Latest Entries »

Followers

Sunday, December 5, 2010

PENDERITAAN ADIK SOFIYATUL ULYA MENDAPAT PERHATIAN KPT MESIR

web kpt
Tanta: Kisah penderitaan yang dialami oleh adik Sofiyatul Ulya, anak kepada pasangan Saudara Mohd Faizol bin Endut dan isteri, Siti Anisah Ahmad mantan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2009 turut dirasai oleh semua pihak.
Oleh demikian itu, pihak KPT yang diwakili oleh wakil mutazawwijin Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT), Saudara Che Engku Omar bin Che Engku Mahmod dan isteri, Dayang Siti Noraini Awang Damit Yahya dan Saudari Fatimah Salwani Abdullah iaitu penasihat HEWI KPT, serta Naib Pengerusi HEWI KPT, Saudari Tengku Fathimah binti Tengku Hashim telah turun ke Tanta untuk menziarahi adik Sofiyatul Ulya.
Adik Sofiyatul Ulya yang sebelum ini menghadapi masalah saluran pemakanan dan pembuangan najis telah dimasukkan semula ke Hospital Universiti Tanta pada hari sabtu yang lalu rentetan daripada batuk yang berpanjangan dan sesak nafas. Beliau kini ditahan di unit rawatan rapi (ICU) dan disahkan menghidap penyakit Pneumonia (jangkitan pada peparu).
Pihak KPT telah mengambil inisiatif mengutip sedikit sumbangan daripada ahli bagi meringankan beban pasangan tersebut. Semoga dengan sedikit sumbangan tersebut dapat membantu menampung kos rawatan adik Sofiya.
Pihak AJKT dan HEWI KPT serta ahli KPT mendoakan agar pasangan Saudara Mohd Faizol bin Endut dan isteri, Siti Anisah Ahmad tabah menghadapi ujian dan mehnah. Kami juga mendoakan agar adik Sofiyatul Ulya cepat sembuh dan kembali pulih seperti biasa.

0 comments: