Latest Entries »

Followers

Sunday, December 5, 2010

MB KUKUHKAN KESATUAN MAHASISWA TERENGGANU MESIR

web kpt

Kompleks Sukan Tajammuk, 3 Disember 2010: Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) di bawah kelolaan Biro Dakwah dengan kerjasama Biro Kebudayaan, Kesenian & Sukan KPT dengan jayanya telah mengadakan perlawanan bola sepak mahabbah antara Muzakarah Berkelompok (MB) sempena Ijtima’ Usbu’ie.
Program yang dianjurkan ini adalah bertujuan bagi meneruskan salah satu objektif Muzakarah Berkelompok iaitu membentuk ukhuwwah Islamiah dalam kalangan mahasiswa Terengganu.
Telah terbukti bahawa ukhuwah Islamiah dapat memupuk kesatuan ahli sehingga dapat melakukan segala kewajipan sebagai seorang mahasiswa Islam secara bersama dan seiring di bawah naungan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir.
Program santai ini telah berlangsung dengan jayanya bermula pada jam 7.00 malam sehingga jam 10.00 malam. Program ini telah dimulakan dengan solat fardhu isya’ secara berjemaah, tandatangan bantahan pegawai HEP yang tidak profesional dan diteruskan dengan perlawanan bola sepak gabungan Muzakarah Berkelompok.
Seterusnya program diakhiri dengan tazkirah khas oleh Ustaz Mohd Rozi bin Musa. Beliau menekankan tentang kepentingan ukhuwah Islamiah bagi menjamin kemenangan Islam. Beliau juga menasihati supaya semua ahli KPT dapat memberi sepenuh komitmen dalam Muzakarah Berkelompok dan setiap program yang dianjurkan oleh pihak KPT Mesir.
Akhirnya, diharapkan program ini dapat memupuk semangat persaudaraan dan mengukuhkan kesatuan dalam kalangan ahli KPT bagi menjamin survival KPT Mesir di masa akan datang.

0 comments: