Latest Entries »

Followers

Friday, July 3, 2009

MARI DUDUK SEBENTAR KITA BINA IMAN(ijlis bina nu'min sa'ah)

Sedikit perkongsian dari hamba yang serba lemah dan kurang ini berpandukan serba sedikit kitab SIARUS SAALIKIN yang dikarang oleh Syeikh Abdus Samad Al-Falembani yang menterjemahkan kitab Ihya' 'Ulumuddin karangan Al-Imam Al Bukhari rahimahullah dan sedikit daripada kitab Hikam Abi Madyan dan Hikam Ibnu 'Ataillah dan bughyah serta sedikit penambahan dari penulis.Pertamanya dalam kita meneruskan hidup seharian kita bersyukur kerana kita telah mendapat hidayah daripada Allah untuk hidup di dalam Islam.Namun di sana dalam asyik kita beramal sedarkah kita penyakit dalaman mula menyerang tanpa kita sedari.Dalam kita merasa selesa dan sedap membuat amal,terkadang tidak kita sedar riya' datang menyerang.Amalan yang sepatutnya hanya untuk Allah kita ceritakan kepada orang lain yang boleh mengundang penyakit ini.Teringat penulis kepada satu hadis yang menceritakan seorang yang beramal selama tujuh puluh tahun tetapi kerana satu perkataan sahaja semua amalannya dibatalkan oleh Allah.MasyaAllah,tak lepas rasanya diri ini.Terkadang dalam asyik menulis di dalam blog,kita menceritakan amalan kita satu persatu.Bimbang juga jika ia boleh membuatkan kita jatuh ke dalam penyakit ini.Dan memang akan jatuh.Maka hilang begitu sajalah pahala amalan kita.Nastaghfirullaha min kulliz zunubi wal khataya.Apa yang lebih malang kita merasa selesa apabila orang memuji kita.Maka lebih lah lagi jika apa yang dipuji sebenarnya tidak ada pada kita tetapi kita merasa 'sedap duduk' dengan pujian itu.Maka kata Syeikh Ibnu 'Ataillah,sejahil-jahil manusia adalah mereka yang meninggalkan apa yang dia yakin terhadap dirinya dengan mengambil sangkaan orang padanya.Maksudnya janganlah kita bersedap dengan pujian orang kepada kita dengan melupakan siapa diri kita yang sebenar.Kerana kita yang tahu siapa diri kita.Namun bukanlah maksudnya di sini kita perlu ceritakan keburukan kita.Kerana antara dosa yang susah nak diampunkan oleh Allah adalah menceritakan dosa yang kita buat kepada orang sedangkan dosa kita itu pada asalnya hanya Allah yang tahu.Kita perlu juga menjaga pandangan baik orang itu pada kita dengan membaiki diri kita ke arah itu.Semoga fahamlah ye.

Yang keduanya sifat yang hanya layak bagi Allah iaitu takabbur.Kerana membesarkan diri itu pakaian bagi Allah.Selalu saja rasanya datang sifat ini ke dalam hati.Kadang-kadang terasa lebih daripada orang lain.Bila ada kelebihan sedikit sudah mula memperkecilkan orang lain.Sebelum
ana meneruskan kalam.Tulisan ini adalah untuk diri ini.Moga-moga dapat dikongsi.Jika kita mendapat ilmu tentang sesuatu,jangan pandang orang lain tapi pandanglah pada diri kita di mana tahap kita.Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang sentiasa merasa lemah daripada orang lain.Kerana apabila kita ni disebut sebagai an-nas maka tidak akan lari daripada an-nisyan.Tidak manusia ada yang sempurna.Justeru semuanya haruslah saling melengkapi bukannya saling merendahkan antara satu sama lain.Takabbur adalah suatu perkara yang bahaya.Iblis sesat kerananya.Dulunya iblis seorang hamba yang taat,hebat amalannya.Sehinggakan tiada satu pun tempat di atas dunia ini yang tiada kesan bekas sujud iblis.Namun kerana takabbur (aba wastakbar) dia sesat selamanya.bersambung..

0 comments: