Latest Entries »

Followers

Showing posts with label cinta dan perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label cinta dan perkahwinan. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Barakallahu lakuma wa jama'a bainakuma fil khair.

Selamat pengantin baru buat Ust Syuk serta zaujah.

Barakalluhalakuma wajama'a bainakuma filkhair daripada ana sekeluarga:)


Thursday, July 8, 2010

Sekitar walimah...Maaf lambat



Majlis dibuka dengan al-fatihah oleh pengerusi, Ust Abu Jihad M Sabri


Ust Syamshul Sidek (Wakil Unit Bait Muslim) yang memberi ucapan.

Ust Syukri Nazar (TYDP KPT)

Ust Ahmad Kamal Hafizullah (sahabat karib)

Giliran pengantin pula berucap.


Ust Syahrizan (Presiden PMRAM)


Sahabat-sahabat tahun satu dari Kelantan dan Selangor yang sudi mendendangkan lagu nasyid untuk pengantin.

Pengantin turut dijemput sekali. Tak dapat nak simpan rahsia yang pengantin juga penasyid dengan mereka. Gabungan By-Tiey dan Band Of Ikhwah

Ust Al-Amin Salleh (jurufoto)


Antara tetamu yang hadir

menu hari ini, nasi minyak


Makanan VIP (hasil gotong royong semua), terima kasih tukang masak (Ust Aziz, Ust Ismail dll)


Makanan pengantin (yang ni akhawat masak)


Puding yang sedap


Kek buatan ahli KPT, terima kasih kepada beliau (duk di Mesir ni serba-serbi jadi pandai)


Ust Adlan (BP PMRAM)

Ustaz Aiman (Ketua Unit Teknikal)



Ust Taufiq (BP PMRAM), Ust Malik (Mantan BP PMRAM), Ust Amir (Ketua Unit Sambutan)

Sebahagian pimpinan PMRAM dan KPT



Syukran KPT..






Bersama Ust Syahrizan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM)

Sekian, Wallahua'lam. Doakan kami...

Wednesday, June 30, 2010

Walimah ana hari ini, jemput2!!

Hari ini walimah ana di rumah Terengganu Hayyu Asyier, Mula jam 11.00 pagi - 4.00 petang. Akan diserikan dengan persembahan nasyid daripada group baru yang dianggotai pengantin, tapi pengantin tak nanyi la hari ni..huhu..yang penting kene datang awal!!

Sunday, June 27, 2010

Jemputan walimatul 'urus


Pada 1/7/10 akan diadakan majlis walimatul 'urus ana di Rumah Terengganu Hayyu 'Asyier bermula jam 11.00 pagi sehingga 4.00 petang insyaAllah. Kepada semua yang mengenali diri ini dijemput untuk hadir pada hari tersebut.

Friday, May 21, 2010

Terima kasih yang tak terhingga..

Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat tercinta yang bertungkus lumus menjayakan majlis akad nikah al-faqir beberapa hari yang lepas. Perancangan hanya untuk melakukan majlis akad nikah, tapi dah jadi macam walimah pulak. Walaubagaimanapun ucapan berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada semua ikhwah dan akhawat yang terlibat mengorbankan masa mereka walaupun masing-masing berada dalam fatrah imtihan. InsyaAllah walimah akan di adakan pada awal bulan 7 ini. Yang pasti sebelum 5/7. Jika hari tu makan mee goreng, walimah nanti macam biaselah, kita makan nasi minyak. Jadi tunggulah pengumuman dari ana ye. Akhir kalam, ana sertakan sedikit gambar sahabat-sahabat tercinta yang sudah bersama sejak dari bangku sekolah (taman thanawi). Maaf sebab internet lemah, jadi hanya ini yang dapat diupload..










Terima kasih semua..Barakallahu lakum jami'an

Alhamdulillah..Terikat sudah perjanjian

Tangisan sanubari telah terhenti. Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah yang maha berkuasa menentukan segalanya. Dengan sekali lafaz maka sahlah al-faqir sebagai suami buat zaujah tercinta. Doakan kebahagiaan kami hingga ke syurga. Semoga bait muslim yang di bina dapat menguatkan lagi perjuangan kami yang sama-sama ditarbiyah satu ketika dulu.

Ucapan berbanyak-banyak terima kasih buat semua ahli KPT yang telah banyak membantu perjalanan majlis umumnya dan buat sahabat-sahabat tercinta yang telah banyak berkorban untuk kami berdua.

Ana copy gambar semasa majlis akad nikah di blog Ust Amin la ye. Sebab memang dia juru foto pun. Terima kasih banyak-banyak Ust Amin.


Hadirin sedang menunggu majlis dimulakan.

Sedang menyiapkan dokumen yang berkaitan.


Zikrullah..

Hadirin ceria dalam majlis.

kelling(mengerling) ke penonton..huhu

Latihan..huhu
Mane ade takut la Ust AMin..Tenang..
Teks khutbah yang dibacakan.
Istighfar sebelum akad dimulakan.

Akad pun dilafazkan.

Aku terima nikahnya Siti Norul Aini Hasmidar Bt Md Razali dengan mas kahwin RM418 tunai..Ambe xbiase la bahasa melayu, bahasa arab lagi lancar dan mudah..ngeee..

Sah??...sah..Alhamdulillah
Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajamma'a bainakuma fil khair.

Bacaan doa yang dibacakan oleh Tuan Qadi, Ust Hanif.

Pen Emas Sakti yang menjadi saksi Aku Terima Nikahnya.. Hehe.

Saksi daripada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah [JPMK]. En. Zulkifli Din.

Saksi. Ust Rozi Musa [Unit Bait Muslim KPT]

Saksi, Abdullah Amir Mohd Zabuddin.

Kalau nak nikah kena la sign dulu.

sedang membacakan lafaz ta'lik.'

Penuh bersemangat walaupun kadang tersilap. hehe.. Sepatutnya 4 bulan tapi jadi 4 hari. "Sekiranya sabit aku meninggalkan si isteri selama 4 hari.." yang mengamit gelak tawa hadirin. Bergurau je tu..huhu

Ucapan daripada Ust Syukri Nazar [TYDP Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu] mewakili ahli2 KPT.

Ucapan daripada YDP Melaka Mesir.



Ucapan wakil PMRAM. Ust Solehuddin.

Ucapan daripada Unit Bait Muslim KPT. Ust Rozi Musa

Sahabat lama Imtiaz Dungun. Dr. Amirul Afiq

Mantan BP, Ust Nik Rosdi yang sudah tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga dengar khabarnya.. hehe.


Sahabat daripada Melaka.

Sahabat seperjuangan
Sahabat Imtiaz Dungun yang dapat hadir. Dr. Hakim, Dr. Abdullah, Ust Muzani, Dr. Amirul & Ust Al-Amin .


Makan2.. Pedas wo mee goreng tu.. Memang celup Melaka betul wahai tukang masak ni. Walaupun anak jati Terengganu.


Jamuan sudah tersedia. Takde nasi minyak yer. Sebab dah selalu sangat buat bila kenduri. Ini menu ringkas untuk majlis akad nikah. InsyaAllah, masa kenduri kesyukuran selepas periksa nanti dengan menu yang lebih istimewa. hehe.. tunggu bulan 7 nanti..

Men In Black. Ust Bukhari & Ust Abu Jihad.



Ust Khairuddin & Ust Azidi [Zidi, warna baju sama la dengan kain kat blakang tu.. hehe]

Sahabat Dr. daripada Mansurah. [Sory nama tak ingat]

Bersama roomate sejak sekolah F4 sampai kat Mesir. Ust Kamal Hafizullah. Rindu ke Ust Kamal.


Ust Jihad & Ust Abdullah Amir

Team mutzawwijin..

YDP KPT Ust Ridhuan. [Bila la agaknya Ust wan kita nih?]

Bersama Ust Alif.

Hadiah daripada PMRAM yang disampaikan oleh BP Ust Huzaifah. [Terima kasih Ust Pa, sampai awal. Memang komitmen sungguh BP kita ni]

Ust Soleh BP PMRAM