Latest Entries »

Followers

Wednesday, May 6, 2009

AMANAH RAYA AL-KAZZAB..

Hari khamis malam jumaat macam biasa ana akan ke kuliah ust aidil adha kat surau sebelah SHAMS.malam tu ana pergi dengan sahabat ana Ust Abdullah Amir.Mase tengah-tengah sedap duk dengar ust bagi kuliah,hand phone tiba-tiba berdering."hello assalamualaikum,ni ahmad muzani ke?"kata suara dalam telefon bimbit ana."ye saya","sape ni?,ade ape?"balas ana."adik terpilih untuk menghadiri temuduga biasiswa amanah raya untuk pengajian islam di Universiti Al-Azhar Mesir" jawab perempuan tersebut."ok time kasih,assalamualaikum"ana mengakhiri perbualan.Gembira jugak hati ni bile nak dapat biasiswa.Dengan semangatnya ana terus beli tiket untuk pulang ke melaka.Sebab nanti kene pergi ke amanah raya dengan ayah.Tapi pelik jugak,kenapa kene pegi dengan ayah ek?.Takpelah,tanpa berfikir panjang ana pun balik la ke melaka.Pagi selasa kamal dengan muiz akan ditemuduga.hari tu ana kerap hubungi mereka berdua untuk bertanyakan tentang perkembangan di sana.Sampai satu ketika sampailah satu mesej daripada muiz."Salam muzani,amanah raya kate biasiswa hanya untuk kos sains sosial islam je".Bermula drpd tu lah ana sedar telah berlaku tipudaya dalam hal ni."kata untuk pengajian islam,dah sampai kat sana baru kbo untuk kos lain,memang dasar penipu pumya UMNO".
Bukan Amanah Raya tapi UMNO Raya.Baru la ana sedar apakah tujuan merka memanggil ibubapa pergi ke sana.Rupa-rupanya untuk mempengaruhi ibubapa dengan tawaran biasiswa sebanyak RM50000 selama 4 tahun.Tapi maaf lah amanah raya,mak ayah saya tak pelahap duit tu.mereka awl-awal lagi tolak setelah dapat tau tentang perkara ni.Alhamdulillah,mujurlah dapat tau.Namun ana tetap rasa simpati kepada sahabat-sahabat yang telah berhabis wang untuk ke Kuala Lumpur.lebih-lebih lagi yang pergi dengan ibubapa masing-masing.ade yang terpaksa minta cuti tanpa gaji.Ade yang datang dari Kelantan dengan ayahnya yang buta.Ana Simpati terhadap mereka.Walaupun dalam keadaan susah begitu,ramai dalam kalangan mereka yang menolak dan memilih untuk terus thabat untuk mendalami agama.bersambung..

1 comments:

TENGKU KHAIRUL IDHAM said...

Salam...

Ana nk pesan skit... Nasihat ana jgn ambik amanah raya tu sbb :-

1- Program matrikulasi ni skrg adalah program yg bermasalah di mesir sekarang ni. Program diwujudkan tp fakulti tiada. Tambahan pulak, Dato' Duta dh tamat tmpoh khidmat jd duta... Dato Duta yg knalkan program ni...Sedangkan pihak yang bertanggungjawab adalah Kementerian Pengajian Tinggi atau Kementerian Pelajaran.

Difahamkan bahawa program ini dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Pelajaran dan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh yang demikian, boleh dirumuskan bahawa Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) tidak akan bertanggungjawab sama sekali kepada program ini dan ia merupakan bidang kuasa luar yang diperuntukkan.

Pelajar-pelajar ini dikatakan bakal ditempatkan di dalam Fakulti Ulum Islamiah selepas tamat setahun di dalam program Pra-Azhar ini. Namun, sehingga kini Fakulti Ulum Islamiah tersebut masih belum wujud dan tak pasti adakah ia telah diluluskan oleh pentadbiran Universiti Al-Azhar pun masih lagi kabur.


Ada beberapa perkara yang masih kabur sehingga hari ini.

1- Sehingga hari ini semua pelajar Pra-Azhar ini tidak mendapat visa... nTA nak ke duduk msir tanpa visa... rmai dh yg kne tangkap sbb de visa.

2- Tidak thu di bawah pentadbiran manakah mahasiswa ini berurusan. Xthu dengan pihak pentadbiran Al-Azhar atau mereka yang berada di luar Al-Azhar...

3- Program ini hanya tertumpu kepada mahasiswa daripada negara Malaysia JE... Lain ngara tak de..Bagaimana sebuah fakulti mampu ditubuhkan secara tiba-tiba dan hanya melibatkan mahasiswa Malaysia? Pentadbiran Al-Azhar akan menerima ke fakulti ini? Nta tgoklah bagaimana mudahnya Dr. Ahmed Taib (Rektor Al-Azhar) memansuhkan program Muadalah (Program Berkembar Al-Azhar) tahun lalu. Dan, ada kemungkinan selepas bertukarnya Rektor Al-Azhar pada masa akn datang, perkara yang sama akan berulang.Tak mustahil.

4- Ade ura2 fail mahasiswa Pra-Azhar ini hilang di Azhar...

Yang last skli paling penting,sanggup ke nta tinggalkan Ijazah Sarjana Muda semata-mata mahu kembali jadi pelajar Matrikulasi???

Mmg pljar ni skrg dpt tajaan n hidup mewah...

Ana just skadar bgi pendapat... Terpulang pd nta n sahabat2 lain...

Wslam