Latest Entries »

Followers

Tuesday, April 6, 2010

Damanhur membangkitkan semangat perjuangan

Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah,al-faqir baru sahaja pulang daripada Damanhur salah satu muhafazah yang terdapat di Negara Mesir ini bagi mengikuti Simposium Keilmuan Damanhur (SKEDA) yang telah berlansung selama empat hari. Bermula dengan pembentangan kertas kerja Kaifa Nata'amalu ma'al Quran oleh Ustaz Salman Maskuri (MA Al-Azhar) diikuti dengan kertas kerja Fiqh Ikhtilaf oleh Ustaz Abdul Mu'iz Bin Muhammad (Presiden PMRAM). Seterusnya program diteruskan dengan pembentangan kertas kerja Fiqh Muwazanat oleh Ustaz Hairul Nizam Bin Mat Husien (MA Al-Azhar) dan Fiqh Aulawiyat oleh Ustaz Fairuz Bin Tamjis (MA Al-Azhar).

Manakala pembentangan kertas kerja Sunnah dan Bid'ah terpaksa dibatalkan kerana pembentangnya Ustaz Azmansyah Bin Alias tidak dapat menghadirkan diri kerana terdapat keuzuran.Walaubagaimanapun masa yang kosong digantikan dengan ceramah yang menusuk kalbu yang telah disampaikan oleh Ustaz Huzaifah Bin Fauzi (Calon BP PMRAM 2010). Ayuh sama-sama kita mengundi Ustaz Huzaifah. Program diakhiri dengan diskusi kitab Wujudullah oleh Ustaz Mujahid Bin Ir Fadzil (Penasihat KPIPM). Setiap pembentangan diselangi dengan LDK.

Semoga program ilmu dan tarbiyyah sebegini dapat diteruskan lagi bagi mentarbiyah ahli-ahli untuk lebih mementingkan program tarbiyyah yang mana ia makin dilupakan sejak akhir-akhir ini. Semoga dengan program sebegini dapat membangkitkan lagi semangat juang kita untuk berbakti buat agama tercinta berbekalkan ilmu bukan hanya semangat kosong yang merosakkan perjuangan Islam.

0 comments: