taliban di wilayah Wardak, Selatan Kabul, awal bulan ini.
Bayangkanlah kalau pembakaran al-Quran benar-benar terjadi ia akan menggamit tentangan umat Islam diseluruh dunia. Dalam masa yang sama tindakan bodoh paderi tersebut sebenarnya akan mendetik hati penduduk dunia untuk mengenali al-Quran dengan lebih jelas.

Sementara itu Muslim di Kanada mengambil tindakan dengan membahagi-bahagikan Alquran secara percuma untuk menyebarkan pesan kedamaian Islam kepada masyarakat di Kanada dan Amerika Syarikat. ”Kita membuat langkah proaktif dan kami berharap ini akan memiliki respon positif. Banyak orang memusuhi Islam karena ketidaktahuan mereka tentang agama ini. Jika mereka mendapatkan kesempatan untuk membaca Alquran, yang merupakan keajaiban dari Allah SWT, pasti ini akan mengubah pikiran mereka,” kata Kapoor yang merupakan anggota dari Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA) melakukan itu untuk menjawab ‘Gerakan Hari Membakar Alquran’ yang dicetuskan geraja di Gainesville, Florida itu.
Ingatlah Al-Quran itu milik Allah Swt. Dia pasti menjaganya. Ianya merupakan kitab suci dan mukjizat Rasulullah Saw. Firman Allah:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Kami yang menurunkan al-Quran itu dan Kamilah yang memeliharakannya” Surah al-Hajr: 9
Betapa banyak perancangan musuh yang dendam dengan al-Quran yang mereka gagal untuk berhujjah dengannya mengambil sikap memusuhi anugerah Allah yang hebat yang dikurniakan buat manusia iaitu Kitab petunjuk dan pedoman buat Insan. Apapun kita tetap yakin dengan apa yang difirmankan :

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ . هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya". Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci. (Surah as-Saff: 8-9

Tindakan mereka ini akan terus melonjakkan kemasukan Islam di bumi Amerika & Eropah khususnya. Semakin banyak mereka menekan Islam & al-Quran semakin ramai orang mendekatinya, I’Allah.

Yang kita hairankan bagaimana rakyat Malaysia yang merasakan marah dan membantah usaha orang kafir untuk membakar al-Quran tetapi pemerintah peninggalan penjajah, UMNO-BN yang tidak melaksanakan ajaran-ajaran al-Quran mereka boleh bersekongkol dengannya. Apa makna al-Quran kepada UMNO. Ia dianggap sebagai kitab suci, kitab azimat semata. Kitab yang dimusabaqahkan dan sebagai hantaran mas kahwin. Hukum-hakam, undang-undang, larangan riba, pendidikan rabbani, larangan sosial dan sebagainya tidak diendah dan dipedulikan.
Hakikatnya UMNO-BN sendiri sudah 'membakar' al-Quran semenjak tahun 1946 apabila tertubuhnya UMNO itu menjadi tali-barut penjajah dan terus menegakkan undang-undang dan peraturan penjajah sehingga kini. Bangkitlah rakyat Malaysia. Kita hidupkan kembali roh al-Quran yang telah dibakar jiwanya oleh pengkhianat UMNO-BN.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Harta Qarun: Sekarang dapat kat sapa?

Ketika Allah meneggelamkan Qarun bersama harta-bendanya kedalam perut bumi Mesir sebagaimana di firmankan:-

فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِنْ فِئَةٍ يَنْصُرُونَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنْتَصِرِينَ
Maka kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya). Surah al-Qasas : 81

Harta Qarun terbenam dan mencair kedalam perut bumi dan agaknya ia telah bertukar menjadi aliran minyak dijaluran disekitar Negara-negara yang berjiran dengan Mesir, khususnya di Timur Tengah. Hari ini orang yang kaya didunia termasuk raja-raja dan kaum kerabat pemerintah Negara umat Islam adalah terdiri mereka yang memiliki telaga minyak yang dikorek dari dasar perut bumi. Tokey-tokey minyak inilah sebenarnya yang telah mewarisi harta Qarun tersebut. Mereka menjadi raja yang kaya raya. Mereka kembali meleburkan kekayaan mereka menjadi emas dan perak dan mewarisi kembali sifat-sifat Qarun. Cuba lihat senarai raja yang paling kaya. Bukankah kebanyakannya orang Islam?

Senarai Raja Terkaya di dunia
1. Raja Bhumibol Adulyadej, Thailand Harta: RM96 bilion
2. Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei : RM64 bilion
3. Raja Abdullah bin Abul Aziz, Arab Saudi : RM58 bilion
4. Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) : RM48 bilion
5. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Dubai : RM14 billion
6. Putera Hans-Adam II von und zu Liechtenstein, Liechtenstein : RM11.2 bilion
7. Raja Mohammed IV, Maghribi : RM8 bilion
8. Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Qatar : RM8 bilion
9. Putera Albert II, Monaco : RM3.2 bilion
10. Putera Karim Al Husseini, Aga Khan : RM2.6 bilion

Sebahagian besar kaya kerana petroleum. Mereka dari Negara umat Islam tetapi negara Islam masih lagi ketinggalan dan miskin, kadar celik huruf dan pendidikan yang rendah. Kebanyakan harta mereka dicairkan dinegara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Betapu kuatnya ekonomi umat Islam jika ia digabung dan menyelamatkan ekonomi Negara umat Islam tetapi apa sebenarnya minat mereka? Kemana harta ini dibelanjakan? Lihat dua contoh:-

Syeikh Mansour bin Zayed Al Nahyan

Warga negara UAE yang dua tahun lalu membeli kelab sepak bola Liga Primer Inggris, Manchester City sebanyak £210 juta (RM1.1 bilion) untuk membeli 90 peratus saham bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Mansour mempunyai kekayaan peribadi berjumlah £15 bilion (RM78b) mengatasi Abramovich (pemilik Manchester City) yang memiliki kekayaan £7b (RM36.4b). Salah seorang daripada 19 anak Sheikh Zayed bin Sultan al Nahyan yang juga kaum kerabat diraja Abu Dhabi, di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Dia juga ahli kabinet Abu Dhabi selain menjadi pengerusi kepada First Gulf Bank dan International Petroleum Investment Company. Beliau membeli share Ferrari berharga £19j dan memiliki pencakar langit di New York yang terkenal iaitu Chrysler Building bernilai USD800j. Dia dan kaum keluarganya dianggarkan mempunyai kekayaan AS$1 trilion (RM3.5 trilion) yang banyak digunakan untuk membeli aset asing.

Beliau membeli lagi share Manchester City melengkapkan 100%. Kini beliau berberbelanja besar dengan pembelian beberapa pemain yang melebihi nilai sebenar seperti membayar £135million untuk menukar untuk Cristiano Ronaldo dari Manchester United .Yaya Toure ke City yang berharga £28 juta pound (RM 138.5 juta) dan Angel de Maria 40 juta Euro(RM 165.8 juta) Kolarov menyertai City bulan lalu dengan harga £16 juta. Sebanyak £33million untuk Real Madrid's Brazilian superstar, Robinho sebagai sebahagian daripada perbelanjaan mewah Sheikh Mansour, pemilik kelab terkaya di Liga Perdana, membelanjakan lebih daripada £100 juta demi menjadikan kelab tersebut sebagai kelab terkaya.
Sempena bulan Ramadhan ini banyak mana duit yang telah diinfaqkan buat Kelab Manchester City ini. Perbelanjaan ini sahaja cukup untuk membangunkan sebuah Negara Palestine . taklah kita terhegeh-hegeh kutip derma seringgit dua ringgit untuk Gaza. Bayangkan badget untuk negeri Selangor sahaja hanya sebanyak 1.6 billion setahun. Itu baru perbelanjaan untuk satu kelab sukan. Belum lagi hobi-hobi selain bola. Belum lagi istana, kenderaan dan yang lain-lain.

Sultan Hasanal Bolkiah

Seorang Raja Melayu , pemerintah beraja Negara terkaya di dunia, Brunei Darul Salam. Sejak dilahirkan lagi, baginda sudah makan dan minum menggunkan garfu dan sudu emas seta memakai pakaian yang di saluti emas tulen. Istana baginda yang bernilai USD350j terdiri daripada 1788 bilik dengan perabot disaluti emas dan berlian. 257 bilik mandi di saluti emas dan perak dan sebuah garaj kereta untuk mempamerkan 110 buah keratanya. Di istana ini terdapat 650 suites dan setiap satunya bernilai tidak kurang 150,000 ribu euro.
Beliau memiliki koleksi 7,000 kereta mewah dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion termasuk kapalterbang yang berlapis emas. Banyak barangan sekitar kehidupan baginda adalah barangan emas. Kereta dari emas, closet emas, tangkai bunga emas, senjata api emas, tempat tidur emas , meja dan kursi makan emas , bilik air dari emas.
Seorang Putera kepada Sultan Brunei dilaporkan membelanjakan 10.2 Billion dalam tempoh satu dekad (memiliki 2000 buah kereta, 17 kapal terbang dan pelbagai jenis barang kemas, kapal layar dan sebagainya. Lihatlah koleksi ini:-


Tatkala ramai umat Islam di belahan dunia ini contohnya di Indonesia, Bangladesh, Afrika dan lain-lainnya bertarung dengan kemiskinan dan kebuluran, di kala itu jugalah kita melihat para pemimpin umat Islam hidup dengan penuh kekayaan dan kemewahan. Kisah di atas hanya berkisar dengan kekayaan antara 57 para pemimpin Islam. Jika kita himpunkan kekayaan milik seluruh para pemimpin umat Islam yang ada hari ini kita yakin ianya cukup untuk menyelesaikan masalah kefakiran dan kemiskinan yang berlaku di dunia umat Islam itu sendiri. Inilah akibatnya apabila sistem ekonomi Islam dibakul sampahkan dan sebaliknya yang digunapakai adalah sistem ekonomi Kapitalisme. Kekayaan di dunia umat Islam itu khususnya dan dunia umumnya hanya berlegar di sekitar golongan tertentu semata-mata sedangkan Allah SWT berfirman:
“(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu”. Surah Al-Hasyr (59) : 7

Qarun yang asalnya sebagai penolong Musa a.s dan pencatat Taurat akhirnya tertipu dengan emas dan perak serta kemewahan dunia akhirnya bersekongkol bersama Haman dan Firaun menentang nabi Musa a.s. Kalaulah harta bendanya digunakan untuk membantu Islam!


إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِنْ قَوْمِ مُوسَى فَبَغَى عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ

Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa (Bani Israel, sepupu Musa) maka ia berlaku aniaya terhadap mereka dan kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya Berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri". Surah al-Qasas: 76


فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ . وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ

Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; Sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar". Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang- orang yang sabar". Surah al-Qasas : 79-80

Rasulullah Saw bersabda diriwayatkan oleh Huzaifah maksudnya: "Janganlah kamu memakai sutera nipis atau tebal, janganlah kamu minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, janganlah kamu makan pada pinggan yang diperbuat dari keduanya, kerana yang demikian itu bahagian mereka di dunia dan bagi kamu di akhirat." (Syaikhan)

Hadis dari Ummu Salamah: "Sesungguhnya orang yg meminum dari wadah dari perak,sesungguhnya dia telah menuangkan ke dalam perutnya api neraka jahannam." (Syaikhan)

Ibn Qudamah (alMughni): Haram bejana emas/perak kerana berlebihan (mubazzir) dan kesombongan.

Sampai bila kitaran kekayaan ini berlegar dikalangan golongan tertentu sahaja khususnya pemimpin-pemimpin di nagara umat Islam sedangkan rakyat dan umat Islam masih lagi melarat. Adakah kita sekadar patut berbangga bahawa orang kaya adalah orang Islam. Apakah yang sepatutnya menurut ajaran Rasulullah Saw. Siapakah yang sanggup mendakwahi mereka?


http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Khutbah Aidil Fitri 1431


Syariat Islam Satu Penyelesaian

Khutbah pertama :

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر خَلَقَ الخُلْقَ وَأَحْصَاهُمْ عَدَداً ، الله أكبر وَكُلُّهُمْ آتِيهِ يَوْمَ القِيَامَةِ فَرْداً ، الله أكبر خَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ بِقَدَرْ، الله أكبر مَلَكَ كُلَّ شَيْءٍ وَقَهَّرَ ، الله أكبر مَا طَافَ فِي بَيْتِهِ الطَّائِفُونَ ، الله أكبر كبيراً .

والحمدُ لله كَثِيرًا لَّهُ الحَمْدُ جَلَّ وَعَلاَ عَلَى نِعْمَائِهِ ، وَلَهُ الشُّكْرُ عَلَى سَرَائِهِ ، وَلَهُ الصَّبْرُ عَلَى مَا قَضَى مِن بَلاَئِهِ ، الحمد لله كثيراً والله أكبر كبيراً ، وسبحان الله بكرةً وأصيلاً, وَأَشْهَدُ أَنَّ نَبِيَّنَا وَقَائِدَنَا وَقُدْوَتَنَا وَسَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ ، نَبِيُّهُ المصطفى ، وَرَسُولُهُ المُـجْتَــبَى ، صلى الله عليه وعلى آله وَصَحَابَتِهِ أَجْمَعِينَ وَعَلَى مَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَومِ الدِّينِ وَعَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ

Firman Allah swt :

Maksudnya: “ Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diusahakannya untuk hari esok (Hari Akhirat) dan teruslah bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu lakukan”.

Al Hasyr: Ayat-18.

Alhamdulillah, kita baru sahaja selesai menunaikan ibadat puasa . Kita berdoa agar segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah swt , marilah kita sama-sama meneruskan ketaqwaan kita kepada Allah swt, kerana sesungguhnya matlamat berpuasa ialah melahirkan jiwa yang bertaqwa kepada Allah. Semoga kita beroleh kekuatan untuk terus melakukan amalan-amalan terpuji , yang telah kita lakukan sepanjang bulan ramadhan dan terus menghindarkan diri , dari amalan-amalan yang keji yang telah kita tinggalkan sepanjang bulan Ramadhan.

Mudah - mudahan kita digolongkan bersama mereka yang dibebaskan dari api neraka sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah swt melalui rasulNya saw. Justeru , pembebasan dari api nerakalah yang merupakan kejayaan yang hakiki.

Firman Allah swt :

Maksudnya : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sesungguhnya ia telah beruntung. Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Surah ali-Imran, ayat 185)

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah,

Satu syawal kembali tiba dengan iringan kalimah kebesaran dan keagongan Allah swt, meraikan kemenangan besar bagi setiap insan yang bertaqwa , menewaskan hawa nafsu sepanjang tempoh permukiman di bulan Ramadhan al Mubarak.

Proses penyucian jiwa dan pemurnian akhlak yang dilalui merentas hari – hari yang penuh rahmah dan barakah daripada Allah Azza wa Jalla bersama Madrasah Ramadhan al Mubarak , meletakkan kita senantiasa di pandu hidayah dan taufiq Allah swt.

Sebagaimana dalam Firman Allah swt :

Maksudnya: “ (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan DIA tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah di atas petunjukNya yang dikurniakan kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.”

Al Baqarah: Ayat 185.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Ketenangan kita ummat Islam menjalani pesta ibadah sepanjang Ramadhan al Mubarak, demi mendekatkan diri kepada Allah swt agak terganggu apabila tumpuan kita teralih kepada bencana dan musibah social yang melanda ummah dan negara kita mutaakhir ini. Fenomena ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan ummah terhadap kesejahteraan dan keselamatan mereka.

Pastinya masih segar dalam ingatan kita bagaimana dewasa kini , negara dan ummah terpaksa berdepan dengan bencana social yang melibatkan pelbagai kes seperti penagihan dadah , sumbang mahram , zina , rogol kanak – kanak , buang bayi , rompak samun , culik dan pembunuhan kejam .

Persoalannya , malapetaka apakah yang sedang melanda ummah dan negara ini ? Belenggu apakah yang membebankan ummah sehingga berlaku peningkatan kadar jumlah pesakit jiwa dan mental dalam negara kita ? Apakah kini ummah sedang berada dalam kemurkaan Allah swt lantaran berleluasanya maksiat dan mungkar ?

Ingatlah sabda Rasulullah saw

يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ, خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ, لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلاَّ فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا، وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ وَلَوْلا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا, وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلاَّ سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ، وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلاَّ جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ (رواه أبو داود)

Yang bermaksud : Rasulullah SAW telah bersabda : Wahai kaum muhajirin, (awaslah) lima perkara (dari) menimpa kamu dan aku berlindung kepada Allah, semoga kamu tidak ditimpanya ;

· Tidak berlaku dengan terang maksiat dalam mana-mana kaum dan golongan sehingga mereka melakukannya secara terbuka kecuali tersebarlah penyakit taun dan kelaparan yang tidak pernah berlaku kepada orang-orang terdahulu.

· Tidak mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali dibala dengan kemarau bertahun-tahun dan kesukaran hidup serta kezaliman penguasa ke atas mereka,

· Tidaklah mereka enggan mengeluarkan zakat kecuali dihalang turunnya hujan ke atas mereka dan kalaulah tidak kerana binatang-binatang, mereka tidak akan menerima hujan.

· Tidak melanggar janji Allah dan janji rasulNya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka berkuasa ke atas mereka dan mengambil hak-hak mereka.

· Dan (apabila) tidak berhukum pemimpin mereka dengan kitab Allah dan memilih selain dari apa yang diturunkan oleh Allah, Allah akan menjadikan pertelingkahan di kalangan mereka

(Riwayat Abu Daud)

Juga sebagaimana Firman Allah s.a.w:

Maksudnya: “ Barang siapa membunuh seorang mukmin yang lain secara sengaja, maka balasannya adalah neraka Jahanam di mana dia kekal di dalamnya serta Allah murka kepadanya dan melaknatnya dan disediakan baginya azab yang besar.”

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekelian .

Satu Syawal sekali lagi menyaksikan ummat Islam gembira dan ceria menyambut kehadhiran tetamu dan saling kunjung mengunjung mengeratkan silaturrahim. Ianya satu amalan mulia yang wajar diteruskan . Namun , dalam kegembiraan itu marilah kita menghayati nilai dan pengertian takbir raya yang kita lafazkan sepanjang hari ini.

Takbir Hari Raya [ baca Allahuakbar …… walillaahilhamd ] adalah satu pengisytiharan atau deklarasi ummah untuk mengagongkan Allah swt dan membebaskan diri , aqidah , pemikiran serta tindakan dari sebarang anasir yang membawa kepada syirik. [ Justeru itu seluruh ummat Islam mencela iklan Aidil Fitri yang tersiar di TV 3 baru – baru ini apabila iklan tersebut menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Santa Claus di dalam sambutan Krismas.]

Membebaskan diri dari pengaruh syirik dan hanya meletakkan ketundukan serta kepatuhan kita [ sebagai seorang hamba ] hanyalah kepada Allah swt , sebenarnya memberi erti dan nilai yang sangat tinggi kepada ummah dan negara . Terutama disaat negara dan ummah menghadapi krisis nilai manusia dan bencana social yang mengancam kemurnian tamaddun dan peradabannya.

Tunduk dan patuh hanya kepada Allah swt ertinya menobat dan memartabatkan Ketuanan Allah swt. dalam seluruh aspek kehidupan termasuklah mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini sehingga ia mengatasi segala ideology yang dicipta oleh manusia . Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

الإسلام يعلوا و لا يعلى عليه

Islam adalah agama yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah .

Kini telah tibalah masanya Syariat Islam diberikan peluang bagi menggantikan system dan dasar kehidupan yang tidak berkesan , sebaliknya system dan dasar ciptaan manusia itu hanya mendorong ummat manusia terjerumus dalam maksiat dan mungkar , sehingga meletusnya satu bencana serta mala petaka social yang sukar dibendung dalam negara kita mutaakhir ini .

Setelah ia dinafikan sekian lama , maka inilah saat dan peluang terbaik untuk Syariat Islam berperanan dan berfungsi sebagai formula penyelesaian yang tepat dan benar bagi menyelamatkan negara dan ummah dari bencana yang merosakkan aqidah jua memusnahkan nilai syakhsiah mereka , justeru syariat Islam adalah peraturan dan undang – undang yang diwahyukan oleh Allah swt. Tuhan yang mencipta manusia .

Firman Allah swt di dalam surah al Jaathiyah ayat 18 – 19 :

Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara Yang benar). Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau Engkau menurut mereka); dan Sesungguhnya orang-orang Yang zalim itu setengahnya menjadi Penolong dan penyokong bagi setengahnya Yang lain (dalam perkara Yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi Penolong dan Pelindung bagi orang-orang Yang bertaqwa (yang Engkaulah pemimpinnya).


Tanpa syariat Islam , ummat manusia akan terus terkepong dan hanyut dalam arus jahiliyah moden yang melanda negara sejak sekian lama . Kita mungkin telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan lahiriah , pembangunan dan kemajuan teknologi yang begitu hebat. Kita juga begitu bangga mendabik dada dengan produk dan hasil keluaran Negara, walhal , sebenarnya kita sedang menghirup kemewahan di atas bongkah kegagalan dan kepincangan ummah yang semakin tenat .

Wabak yang menghakis nilai kemanusiaan dan keimanan ini terus melanda lalu memusnahkan kehidupan . Fenomena ini sangat mengusarkan pelbagai pihak, lebih-lebih lagi institusi keluarga yang diterajui oleh ibu bapa seperti kita. Persoalan bagaimana untuk membesar dan mewariskan generasi masa depan yang unggul , di saat manusia semakin luntur moral dan nilai kemanusiaan sering bermain di minda dan jiwa kita.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah swt .

Kesempatan kita berhimpun pada hari kemenangan ini, cubalah kita menoleh seketika menjenguk ke dunia anak remaja kita hari ini, di mana mereka terdiri dari anak gadis dan pemuda yang menjadi harapan agama , bangsa dan negara .

Adakah generasi yang sedang kita besarkan ini [ sebagai generasi masa depan ] sudah mantap ilmu agamanya, sudah tahu cara menjaga pergaulan sebagaimana yang diajar oleh agama. Sudahkah mereka memenuhi tuntutan Islam dalam pengabdian diri kepada Allah swt dan juga adab mereka berpakaian, atau kita sengaja membiarkan mereka membesar dalam kejahilan serta ketempangan fikrah [ pemikiran ] dan syakhsiah [ peribadi ] ?

Sebagaimana firman Allah :

Al Kahfi : ayat 46

Maksudnya : “Harta dan anak-anak merupakan perhiasan dunia”.

Justeru itu , generasi yang sepatutnya membesar dengan memiliki hak mereka untuk mendapatkan pendidikan dan bimbingan agama bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Kelak , samaada generasi inilah yang akan mendoakan kita para ibu bapa bebas dari api neraka atau merekalah yang bakal mendakwa ibu bapa mereka di hadapan Allah s.a.w kelak di atas kegagalan mendidik dan membimbing mereka.

Budaya hedonisme [ mengagongkan hiburan ] dan menjadikan artis sebagai idola dan ikutan begitu menular dan membarah dalam dunia remaja hari ini. Betapa tidak … jiwa masyarakat kita hari ini saban hari disuap dengan pelbagai hiburan yang melalaikan. Termasuklah sambutan Aidil Fitri turut disogok dengan hiburan yang berlebihan berbanding takbir dan tahmid membesar dan mengagongkan Allah swt.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Sidang jamaah yang dikasihi sekelian,

Mimbar khutbah hari ini turut mengambil kesempatan untuk menyeru dan mengajak seluruh kaum wanita, para ibu khususnya agar dapat meningkatkan komitmen mereka terhadap usaha mendaulatkan Islam di dalam diri, keluarga dan negara. Isu-isu yang mengugat kehormatan wanita begitu rancak bercambah dalam pelbagai dimensi. Kononnya di atas nama kebebasan wanita, suara-suara lantang kedengaran memperjuangkan hak-hak wanita, sedangkan suara itu sebenarnya sedang menggamit kaum wanita bebas dan terkeluar dari manhaj Islam .

Wanita yang sepatutnya menjadi pencorak ummah dan pembina tamaddun , hari ini semakin dicabul maruahnya, apabila susuk tubuh dan raut wajah mereka sering dieksploitasi malah dijadikan model untuk iklan murahan di gedung – gedung jualan dan media massa.

Kebebasan yang mereka canangkan ini bukanlah satu kebebasan sebenarnya, sebaliknya ia adalah satu diskriminasi , pencabulan hak dan maruah wanita sepertimana yang pernah berlaku di zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam. Kaum wanita hanya dijadikan barang dagangan, dijual beli maruahnya di khalayak ramai. Hari ini, dunia seolah-olah telah kembali kepada zaman silam yang primitive .

Para wanita seharusnya sedar dan faham agar kalian dapat bangkit dan menegakkan kembali maruah yang semakin tercemar. Hukum dan batasan yang ditetapkan oleh Allah swt dalam aspek kehidupan dan muamalah merupakan panduan bagi kita menjalani kehidupan. Larangan serta perintah untuk menjaga aurat dan maruah bukanlah untuk mendera dan menyekat hak kebebasan kaum wanita malah ia sebenarnya bertujuan untuk melindungi wanita dari sebarang pencabulan maruah dan nilai harga diri.

Ia disebut oleh Allah swt dalam Surah al Ahzab ayat ke-33:

Maksudnya: “ Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu. Dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat, dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai ahli bait dan hendaklah membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah swt ,

Oleh yang demikian, menyedari hakikat bahawa kita ummat Islam sedang menghadapi ancaman dari pelbagai sudut, maka marilah kita menjadikan Ramadhan yang baru sahaja kita tinggalkan dan hari raya Aidil fitri yang kita sambut ini , sebagai satu titik tolak untuk meningkatkan kerja kita untuk Islam. Islam menagih tenaga kerja jemaah untuk mendaulatkan syariat dari terus ditindas dan dicemarkan oleh musuh Islam dari luar dan dalam.

Taburkanlah sebanyak mungkin sumbangan dan pengorbanan kita untuk agama yang kita cintai ini sebelum kita dipanggil untuk menghadap Allah swt.. Sesungguhnya perkara yang paling berharga saat kita di hadapan Allah swt kelak ialah amalan kebaikan serta jihad Fisabilillah yang kita lakukan di dunia ini.

Allah swt berfirman:

Bermaksud: “ Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan (sesuatu apapun). Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)

As Syua`ara : 88-89.

Akhirnya , marilah wahai muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah swt , pada hari raya ini kita bersyukur di atas nikmat Islam dan Iman yang dikurniakan kepada kita oleh Allah swt dan hanya kematian di dalam Iman dan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah swt. Semoga pentarbiyahan sebulan di Madrasah Ramadhan benar - benar memberi kita hidayah dan taifiq untuk terus menghadapi segala mehnah atau ujian di masa akan datang.

أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم

Khutbah kedua

اللهُ أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، اللهُ أكبُر, وَللهِ الْحَمْدُ .

اَلْحَمْدُ للهِ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ. وَأَشهَدُ أَنَّ محمدًا عَبدُهُ وَرَسُولُهُ، اَلرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ، وَالْمِصْبَاحُ الْمُنِيْرُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ وَشَفِيعِ الأُمَّةِ، وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَه

Saudara, Saudari, Muslimin, Muslimat dirahmati Allah ,

Hari ini kita menyambut hari raya Fitrah atau Aidilfitri hasil daripada kejayaan perjuangan kita dan penat lelah segala ibadat dan amal kebajikan yang kita laksanakan selama sebulan di bulan Ramadhan , kalau bebanan terasa berat kita memikulnya kini sudah terasa ringan, kalau sebahagian dari perkara terbatas dan terasa terikat untuk kita lakukan di waktu siang hari bulan ramadhan, hari ini sudah terbuka bebas.

Namun begitu kebebasan yang diberi pada hari ini masih ada sempadannya. Kerana hari raya kurniaan Allah kepada umat Islam adalah juga merupakan ibadat lanjutan dari bulan Ramadhan yang penuh keberkatan . Walaupun kita diharuskan menyambut dengan penuh kegembiraan dan memeriahkan kebesarannya tetapi perlu dihayati dalam lingkungan yang dibenar oleh syarak.

Untuk menambah lagi ganjaran pahala mengiringi pahala sepanjang Ramadhan, adalah dituntut supaya berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ" رواه مسلم.

Ertinya: Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian mengikutinya (dengan) berpuasa enam hari daripada bulan Syawal nescaya mendapat pahala sepanjang masa,

الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر,

لا إله إلا الله, والله اكبر, الله اكبر ولله الحمد,

Sempena menyambut hari raya ini serta berlalunya Ramadhan baru lepas yang sama-sama kita raikan, marilah kita memperteguhkan keimanan kita kepada Allah dan Rasulnya di samping mempertingkatkan semangat juang untuk membela Islam seperti mana tawaran Allah dalam firmannya:

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab siksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya serta kamu berjuang dalam membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Surah al-Shaff, ayat 11-12

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ.

اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا

اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ



http://episodeperjuangan.blogspot.com