Latest Entries »

Followers

Tuesday, April 21, 2009

MASYALLAH!!!SUNGGUH INI JANJI ALLAH,SUNGGUH INI KUASA ALLAH..

Selepas Allah s.w.t memberikan kemenangan kepada islam dibeberapa negeri.Tak putus aku membaca surah annasru tika dalam solat imma makmuman am imaman kerana di dalamnya terkandung ayat tentang kemenangan islam sepertimana firman al-haq yang berbunyi "APABILA TELAH DATANG PERTOLONGAN ALLAH DAN KEMENANGAN(1) DAN KAMU MELIHAT MANUSIA BERBONDONG-BONDONG MASUK KE DALAM AGAMA ALLAH(2)....ila akhirih".Lalu satu ketika terdetik dalam hati aku bilakah akan berlaku perkara yang disebut dalam ayat yang kedua di atas.Semalam aku menaiki motosikal LC angah ke masjid Pengadang Baru untuk mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ust Mustafa Kamal.Setelah i'tikaf seketika barulah nampak kelibat Ust Kamal.Bersih wajahnya memancarkan ketaqwaan seorang ulama muda penawar kejahilan masyarakat.Teringat pada sepotong hadis nabi yang menyatakan"sebaik-baik manusia dalam kalangan kamu adalah apabila kamu melihat wajahnya maka kamu akan teringat kepada Allah".merekalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah dalam kalangan ulama'.Ust Kamal pun mengambil tempatnya untuk memulakan kuliah.Tiba-tiba seorang AJK masjid menghampiri Ust seolah-olah berkata sesuatu kepada ust.Ust turun semula ke lantai masjid yang berkarpet tebal dari kerusi tempat dia menyampaikan kuliah.AJK tersebut mengambil pembesar suara.Kelihatan kelibat seorang pemuda mirip seorang cina menuju ke arah ust."Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh,di sini ade satu pengumuman"kata AJK tersebut."malam ini akan berlansungnya
satu majlis yang amat bersejarah bagi kita umat islam,untuk pengetahuan semua malam ini kita akan menyambut seorang saudara baru yang akan melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan ust".AJK tersebut menjemput ust."YA ALLAH!!!"detik hatiku."Realiti ke ni?,ahmadullah subhanahu wataala".Baru siang tadi terdetik dalam hati aku,sekarang terpampang di depan mataku seorang buddha mengucapkan dua kalimah syahadah.....benarlah janji-janji ALLAH.

1 comments:

TENGKU KHAIRUL IDHAM said...

Rindu ana pada Masjid Pengadang Baru...huhu