Latest Entries »

Followers

Friday, August 21, 2009

Ziarah sahabat-sahabat sebelum berangkat...AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Alhamdulillah jika dipanjangkan umur dan diizinkan olehnya,insyaAlah ana akan berangkat ke bumi Anbiya' pada 27/9/09.Jadi sebelum berangkat ana telah menziarahi sahabat-sahabat di UIA Nilai,UIA PJ dan UIA Gombak.

Dah lame rasanye tak update.Ana tak lah se'aktif' sahabat-sahabat seperjuangan seperti aminmenulis dan tintamusafir.Walaubagaimanapun,Alhamdulillah dapat kembali menulis.
Dah lama rasenye di Terengganu untuk menyelesaikan beberapa perkara penting termasuklah terpaksa ke kem BTN.'sungguh gembira di sana' huhu.Ape-ape pun ana tak mau komen panjang-panjang.

17/8/09 ana balik ke Melaka.Asalnye nak balik sorang je.Tapi mungkin sudah perancangan Allah ana balik bertiga bersama dua lagi sahabat ana Mad dan Kamal.Hanya mereka berdua yang boleh menemani.Sahabat-sahabat lain ade komitmen masing-masing untuk Islam yang sudah pastinya lebih penting.

Justeru kami gunakan kesempatan ini untuk menziarahi sahabat-sahabat di UIA.Sebab jika diikutkan ana memang dah tak berkesempatan untuk bertemu dengan mereka.

19/8/09 ana bersama dua orang sahabat ana bertolak ke KL.



Kami pun memulakan perjalanan..Sbhanallazi sakhkharalana haza wama kunna lahu muqrinin,wainna ila rabbina lamungqalibuun..amiiin......



Bos kene duduk kat belakang..huhu
Tapi pagi tu kami tak makan lagi.Jadi kami pun berhenti la makan kat RnR..








Alhamdulillah..

Kami meneruskan perjalanan..

Dalam pukul 10 pg kami sampai di UIA Nilai.Tapi tak berkesempatan untuk bertemu sahabat-sahabat kerana semua ada kelas.Kami ambil ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke PJ dan kami akan kembali ke Nilai pada sebelah malamnya.





Pening jugak jalan-jalan kat KL ni.musing ketang sekali..huhu


Nasib baik lah ada pemandu di hadapan ni..cube teka siapakah beliau???huhu..


Alhamdulillah,akhirnya sampai jugak di UIA PJ.
Tengah sedap-sedap ambik gambar,tiba-tiba terpandang ke arah bangunan yang tertulis Mahallah Khadijah."Tempat ape ni ye??bilik kuliah ke ape?"bermonolog.Nak ambik gambar rase tak sedap hati.Ana pun tanye Bukhari Mansin (sahabat ana yang study di sana)."tu kolej penginapan pelajar wanita lah"jawab Bukhari."Ya Allah,nasib baiklah tak ambik gambar.Maaf,ana betul-betul tak tau".



Alhamdulillah,sempat jugak bertemu Majid Faiz.Sahabat seperjuangan sejak dari Imtiaz dulu hingga kini.Majid baru je lepas kelas ni.
Surau di UIA PJ.Kami pun solat la kat sini berimamkan Al-Imam Fadhilatul Ustaz Rizqi(mad) Bin Zakaria..Selepas itu bateri handphone pun habis.Jadi tak boleh lah nak ambik gambar.Kami meneruskan perjalanan ke UIA Gombak.MasyaAllah sungguh besar dan cantik pemandangan di sana.Rasa macam nak duk kat sini jugak.huhu..Oleh kerana bateri handphone dah habis,ana tak berkesempatan nak ambik gambar kawasan-kawasan menarik di sana.

Alhamdulillah,tanpa disangka ana bertemu dengan Abang Soleh(abang sedara) di sana.Setelah kami menunggu beberapa ketika di tempat letak kereta.Kami disambut oleh sahabat kami Al-Ustaz Abdurrahman Mustafa.Dah macam ustaz.Kagum ana dengan sahabat-sahabat yang masih mengekalakan identiti pelajar islam di sini.

Selepas solat asar kami bertemu seorang lagi sahabat yang dirindu Al-Ustaz Shukri Salleh.Tetap macam dulu.Sejuk mata memandang.Rasa nak buat adik ipar tapi tak dapat,huhu.

Kami bersiar-siar di sekitar UIA Gombak sementara menunggu sahabat-sahabat selesai kelas.
Alhamdulillah,akhirnya dapat juga bertemu dengan mereka iaitu Syukri,Man,Baha dan hafiz Abdul Karim.

Kami dibawa ke bilik Abdur Rahman untuk bersih diri sebelum berangkat pulang.Kepada sahabat ana Abdur Rahman,maaf dipohon kerana tak dapat tunaikan hasrat enta untuk kami tinggal di sana lebih lama kerana malam tu sahabat-sahabat di Nilai sudah menunggu untuk makan malam bersama.
Ni la bilik Man.
Bersihkan??tak hairan la masa di SMAASZA sentiasa menang bilik terbersih jika bilik tu di huni insan bernama Abdur Rahman.Alhamdulillah ana juga pernah bersama beliau di bilik 103B.huu..






Kami solat maghrib di masjid UIA.Sungguh tenang di sini.

Sampai masanya untuk bertolak pulang.Idahnya saat bersama walau seketika.Moga Allah terima doa diri ini agar diampunkan dosa kami semua yang bertemu dan berpisah kerananya.


Meneruskan perjalanan ke Nilai..

Dua sahabat yang setia menemani walaupun keletihan.Letih tapi gembira.Tak mungkin berpeluang lagi selepas ini.Nak berngkat dah jika dipanjangkan umur.InsyaAllah.
Sahabat setiaku..ana doakan enta selalu.cepat-cepat ye..amiiiinn...huhu
Kami sampai sedikit lewat kerana tersilap masuk jalan.Alhamdulillah
dapat bersua juga dengan sahabat-sahabat di sana.
Al-Akh Nasih Ulwan seorang Presiden.
Khairul Anuar Naim anak buah di SMASSZA dulu.Teruskan perjuangan kita.
Bersama Akh Hafidz..
Gembira bersama..
Masa berlalu terasa terlalu singkat.
Tibalah masa untuk berpisah..
Ust mad dan Ust Kamal nak bertolak pulang ke Terengganu.
Selamat Jalan..Semoga saat indah bersama terus kekal dalam ingatan.Ukhuwwah fillah sungguh manis.Takkan terjumpa dengan iktisabi tapi dengan zauqi.Siapa yang meresa dia akan terasa manisnya ukhuwwah yang bertunjangkan aqidah bukan duit atau lain-lain kepentingan dunia.


Tak lupa juga,AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.Selamat berpuasa kepada semua.
Sama-sama kita tingkatkan amalan.Sekian Wallahua'lam

6 comments:

Musafir said...

Salam..huhu sedihnyer..ana selalu jer x berkesempatan nak join korang sume.huhu..

Azan Subuh said...

kelakar baca adik tulis pasal mahallah khadijah...dulu masa akak kat sana, tu la asrama akak.bangunan 9 tingkat, siap ada lif.masa akak duk sana dulu pernah ada kejadian seorang pelajar perempuan yg jatuh dari tingkat 9.cedera agak teruk...

mahallah=kolej kediaman.istilah yg diguna di uia.

amar90 said...

Kepada musafir..tak mengapa,lain kali pulak kot.Kepada Azan subuh..Ye,mungkin tak perasan,maklum lah baru je sampai dari jauh,masih pening lagi.huhu.Tak pun tak pandai Bahasa arab.ana memang tak pandai mane bahasa arab.Bahasa omputih boleh la sikit2..huhu

Anonymous said...

salam...salam ramadhan aidon...
ramadhan kareem..
setiap pertemua mesti ada perpisahan..
ukhuwah fillah lil mardhatillah..
truskan perjuangan utk tegakkan agama ALLAH (ISLAM)...kalu bukan kita siapa lagi???..kalu bukan sekarang bila lagi???hehee..egat dop kata2 hikmah sape???hehee...
dikesempatan dgn ini jugok...
pda bulan ramadhan yg mulia ni..
bulan yg pernuh berkat ini..
ana nak mitak maaf jikalau ada salah dan silap....
syukran jazillah lianna sudi jadi naqib ana masa kat smaasza...
trima kasih atas semua ilmu yg disampaikan yerp..hehehe...
moge2 selamat sampai kat tanah anbiaya` yerp...bitaufiq wa najah...
moge mendapat keredhaan ALLAH selalu yerp...
slamat menjalani ibadah puasa yerp...

amar90 said...

kaiyoe la 2...same2.jage diri baik2..

Dr Hamidi said...

Salam...
ya syeikh !!!
Salam Ramadhan Kareem...

Semoga berjaya kat Mesir... di Dunia dan di AKHIRAT... insyaALLAH...

"Ingat ALLAH, ALLAH akan mengingatimu"