Latest Entries »

Followers

Sunday, November 22, 2009

KENAPA KITA YANG MENJADI SEBAB??

Kalam dimulakan dengan rasa syukur kehadrat Allah tuhan sekalian alam.Selawat dan salam diucapkan ke atas baginda SAW yang telah memberi sinar kepada kita untuk menjadi penganut dan pengamal agama islam.

KENAPA KEBANYAKAN PELAJAR AGAMA TIDAK DIHORMATI LAGI?

Bukanlah tujuan utama kita menuntut ilmu agama untuk dihormati.Akan tetapi kita adalah pembawa agama Islam dalam masyarakat.Buktinya jika kita tersilap sedikit sahaja pasti ia dianggap besar oleh masyarakat.Maka sama-samalah kita ikhlsakan diri dalam menuntut ilmu agama Allah dan menjaga Islam dengan menjaga diri kita.

Antara sebab berlakunya apa yang disebut di atas yang boleh ana sebut di sini adalah:

1)Belajar agama bukan untuk beramal kerana Allah tapi kerana sijil.

Ana tidak menafikan sijil adalah wasilah untuk dakwah kita dalam berhadapan dengan masyarakat suatu hari kelak.Namun oleh kerana lari daripada tujuan asal menuntut ilmu agama iaitu untuk mengamalkannya dan menyampaikan ia kepada orang lain maka berlakulah perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada penuntut ilmu agama Allah.Belajar hanya untuk mendapatkan kerja dan sebagainya.Maka berlakulah situasi sekarang yang mana pelajar agama tidak kelihatan seperti pelajar agama.Ingatlah pesan nabi SAW,"Barangsiapa yang menuntut ilmu agama Allah kerana selain daripada Allah maka celakalah buat dirinya'(mafhum hadis).

2)Kerana tidak terpilih ke bidang lain.

Jika ditanya ketika di sekolah dahulu apa cita-cita kamu,maka akan dijawab Doktor,jurutera dan lain-lain.Bahkan apabila ana ditanya soalan seperti itu lalu ana menjawab ana ingin mendalami ilmu agama sedalamnya maka jawapan yang diberikan adalah "kalau setakat nak jadi ustaz baik tak payah lah,kita perlu ada semuanya,jangan setakat nak jadi ustaz je".Inilah hakikat yang ana lalui ketika di zaman persekolahan dahulu.Kita perlu ingat,"likullin nasi masyalikaha".Setiap manusia ada kelebihannya masing-masing.Maka bersungguhlah dalam apa yang kamu cenderung.Jika kamu cenderung untuk menjadi doktor,maka belajarlah bersungguh-sungguh ke arah itu agar kamu dapat menjadi doktor yang baik.Begitulah juga bagi mereka yang cenderung ke arah lain-lain bidang.Biar ada semua?ini adalah perkara yang mustahil kerana kita pasti ada kelemahan justeru dijadikan manusia untuk saling melengkapi.Mesti seimbang dunia akhirat?.Ini satu lagi pendapat yang salah.Dalam kita nak lebihkan akhirat pun pasti kita akan melebihkan dunia apatah lagi jika ingin menyeimbangkannya malah lebih-lebih lagi jika kita melebihkan dunia maka jauhlah akhirat dari hati kita.Maka apabila akhirat dilupakan maka lahirlah insan-insan yang kufur kepada Allah.Apakah silapnya jika ana bercita-cita seperti itu?.

Salahkah diri ini nak jadi 'doktor rohani' bagi masyrakat?.Kerana bagi diri ini ustaz atau penuntut ilmu agama yang sebenarnya adalah yang dapat bersama masyarakat dalam melakukan amar makruf dan nahi mungkar,bukan sekadar makan gaji lalu senyap dan bisu apabila berlaku kemungkaran.Namun kini,ada dalam kalangan orang yang berkata begitu yang mengambil takhassus agama.Apabila ditanya maka jawabnya dah takde bidang lain dah nak buat macamane.Beristighfarlah dan ubahlah niat agar apa yang Allah kurniakan kepada kita bermanfaat di akhirat sana.Ana tidak berniat untuk mengata sesiapa tetapi ana datangkan dalam keadaan umum tanpa menyebut mana-mana nama agar dapat diambil pengajaran oleh semua.Nabi Muhammad SAW ketika ia marah tentang sesuatu yang berkaitan dengan mana-mana sahabat maka dia akan naik ke mimbar dan menegur secara umum agar pengajaran dapat diambil oleh semua dan tidak melukakan hati sesiapa.

Maka oleh kerana sebab di atas,janganlah kerana kita,pelajar-pelajar agama yang lain menanggung apa yang kalian lakukan.Contohnya kata-kata yang banyak diperkatakan sekarang "dah tak macam pelajar agama dah,sama je dengan yang tak belajar agama".Bahkan ada pelajar yang tidak beraliran secara khusus dalam agama lebih baik daripada kita.Malulah wahai pelajar-pelajar agama sekalian.

3)Malu nak beramal/hidup cara orang yang beragama.

Kadang-kadang terasa benar juga apa yang diperkatakan orang."Sudah tiada beza lagi".Jika orang yang tidak faham agama carta hidup mereka mengikut cara hidup barat mengapa kiat yang belajar agama juga begitu?.Jika percakapan orang yang tidak faham agama tidak mengikut cara yang diajar islam mengapakah kita nak ikut sama?.Jika pakaian orang yang tak faham agama mengikut cara barat mengapa kita nak ikut sama?.Mengapa malu nak amal sunnah rasul sekadar yang termampu?.Takkan pakai kopiah pun berat?takkan pakai tudung labuh yang melebihi paras dada pun berat.Kenapa kita yang lebih dalam ilmu agamanya tak nak melakukan apa yang kebih baik daripada orang yang tak belajar agama secara lebih dalam?.Tidakkah kita sentiasa mengharapkan yang terbaik dari Allah?.Mengapa tidak mahu buat yang terbaik untuknya?.Siapa lagi yang nak hidupkan sunnah nabi kalau bukan kita?.Takut kolot?jumud.Apa yang kita faham tentang jumud?.Justeru,wahai saudaraku yang kukasihi sekalian,jangan malu untuk beramal dengan islam.Kadang-kadang disalah ertikan waqi'iyyah.Waqi'iyyah bukanlah kita sentiasa perlu mengikut keadaan sehingga tergadai prinsip.Tetapi adakala kitalah yang perlu mempengaruhi waqi'.Bukankah itu dakwah bilisanil hal?.Ye,jika kita bersama mad'u kita perlu mengikut waqi' mad'u tetapi janganlah dikekalkan keadaan itu ketika kita bersama di antara kikta yang sudah saling memahami.Maka familah baik-baik apa sahaja mengenai agama.Sebarang perbincangan amat ana alu-alukan.Tidak ada tujuan yang lain ana menulis tajuk ini melainkan sebagai peringatan buat kita semua.

bersambung...

0 comments: