Latest Entries »

Followers

Thursday, April 8, 2010

Malumu berharga..

Post tentang muslimah lagi ke?... Ye, tapi ana cuma ingin memberi tazkirah ringkas untuk post kali ini. Kesihatan tidak mengizinkan. Tak tau lah mengapa sering sahaja rasa tidak sihat datang menyerang sejak duduk di Mesir. Doakan al-faqir agar terus teguh menempuh segala ujian mendatang. Kerana seorang yang mengaku ingin menjadi seorang mujahid harus memiliki 10 sifat peribadi yang telah digaris pandukan oleh As-Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna rahimahullah, iaitu:

1) Kekuatan jasmani. (Selalu je tak sihat,kenape la ye??)
2) Akhlak yang mantap. (Terlalu jauh rasanya diri ini..)
3) Berfikir berteraskan ilmu. (Masih faqir dalam ilmu..)
4) Mampu berdikari. (Memerlukan teman..)
5) Aqidah yang sejahtera (Allahummaj'alni minal muqinin..)
6) Ibadah yang betul. (Allahumma faqqihni fidddin..)
7) Berjuang melawan hawa nafsu. (Sering tertewas,Ya Allah..segerakan urusan akhiratku..)
8) Menjaga masa. (Intabih ya Muzani..)
9) Mengatur urusan diri. (InsyaAllah..)
10) Berguna untuk orang lain. (Ya Allah..hina terasa diri)

Doakan al-faqir dapat istiqamh menuju ke arah itu..

Jadi peringatan yang ingin al-faqir kongsikan dengan semua muslimah di luar sana,peliharalah malu kalian kerana ia menandakan nilai hargamu. Ana nukilkan nasihat ini setelah melihat satu bala besar yang melanda mahasiswa/wi Mesir baru-baru ini akibat kebanjiran pelajar-pelajar medic ejen (bukan tajaan kerajaan,syarat yang sangat mudah dikenakan untuk mereka menyambung pelajaran di sini). Satu majlis annual dinner telah diadakan oleh mereka. Terasa malu untuk menayangkan gambar-gambar mereka kerana ia boleh dikatakan 'perkara baru di sini'.

Apa yang menyebabkan ana terkejut adalah apabila melihat gambar-gambar sekitar majlis tersebut. Ana tidak ingin bercerita panjang. Ana gambarkan majlis itu sepertimana majlis karpet merah artis-artis. Boleh bayangkan?. Pakaian pelajar-pelajar perempuan tersangat melampau. Justeru,tugas kita menjadi semakin berat. Kita harus bersama-sama mencari jalan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka kerana dakwah adalah tugas kita semua. Namun perlu kita ingat, dakwah itu ada caranya.

Justeru itu,buat mereka-mereka(muslimah) yang terpilih untuk berada dalam jagaan Allah, teruskan menjaga malu kalian. Kerana di situ terletak hargamu yang tinggi.


Harap maaf jika artikel kali ini sukar untukj difahami dan bercelaru. Salam peringatan

3 comments:

Anonymous said...

malu...
ungkapan yang sangat keramat..
malu wanita..di mana letaknya??

Ya Allah.. jadikan aku wanita-wanita terpilih di syurga abadi~

cahayakurniaanALLAH

Siti said...

Salam, al faqir. Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah..

-Majlis annual dinner?
-Majlis karpet merah artis?

huhu..mungkin ia fenomena baru di sana, namun pada pemerhatian sy, di ipta di malaysia..fenomena itu adalah biasa...amat biasa...diadakan setiap tahun oleh hampir semua persatuan yg ada universiti..temanya berbagai, masquerade(klu xtahu tny google), moden, dsd..Ipts mgkin lebih teruk..ikhtilat jgn ckp la...smpi sy tidak tahu utk meletakkan situasi sy di mana...

namun sy amat berharap, suasana di sana jgn biarkan dicemari oleh unsur2 sebegini. Cegah sblm parah..

~sekadar sebuah perkongsian~

http://qudwahhumaira.blogspot.com/2010/03/malam-anugerah-kenangan-terindah-kolej.html

amar90 said...

syukran