Latest Entries »

Followers

Wednesday, June 9, 2010

Berhenti seketika..

Salam kasih sayang buat semua, blog ini akan berhenti buat seketika untuk memberi laluan kepada imtihan yang sedang berlansung. Doakan kejayaan ana dan zaujah tercinta serta seluruh umat Islam agar diberikan kejayaan di duina dan akhirat. Apa yang penting biarlah ilmu yang diberi oleh Allah dapat diamalkan sepenuhnya mengikut kemampuan sebagai hamba yang mengharapkan nusrahnya.

Jadilah mereka yang menuntut ilmu kerana Allah. Ikhlaskan niat dan rasakan segalnya dari Allah. Hari ini, dek kerana merasakan kejayaan adalah hasil usaha kita bukan dari Allah menyebabkan ramai yang angkuh dan sombong dengan kejayaan yang diberikan oleh Allah.
Semoga kita semua berjaya serta seiring dengan redha Allah.

Berapa ramai hari ini yang belajar ilmu yang tersangat mulia di sisi Allah hanya untuk dunia mereka. Belajar agama hanya diniatkan untuk mendapatkan sijil dan kerja. Ingatlah INZAR daripada nabi sallallahu 'alaihi wasallam buat penuntut ilmu agama Allah,

قال أبو الحسن حدثنا أبو حاتم قال: حدثنا سعيد بن منصور قال: حدثنا فليح بن سليمان فذكر نحوه - أبو الحسن القطان هذا راوي السنن عن ابن ماجه نعم، سند آخر، لكن مداره على فليح - نعم... حدثنا هشام بن عمار قال: حدثنا حماد بن عبد الرحمن قال: حدثنا أبو كرب الأسدي عن نافع عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال
: من طلب العلم ليماري به السفهاء، أو ليباهي به العلماء، أو ليصرف وجوه الناس إليه، فهو في النار .


Semua tujuan menuntut ilmu yang disebut oleh nabi di atas dijanjikan neraka oleh Allah. Allahhh....Gerun mendengar hadis tersebut. Justeru, ikhlaskan niat kita dalam menuntut ilmu. JIka lemah bertanya, jika tahu tawadhu'lah. Allahummaj'alna minhum.

Oleh kerana niat yang salahlah, ramai yang yang hanya kerap berkata tentang 'kita mesti menuntut ilmu' dalam masa yang sama lupa untuk beramal. Maka lahirlah ramai pelajar yang mumtaz, jayyid jiddan, jayyid akan tetapi tidak mengambil tahu tentang masalah ummat Islam, tidak berukhuwwah, ananiyah, merasakan dialah yang terbaik kerana dia najah, tidak menjaga mulut (umpat sana umpat sini) dan yang lebih teruk adalah apabila pulang ada yang menentang perjuangan menegakkan agama Allah tuhan pemilik sekalian alam dan lain-lain.

Dan di sini ingin ana bawakan satu pendapat yang telah ana sangkal awal-awal. Pelik, tapi ini yang berlaku. Pelik bukan apabila ada orang yang berjaya dalam pelajaran (bidang agama) tetapi tidak setuju dengan mereka yang berkahwin awal seperti al-faqir. Astaghfirullah, cuba datangkan dalil yang mencegah perkahwinan awal??, jangan kita menjadi orang yang alim ilmu agamanya tetapi terkadang mengeluarkan pendapat mengikut nafsu bukan mengikut ilmu yang dipelajari.

Ayuh, sama kita bermuhasabah. Hidup klita untuk Islam. Alhamdulillah Allah pelihara al-faqir dan isteri. Inilah balasannya kepada kami apabila kami menjauhi PERCINTAAN SEBELUM KAHWIN. Apabila sudah sampai masa, hanya kahwin jalannya.

Kini ibadahku tenang
Pengajianku terasa senang
Aku menyayang serta disayang
Untuk Islam terus berjuang.

Alhamdulillah, di jalan dakwah kami bernikah. Kami rindukan murabbi dan sahabat seperjuangan kami. Ayuh kita teruskan saki baki tarbiyyah sebelum pulang untuk Islam. Allahuakbar!!

Kata isteriku, " sayang rela ditinggal abang demi Islam".

Allahuakbar!!

p/s: Teruskan berdoa untuk pejuang-pejuang Islam di Palestin dan jangan lupa untuk pejuang islam (PAS) di Malaysia.

"NASRUN MINALLAH WAFATHUN QORIB"

0 comments: