Latest Entries »

Followers

Saturday, January 30, 2010

Selamat pulang Ust Syuk..


Semalam Ust Syukri Bin Nazar (TYDP KPT) telah berangkat pulang ke Malaysia.Ana doakan agar Ust selamat sampai dan selamat sampai ke sini semula.Kami teramat menyayangi Ust Syuk dan pastinya kami akan merindui kalam-kalam beliau.

p/s:Nantikan pengumuman istimewa dari Ust syuk.

Selamat Hari lahir abah..


Terima kasih buat abah
Atas segala pengorbanan
Saat keluarga dipandang lemah
Abah sumber kekuatan.

Dulu rasa orang lain beruntung
Kerana bebas buat apa yang diingini
Kini baru rasa beruntung
Tarbiyah abah aku jadi begini.

Saban waktu abah tiada bersama
Hanya emak di sisi kami
Kini baru faham segalanya
Abah seorang pejuang sejati.

Dulu-dulu aku tak mengerti
Hati memberontak tak kira masa
Kini aku sangat memahami
Kerana 'jalan' kita jalan yang sama.

Masa muda abah tegas
mendidik kami dengan agama
Kini abah tidak lagi keras
Kerana kami sudah dewasa

Abah tegas ada hikmah
kerana kami semuanya degil
lembut abah kini bukan tandanya lemah
Kerana kami tidak lagi 'babil'

Moga abah panjang umur
Seiring dengan amal ibadat
Na'uzubillah daripada futur
Moga kita terus thabat

"Terima kasih buat abah
Jasamu tak terbalas"


Pen merah
Pen Biru
Sayang abah
I love U


Friday, January 29, 2010

Kata-kata hikmah dari seorang wali..

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu dihadiri seorang pendakwah dan mujahid dari Dungun Terengganu Ustaz Suhaimi Bin Daud.Tujuan beliau hadir ke sini adalah untuk ke Ekspo kitab antarabangsa yang diadakan saban tahun di sini.Namun adalah perkara biasa bagi orang yang 'alim,ke mana dia pergi di situ dia diperlukan.

Al-Faqir yang telah mengenali beliau sejak dari Malaysia dan beberapa kali bertemu di dalam program yang diadakan di Terengganu.Isteri beliau sentiasa bersama ketika berlansung program-program sebuah gerakan Islam di Malaysia.Sepasang suami isteri yang terus teguh dalam perjuangan Islam dan bait muslim yang dibina oleh mereka boleh dijadikan contoh.Sentiasa berjauhan menjadi perkara biasa buat mereka.Itulah perkara yang mesti dilalui oleh mereka yang mengaku berjuang Islam.

Satu perkara yang membuatkan al-faqir kagum dengan beliau adalah beliau merupakan mujahid yang 'alim lagi sufi.Ilmu yang ada diterjmahkan dalam perjuangan bukan hanya ilmu yang beku tanpa diperjuangkan.Istiqamah dengan perjuangan dan cintakan ilmu membuatkan al-faqir lebih kagum.Sesuailah perwatakan itu dengan jawatan yang dipegang iaitu AJK Dewan Ulama' Negeri Terengganu.

Justeru,pelajar-pelajar di sini mengambil kesempatan ini dengan meminta beliau membuka kitab Al-Hikam karangan Al-'Arif billah Al-Imam Ibnu 'Athoillah As-Sakandari Rahimahullah.Ulasan beliau mencakupi seluruh aspek kehidupan.Kalam-kalamnya menyentuh hati dan membuatkan diri menangis mengenangkan dosa serta dalam masa yang sama membangkitkan semangat jihad.

Salah satu kata hikmah di dalam Al-Hikam(jama' bagi hikmah)yang disebut oleh pengarang adalah sebagaimana yang tertera dalm kitab di atas dan maksudnya "Ilmu jika ia memberi rasa takut kamu kepada Allah maka ia bermanfaat bagi kamu,maka jika sebaliknya ia memberi keburukan/kecelakaan kepada kamu".
Justeru adakah ilmu yang kita pelajari selama ini menambahkan takut kita kepada Allah?.Oleh kerana itu kita melihat ramai orang yang belajar ilmu agama namun tak semua yang dapat mengamalkannya.Mungkin dek kesilapan niat dalam menuntut ilmu.Menuntut ilmu dengan niat untuk kepentingan dunia.Maka apabila ilmu yang digelarkan 'nur' itu dicampurkan dengan najis dunia maka jadilah ia 'ilmu yang mutanajjis'.Maka sudah pasti ilmu itu mejadi ilmu yang memberi binasa kepada tuannya.Jadi jangan pelik dengan lahirnya ramai ulama' su' di akhir zaman ini.Ilmu agama yang mereka belajar dijadikan alat untuk kesenangan dunia mereka.Apabila ditanyakan tentang sesuatu hukum yang terpalit ke atas kepala mereka maka mereka memutarbelitkan hukum agama.

Contohnya apabila ditanyakan apakah hukum isteri para pemimpin yang tidak menutup aurat?.Maka dijawab dengan penuh 'putar dan belit' bimbang kehilangan jawatan dalam kerajaan.Justeru itu,ayuh kita sama-sama cuba sedaya upaya dalam menjadikan ilmu kita adalah ilmu yang bermanfaat untuk diri dan umat keseluruhannya.

Monday, January 25, 2010

Doakan kami musafir ilmu.

Doakan kami di bumi anbiya ini agar terus istiqamah dalam menuju redha Allah dan pulang sebagai mujahid buat agama Allah.Itulah bai'ah kami buat ISLAM agama yang dicintai.

Doakan insan yang di dalam gambar ini juga agar terus thabat dalam perjuangan islam dan dipermudah dan dipercepatkan urusan akhiratnya.

ALLAH TUHAN KAMI
RASUL IKUTAN KAMI
AL-QURAN PANDUAN KAMI
MATI DI JALAN ALLAH CITA TERTINGGI KAMI.




Maaf la ye tibe-tbe ade gambar motor.Keluarga nak tengok.Motor ni ana baru beli bersama Ust kamal.Doakan ianya digunakan untuk perkara kebaikan.
Sekian.

Sunday, January 24, 2010

Aku Perantau..


"PERANTAU
MUSAFIR PERJUANGAN
TABAHKANLAH HATIMU
BERJUANG DI RANTAU ORANG
SEDIH PILU HANYA ENGKAU YANG TAHU

INGATAN ANAK DAN ISTERI
JANGANLAH MENGHIRIS HATIMU
KERINDUAN DESA NAN PERMAI
JANGANLAH MELEMAHKAN SEMANGAT JUANGMU

DIWAKTU UJIAN BADAI TERUS MELANDA
ENGKAU TETAP GIGIH BERJUANG
MEMBENARKAN SABDA JUNJUNGAN
TERUS MEMBURU
MENUNTUT JANJI
PASTINYA ISLAM GEMILANG LAGI

TAPI PEJUANG KEMBARA PERJUANGAN
UJIAN BUKAN BATU PENGHALANG
KERANA ITULAH SYARAT DALAM BERJUANG

OH PEJUANG
DI MANA PUN ADA KETENANGAN
DI MANA PUN ADA KEBAHAGIAAN

BILA INSAN KENAL PADA TUHAN
KASIH SAYANG DAN PEMBELAANNYA
BAGI INSAN YANG MENYERAHKAN
JIWA DAN RAGA
ANAK DAN ISTERI
KEPADA ALLAH".

NADAMURNI

Friday, January 22, 2010

Nasihat yang mungkin pedas dan payah untuk diterima..

Gambar hanya sekadar hiasan.

Hati rasa tergerak untuk menasihati golongan yang mempunyai peranan besar dalam perjuangn islam iaitu golongan hawa.Kerana meyakini bahawa ad-dinun nasihah dan kita perlu sedari apabila ada orang yang menasihati kita tanda dia menyayangi kita.Lalu di sini ana datangkan serba sedikit nasihat buat kaum hawa secara umum yang dikasihi yang berada dalam satu ikatan akidah yang suci lagi luhur iaitu aqidah islam.

Setelah 'berjalan-jalan' dalam alam maya ini,didapati terlalu banyak golongan hawa yang sepatutnya tersembunyi dek kesucian dan kemuliaan serta harga diri mereka yang terlau tinggi di sisi islam yang menzahirkan diri mereka dengan cara yang salah melalui laman-laman sosial yang terdapat di dalam internet mutakhir ini.

Maka sayugialah bagi ana untuk memberi sedikit peringatan kerana ana yakin bagi wanita yang solehah terkadang mereka bukan sengaja untuk melakukan kesilapan ini tetapi mereka melakukan dalam keadaan yang tidak sengaja.Maka ana yakin bagi wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita solehah akan dapat menerima nasihat ini dengan hati yang terbuka dan ana sangat yakin seorang wanita yang solehah sangat dahagakan peringatan.

Maka sebelum ana meneruskan kalam,ana tidak berniat untuk mencari kesalahan sesiapa.Siapalah ana untuk memperlakukan seperti itu.Ana juga seorang hamba yang lemah.Namun kerana sayangkan insan-insan seagama ana teruskan menulis apa yang terbuku di hati.Yakinlah bahawa tulisan ini bukan keran marah tetapi tanda sayang.Ingatkah kita kata-kata Al-Imam Al-'allamah Al-Harith ibnu Asadil Muhasibi Al-Basri di dalam kitabnya Risalatul Mustarsyidin yang berbunyi "wa'lam anna man nasohaka faqad ahabbaka".Ketahuilah bahawa apabila seseorang menasihati kamu maka itulah tanda bahawa dia mengasihi kamu.Maka nasihat ana yang ana tujukan untuk semua muslimat harapan ummah ini adalah tanda kasih ana buat saudara seagama.Maka bagi wanita solehah yang berhati suci,tawadhu',jelas fikrah islamnya serta sentiasa dahagakan peringatan maka pasti akan menerima nasihat ini dengan hati yang terbuka.Maka jika sebaliknya wallahu a'lam.InsyaAllah boleh dibincangkan.Silakan komen.

Kalian adalah barang yang berharga seumpama emas malah lebih berharga dari itu.Justeru,emas sudah tetulah disimpan di dalam bekas yang tersembunyi begitulah juga kalian.Apabila tertutup dan tersimpan elok maka tinggilah harga diri kalian."Perempuan yang terbaik adalah yang paling tertutup".Jarang kelihatan kelibatnya di tempat terbuka.Hanya akan ada jika dia diperlukan dalam hal-hal yang penting sahaja.

Jadi di sini ana ingin menyebut tentang beberapa perkara yang perlu sama-sama diperbaiki.Antara kesilapan yang dilakukan:

1)Facebook,friendster dan laman-laman sosial yang lain.

1-Menayangkan gambar.

-Menayangkan gambar yang tidak sepatutnya ditayangkan untuk tontonan umum bagi seorang wanita yang solehah.Biarlah wajah kalian hanya untuk tatapan khusus untuk suami tercinta.Jika ada yang mengatakan ana syadid maka terpulanglah.Nasihat ini untuk mereka yang ingin menjadi wanita solehah.Ana seorang lelaki,maka ana tahu apa yang patut dilakukan oleh seorang wanita untuk menjadi seorang wanita solehah dambaan semua lelaki.

2-Melakukan aksi manja di dalam gambar.

-Ini adalah fitnah yang besar untuk kaum adam.Lelaki mana yang tidak tergoda melihat aksi manja perempuan.Bal'am ibnu ba'ura seorang wali Allah tersungkur kerana perempuan apatah lagi lelaki-lelaki yang ada penyakit di hatinya.Jika ada lelaki yang mengatakan dia jatuh cinta kepada kalian kerana melihat 'aksi' kalian itu,maka sedarlah mereka hanya mempermainkan kamu dan jika ia benar jatuh cinta maka sedarlah cintanya hanya kerana nafsu.Maka apabila habis madu sepah dibuang.Maka jagalah diri kalian wahai anak cucu ketrunan hawa yang dikasihi kerana Islam.

3-Melakukan maksiat secara terang-terangan.

-Ada yang saling meluahkan perasaan kepada sang kekasih di dalam facebook.Bahkan ada yang meletakkan gambar mesra berdua.Takutlah kepada Allah untuk melakukan maksiat kepadanya lebih-lebih lagi maksiat yang secara terang-terangan.Jika maksiat yang kita lakukan hanya antara kita dengan Allah,kita hanya perlu bertaubat dan sembunyikan perkara itu dan jangan ceritakannya kepada orang lain.Namun jika maksiat itu dilakukan secara terang-terangan sudah pasti lebih besar dosanya kerana mungkin akan mempengaruhi orang lain.Cuba bayangkan jika ramai yang melakukan maksiat kerana terpengaruh dengan kita.Sudah pasti dosa kita sentiasa berjalan.Na'uzubillahi min zalik.

4-Dan lain-lain yang boleh difikir sendiri.


2)Blog.

-Ramai kaum hawa hari ini yang memiliki blog masing-masing.Nasihat ini ana tujukan bagi mereka yang memahami Islam dan apa yang dituntut oleh Islam.Jika ana menyatakan bahawa 'akhawat tak boleh ade blog'.Maka ana bersetuju jika ana dikatakan syadid dalam hal ini kerana ana berkata-kata tanpa dalil.Cuma apa yang ana ingin sebut,jika tak perlu maka tak perlulah ada blog.Jika ingin berblog kerana ingin berdakwah dan lain-lain perkara yang bermanfaat maka silakan.Tetapi ada perkara yang ana ingin nasihatkan supaya maruah dan harga diri kalian tidak jatuh di mata lelaki yang soleh.Ini adalah yang terbaik.Jika tidak bersetuju maka tidak mengapa.Antaranya:

1-Jangan letak gambar anda.
2-Jaga bahasa anda.Jangan terlalu kasar yang melambangkan anda insan yang kasar.Gunakan bahasa yang biasa yang tidak menimbulkan fitnah.
3-Jangan cerita kesilapan yang lalu.Dosa kita yang lalu biarlah hanya Allah yang tahu.Tugas kita 'taubat nasuha'.Kerana disebut di dalam hadis nabi bahawa Allah susah nak ampunkan dosa hambanya yang mana dosa itu hanya diketahui olehnya dan Allah,tetapi dia menceritakannya kepada orang lain kecuali atas sebab tertentu.

Mungkin setakat ini dahulu.Silakan komen yang membina.

P/S:Pesanan untuk mereka yang belum berkahwin.Bagi yang sudah berkahwin,suami merekalah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.

Wednesday, January 20, 2010

Jangan silap faham..

Alhamdulillah hari ini selesai satu lagi kertas imtihan untuk fasa satu.Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar.Namun apa yang ana nak sebut di sini adalah jangan silap faham dengan kata-kata ana yang berbunyi "takde ape pun pekse di Azhar ni,biase je".Maafkan diri ini andai kata-kata ana membuatkan ada yang tersilap faham.Mungkin ada yang mengatakan ana besar diri dan sebagainya.

Maksud sebenar ana adalah bahawa peperiksaan di Azhar tidaklah seperti yang disebut-sebut sebelum ini dengan kondisinya yang tidak tersusun dan bermacam lagi gambaran yang terkadang membuatkan hati para azhari baru terasa gementar untuk menghadapi saat peperiksaan buat pertama kalinya.

Jadi bukanlah maksud ana bahawa 'biase je' tu kembali kepada tahap soalannya tetapi keadaan di sana.Keadaannya tidaklah sesukar yang disangkakan.Itulah maksud ana yang sebenarnya.Adapun tahap soalannya tetap susah dan mencabar bagi diri ini(merujuk kepada tahap ana yang lemah,bukan sahabat-sahabat yang lain).

Jadi diharapkan segala kekeliruan yang berlaku dapat dihilangkan dengan post terbaru ana ini.
Segala kesilapan dari segi kata-kata dan perbuatan harap dimaafkan.Hamba yang lemah lagi hina ini harap dimaafkan kesalahannya.

p/s:ana segan dengan Ust Syuk dan ust Fahmi.Maafkan jika ada tersilap kata-kata.Harap diperbetulkan.

Tuesday, January 19, 2010

Merasai realiti imtihan di Al-Azhar As-Syarif


17/1/09 :Kaki melangkah gagah bersama sahabat-sahabat menuju ke dewan imtihan buat kali yang pertama.Macam-macam yang bermain di fikiran sebelum menjejakkan kaki ke dalam dewan peperiksaan.Terngiang-ngiang di fikiran kata-kata orang dulu yang pernah belajar di sini.Namun setelah menghadapinya sendiri barulah ana mengerti.Alhamdulillah tiada apa yang berat.Semuanya biasa sahaja.Malah ana amat menyukai sistem yang ada di sini.Salah satunya adalah belajar semua tapi kita tidak mengetahui yang manakah tajuk yang akan masuk ketika imtihan.
Pengajian yang tidak ketat menguji mujahadah seorang pelajar Al-Azhar.Jika berjaya,maka berjayalah dia dan pastinya akan melebihi tahap pelajar-pelajar di tempat lain.Itulah kenyataan.Akan tetapi untuk mencapai tahap itu memerlukan mujahadah yang tinggi.bagi sesiapa yang belum pernah belajar di sini tidak akan tahu bagaimana keadaan menuntut ilmu di sini.
Dua sisitem yang ada di sini iaitu pengajian bersama doktor-doktor di bilik kuliah dan pengajian secara talaqqi di anjung-anjung di Masjid Al-Azhar bersama para masyayikh membuatkan hati terus jatuh cinta untuk terus mencedok sebanyak mungkin ilmu untuk dihadamkan dan diamalkan setrusnya disampaikan kepada masyarakat yang memerlukan.Namun bagi diri yang lemah ini,masih belum terdaya untuk mengikuti keseluruhan kelas-kelas yang ada.Kelas-kelas yang berjalan saban waktu bersama dengan ulama-ulama besar tek mungkin dapat diikuti sepenuhnya oleh al-faqir.
Hanya beberapa kelas talaqqi yang dapat al-faqir pilih setakat ini seperti pengajian minhajut tolibin(imam nawawi) bersama Syeikh Syed Shaltut hafizahullah yang membaca syarahnya mughnil muhtaj(khatib syarbini) manakal kitab al-azkar an-nawawi,manhajul qawim(syarah masailut ta'lim imnu hajar al-haitami),ar-rahiqul makhtum,al-manhajus sawi,riyadhus solihin,jauharah tauhid,tuhfatus saniah(nahu) dan bidayatul hidayah bersama habib umar bin habib zain dan beberapa kitab di madrasah imam syafie.Hanya itulah yang termampu diperingkat permulaan ini.Doakan ana diberi kekuatan untuk ke kelas Syeikh Dr Yusri Hafizahullah di jabal muqattam bersama dengan sahabat-sahabat yang lain.Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi semangat walaupun sedikit buat adik-adik yang masih taraddud untuk menyambung pengajian di sini.
Buat adik-adik,kami menunggu kedatangan kalian.Jangan bimbang,tidak akan rugi jika anda menyambung pengajian di sini.Terlalu banyak kelebihan yang mana kelebihan itu hanya akan diketahui oleh mereka yang telah merasai kehidupan dan pengajian di sini.
aktafi bihazal qadr.
p/s:esok kertas nahu dan sarf.bibarakati sayyidina Muhammad saw,urzuqnan najah fitta'allumi wal imtihan.amin

Rumah baru

Laman Ijlis Bina Nu'min Sa'ah kini telah beralih ke rumah baru.Semoga dengan berpindahnya ke tempat baru dapat menaikkan kembali semangat untuk kembali menulis dan berkongsi serba sedikit tentang perkara-perkara yang boleh dikongsi bersama.

Sekarang ana sedang berada dalam fatrah imtihan dan kertas seterusnya adalah kertas nahu dan sarf setelah dua hari berlalu dengan peperiksaan kertas tafsir ayat ahkam.Pohon doa kalian agar ana najah.Dikala keletihan,otak perlukan rehat,justeru tidur bukanlah pilihan utama maka ana mengambil kesempatan ini untuk menulis post terbaru ini.

Bercakap tentang rumah baru atau tempat baru,ianya sangat penting bagi setiap insan yang ingin berubah daripada keburukan kepada kebaikan.Umum mengetahui tentang kisah seorang ahlul 'asi yang telah membunuh 99 orang,lalu dia bertemu dengan seorang 'abid dan bertanyakan adakah dosanya akan diampunkan oleh Allah S.W.T.Maka jawab 'abid itu bahawa sang pembunuh itu tidak akan mengampunkan dosanya kerana mustahil Allah akan mengampunkan dosa orang telah membunuh seramai 99 orang manusia.Maka si pembunuh itu menggenapkan pembunuhannya sebanyak 100 orang dengan membunuh si 'abid tersebut.

Inilah akibat apabila hanya kuat beribadat tanpa mementingkan ilmu.Sedangkan Allah S.W.T adalah maha pengampun walau seluas lautan dosa yang kita lakukan kecuali perlakuan syirik padanya sebagaimana yang disebut dalam surah an-nisa' ayat 116.Lalu si pembunuh tersebut meneruskan perjalanannya dan bertanya pula kepada seorang yang 'alim.Lalu si 'alim itu menyatakan bahawa Allah akan mengampunkan dosanya.Namun si pembunuh diberi nasihat agar keluar dari kampungnya dan mencari tempat yang baik untuk dia terus bertaubat dari dosa-dosa silamnya.Maka dalam perjalannya dia menemui ajalnya.Maka berlakulah perebutan antara dua malaikat,satu ingin membanya ke syurga dan ada yang ingin membawanya ke neraka.Diringkaskan maka diukur jarak perjalannya,maka jarak dengan kampung yang dituju lebih dekat.Maka dia dimasukkan ke dalam syurga kerana ingin bertaubat walaupun belum sempat untuk beramal.

Pengajaran yang dapat kita ambil di sini adalah betapa pentingnya tempat yang baru untuk kita berubah kepada yang lebih baik.Oleh kerana itu,tidaklah pelik jika ada raka-rakan kita yang telah berubah kepada yang lebih baik setelah berpindah ke tempat baru.Mungkin rasa ingin berubah telah lama terbuku,namun mungkin kerana dia perlukan tempat yang baru maka perubahanya tidak dapat kita lihat saat kita bersamanya di tempat yang lama.

Begitulah peri pentingnya tempat yang baru ataupun apa yang lebih sesuai untuk ana sebut di sini adalah biah.Biah terlalu penting bagi menjamin personaliti seseorang.Sekian sahaja dari al-faqir.


KEMPEN BIAH SOLEHAH

p/s:syukran kepada ustaz amin sebab tolong tukar template.

Thursday, January 14, 2010

Sanah helwah buat sahabatku sayang..

SEKITAR JAMUAN




Ust Hakim,USTAZ KAMAL,Dr Abdullah Al-Hafiz,Ust Faiz Al-Hafiz







Ust Aiman,Ust Bukhari,Ust Khai,Ust Zahani











Aik?hari ni hari lahir ust Kamal la,kenapa orang lain yang disuap?





Ust Ulwan dan Ust Halim







Dedikasi baut sahabatku Ust Kamal Hafizullah.





Sahabatku..

Oleh kerana ingin beramal dengan sunnah nabi,

"Jika ingin mengenali seseorang maka lihatlah sahabatnya".

Maka aku pilih dirimu sebagai sahabat,

walau aku tak tahu aku dianggap sahabat atupun tidak oleh dirimu,






Saat kita mula mengenali,

telah terpancar sinar perjuangan islam disebalik wajahmu,

aku yang hina saat itu disantuni dengan penuh hikmah,

tidak pernah aku dipandang jelek,

tapi senyuman saban hari membuat hati terpaut sebagai seorang sahabat.





Aku terus merasa kelainan sepanjang keberadaanku di taman Thanawi,

terasa seperti sangat serasi dengan diri ini,

inilah tempat yang sebenarnya untuk diri ini,

tiada yang lain melainkan hanya di sini,

inilah af'al Allah,



Hari demi hari kulalui bersama kalian,

kapal yang kita tunggangi dikendali sebaiknya oleh Ust Kamal.




Maka bermula tarbiyah buat diriku
aku lebih mengenali islam yang sebanarnya,

aku nekad meninggalkan dosa lalu,

aku tinggal sejauhnya,

sebagai balasan,Allah kurniakan keindahan saat ini,

indahnya saat itu..

indah juga saat ini,





Aku bahagia..




Susah senang kita tempuh bersama,

suka kita suka bersama,

tangis kita juga tangis bersama,

sama-sama bersatu di medan dakwah,

mengendalikan SMAASZA dengan satu wadah yang kita bawa,

Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pegangan kita
walau tidak sepenuhnya dapat kita amalkan,

namun dengan kata "ma la yudraku kulluh la yutraku julluh",



kita teguh terus bersama mengembalikan sinar Islam di bumi SMAASZA,


dan mengekalkan biah yang ada,












Kuat kita kerana jamaah,



ikhwah dan akhawat satu fikrah,



maka tugas kita terlaksana sudah,



moga diganjari oleh Allah.




Sahabat,






Allah takdirkan kita banyak bersama,



bilik YDP dan TYDP kita huni bersama,



terlalu banyak kenangannya,



di saat ini juga kita tetap bersama dikamar yang sama,



moga enta tak pernah terluka dengan ana.















Jika disebut tentang kenangan,



terlalu banyak tak terkira,



saat bergurau senda nak dirikan masjid bersama,



membuatkan kita sama tertawa,



tapi sedih..mungkin tak menjadi kenyataan,



namun ana sentiasa doakan kebahagiaan enta nanti.




Aktafi bihazal qadr,



kemaafan dipohon kerana tak pandai berkata-kata,



hanya kalam yang terabur sebagai tatapan,



mungkin kata-kata indah hanya untuk isteri ana nanti je kot,



amzah faqath..







Salam yaumul milad,







moga dipanjangkan umur dan terus istiqamah dalam perjuangan,



ingat janji kita satu ketika dahulu,



doakan ana ye,










Maafkan segala salah silap ana.




Ana sayangkan enta dan sahabat-sahabat kita semua.


























SAHABAT,





DALAM KABUR,






KUTERCARI-CARI CAHAYA,






AKHIRNYA KUTEMUI,


SINAR CERIA






DI BALIK WAJAHMU,








ANDAINYA ALAM INI MAMPU BERKATA-KATA,





PASTINYA PUJIAN BUAT DIRIMU






DIWAKTU ITU AKULAH YANG BERTUAH,







PUNYA SAHABAT SEPERTIMU..





SEKIAN.




Wednesday, January 13, 2010

Inilah syaitan yang disebut oleh nabi.


Ulasan ringkas saya:Syaitan itu terdiri dalam kalangan jin dan manusia,maka keratan akhbar di atas yang bertarikh 13/1/2010 menggambarkan salah satu perilaku mansia bersifat syaitan.Anak
yang derhaka dan suami yang dayus layak digelarkan bagi si anak yang melakukan perkara di atas.Kedua-duanya dijanjikan dengan azab yang pedih.

Justeru jadilah anak yang soleh dan suami yang bertaqwa.Inilah salah satu akibat apabila tidak berhati-hati memilih isteri.memilih paangan hidup bukanlah hanya berdasarkan paras rupanya tapi lihatlah pada agamanya.

Maka agama bagi seorang wanita perlulah kita tengok dalam ruang lingkup yang luas.Bermula daripada zahirnya dan mengenali peribadinya melalui jalan yang betul.justeru pilih isteri yang dapat membahagiakan kita dan keluarga kita.Begitulah juga kita,jika ingin yang terbaik maka jadilah yang terbaik sekadar yang termampu.

Terlalu ramai suami hari ini yang bersifat dayus.Tidak terasa apa-apa apabila isterinya bercakap dan bergurau senda dengan lelaki lain malah ada yang lebih teruk daripada itu sedangkan jelas di dalam hadis nabi melarang para isteri bercakap dengan mana-mana lelaki asing tanpa izin suami.Bagaimana pula jika suami mengizinkan?.Maka di sini,jika suami tetap mengizinkan dalam perkara yang bercanggah dalam agama maka dia digelar sebagai dayus.Begitu juga apabila membuat keputusan,ada yang terlalu mengikut kata isteri walaupun bercanggah dalam agama.ingatlah lelaki yang dayus tidak akan masuk syurga(al-hadis).

p/s:ingatlah wahai lelaki,dikepalamu terbeban segala dosa-dosa isteri dan anak-anakmu jika kamu membiarkan mereka dalam maksiat.

Wallahua'lam

Permata..

Zamrud milikku...
zamrud colombia cutting..


delima..gambar kurang jelas.





delima cutting






Nilam





zamrud colombia
































Friday, January 1, 2010

GAMBAR-GAMBAR UNTUK MAK ABAH DAN ADIK-ADIK SERTA SAHABAT-SAHABAT DI MALAYSIA YANG MERINDU..

Alhamdulillah inilah sekadar yang termampu untuk diupload..
cukuplah sekadar gambar yang bercerita.lain kali ana cerita lebih panjang lagi kerana kesuntukan masa.

Sebelum berangkat:Mubassyir dan Irfan bakal mujahid pengganti abi.

Sahabat seperjuangan.
"Duhai sahabatku yang telah menempuh susah senang bersama,ingatlah janji kita nak mewaqafkan diri kita untuk Islam,kalian sinar buat diri ini,jika dipanjangkan umur,dengan kepulangan kita nanti dapat mengubat 'penyakit' masyarakat yang makin menebal dengan sekularisme dalam hati sebahagian besar dari mereka,nahnud du'at laisal qudat..Igatlah sentiasa janji setia kita bersama"

Buat mak dan abah,redhai an doakan anakmu.Terima kasih kerana memahami cita-cita anakmu.Buat mak,terlalu besar pengorbanan mak buat abang,hanya menunaikan harapan mak agar menjadi anak soleh dan mujahid agama islam.Buat abah,terima kasih tak terhingga atas segala pengorbanan,kita satu jalan perjuangan,Abang sayang abah.Buat Tok Wan,terlalu besar pengorbanan tok wan.Muzani sekarang adalah hasil didikan sepenuh masa dua muslllimah terhebat,Masyuni Bt Mat Amin dan Wan Dayang Fatimah Bt Wan Ngah.Justeru,doakan ana dikurniakan serikandi seperti mereka yang dapat mendidik anak-anak ana kelak.Buat adik-adik,jika kalian rindukan abang,abang lebih-lebih lagi merindu.Moga abang dapat jadi contoh buat kalian.

Kali pertama menjejakkan kaki di Bumi Bahrain.
Kami disediakan satu bilik setiap seorang.

Makanan arab.Walau apapun yang ana makan,tetap tak tertanding masakan mak dan tok wan.Moga dikurniakan isteri yang pandai masak.huhu




Disambut oleh AJKT KPT dan EXCO PMRAM.Takde pulak ISMA.

Tempat tinggal kami.


Dapur orang bujang


Ni Ust Amin yang buat.sedap..pandai Ust Amin


berselerak..








kamarku..




Di hadapan Masjid Sayyidina hussin









Merenung apakah persediaan aku untuk Islam.
Nanti kita sambung lagi..

p/s:maaf gambar terabur sikit,nanti ana susun semula.Jumpa lagi...