
Gambar hanya sekadar hiasan.
Hati rasa tergerak untuk menasihati golongan yang mempunyai peranan besar dalam perjuangn islam iaitu golongan hawa.Kerana meyakini bahawa ad-dinun nasihah dan kita perlu sedari apabila ada orang yang menasihati kita tanda dia menyayangi kita.Lalu di sini ana datangkan serba sedikit nasihat buat kaum hawa secara umum yang dikasihi yang berada dalam satu ikatan akidah yang suci lagi luhur iaitu aqidah islam.
Setelah 'berjalan-jalan' dalam alam maya ini,didapati terlalu banyak golongan hawa yang sepatutnya tersembunyi dek kesucian dan kemuliaan serta harga diri mereka yang terlau tinggi di sisi islam yang menzahirkan diri mereka dengan cara yang salah melalui laman-laman sosial yang terdapat di dalam internet mutakhir ini.
Maka sayugialah bagi ana untuk memberi sedikit peringatan kerana ana yakin bagi wanita yang solehah terkadang mereka bukan sengaja untuk melakukan kesilapan ini tetapi mereka melakukan dalam keadaan yang tidak sengaja.Maka ana yakin bagi wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita solehah akan dapat menerima nasihat ini dengan hati yang terbuka dan ana sangat yakin seorang wanita yang solehah sangat dahagakan peringatan.
Maka sebelum ana meneruskan kalam,ana tidak berniat untuk mencari kesalahan sesiapa.Siapalah ana untuk memperlakukan seperti itu.Ana juga seorang hamba yang lemah.Namun kerana sayangkan insan-insan seagama ana teruskan menulis apa yang terbuku di hati.Yakinlah bahawa tulisan ini bukan keran marah tetapi tanda sayang.Ingatkah kita kata-kata Al-Imam Al-'allamah Al-Harith ibnu Asadil Muhasibi Al-Basri di dalam kitabnya Risalatul Mustarsyidin yang berbunyi "wa'lam anna man nasohaka faqad ahabbaka".Ketahuilah bahawa apabila seseorang menasihati kamu maka itulah tanda bahawa dia mengasihi kamu.Maka nasihat ana yang ana tujukan untuk semua muslimat harapan ummah ini adalah tanda kasih ana buat saudara seagama.Maka bagi wanita solehah yang berhati suci,tawadhu',jelas fikrah islamnya serta sentiasa dahagakan peringatan maka pasti akan menerima nasihat ini dengan hati yang terbuka.Maka jika sebaliknya wallahu a'lam.InsyaAllah boleh dibincangkan.Silakan komen.
Kalian adalah barang yang berharga seumpama emas malah lebih berharga dari itu.Justeru,emas sudah tetulah disimpan di dalam bekas yang tersembunyi begitulah juga kalian.Apabila tertutup dan tersimpan elok maka tinggilah harga diri kalian."Perempuan yang terbaik adalah yang paling tertutup".Jarang kelihatan kelibatnya di tempat terbuka.Hanya akan ada jika dia diperlukan dalam hal-hal yang penting sahaja.
Jadi di sini ana ingin menyebut tentang beberapa perkara yang perlu sama-sama diperbaiki.Antara kesilapan yang dilakukan:
1)
Facebook,friendster dan laman-laman sosial yang lain.
1-Menayangkan gambar.
-Menayangkan gambar yang tidak sepatutnya ditayangkan untuk tontonan umum bagi seorang wanita yang solehah.Biarlah wajah kalian hanya untuk tatapan khusus untuk suami tercinta.Jika ada yang mengatakan ana syadid maka terpulanglah.Nasihat ini untuk mereka yang ingin menjadi wanita solehah.Ana seorang lelaki,maka ana tahu apa yang patut dilakukan oleh seorang wanita untuk menjadi seorang wanita solehah dambaan semua lelaki.
2-Melakukan aksi manja di dalam gambar.
-Ini adalah fitnah yang besar untuk kaum adam.Lelaki mana yang tidak tergoda melihat aksi manja perempuan.Bal'am ibnu ba'ura seorang wali Allah tersungkur kerana perempuan apatah lagi lelaki-lelaki yang ada penyakit di hatinya.Jika ada lelaki yang mengatakan dia jatuh cinta kepada kalian kerana melihat 'aksi' kalian itu,maka sedarlah mereka hanya mempermainkan kamu dan jika ia benar jatuh cinta maka sedarlah cintanya hanya kerana nafsu.Maka apabila habis madu sepah dibuang.Maka jagalah diri kalian wahai anak cucu ketrunan hawa yang dikasihi kerana Islam.
3-Melakukan maksiat secara terang-terangan.
-Ada yang saling meluahkan perasaan kepada sang kekasih di dalam facebook.Bahkan ada yang meletakkan gambar mesra berdua.Takutlah kepada Allah untuk melakukan maksiat kepadanya lebih-lebih lagi maksiat yang secara terang-terangan.Jika maksiat yang kita lakukan hanya antara kita dengan Allah,kita hanya perlu bertaubat dan sembunyikan perkara itu dan jangan ceritakannya kepada orang lain.Namun jika maksiat itu dilakukan secara terang-terangan sudah pasti lebih besar dosanya kerana mungkin akan mempengaruhi orang lain.Cuba bayangkan jika ramai yang melakukan maksiat kerana terpengaruh dengan kita.Sudah pasti dosa kita sentiasa berjalan.Na'uzubillahi min zalik.
4-Dan lain-lain yang boleh difikir sendiri.
2)
Blog.-Ramai kaum hawa hari ini yang memiliki blog masing-masing.Nasihat ini ana tujukan bagi mereka yang memahami Islam dan apa yang dituntut oleh Islam.Jika ana menyatakan bahawa 'akhawat tak boleh ade blog'.Maka ana bersetuju jika ana dikatakan syadid dalam hal ini kerana ana berkata-kata tanpa dalil.Cuma apa yang ana ingin sebut,jika tak perlu maka tak perlulah ada blog.Jika ingin berblog kerana ingin berdakwah dan lain-lain perkara yang bermanfaat maka silakan.Tetapi ada perkara yang ana ingin nasihatkan supaya maruah dan harga diri kalian tidak jatuh di mata lelaki yang soleh.Ini adalah yang terbaik.Jika tidak bersetuju maka tidak mengapa.Antaranya:
1-Jangan letak gambar anda.
2-Jaga bahasa anda.Jangan terlalu kasar yang melambangkan anda insan yang kasar.Gunakan bahasa yang biasa yang tidak menimbulkan fitnah.
3-Jangan cerita kesilapan yang lalu.Dosa kita yang lalu biarlah hanya Allah yang tahu.Tugas kita 'taubat nasuha'.Kerana disebut di dalam hadis nabi bahawa Allah susah nak ampunkan dosa hambanya yang mana dosa itu hanya diketahui olehnya dan Allah,tetapi dia menceritakannya kepada orang lain kecuali atas sebab tertentu.
Mungkin setakat ini dahulu.Silakan komen yang membina.
P/S:Pesanan untuk mereka yang belum berkahwin.Bagi yang sudah berkahwin,suami merekalah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.