Latest Entries »

Followers

Wednesday, March 3, 2010

Tawadhu'nya Syeikh Nabil

Malam kelmarin ahli-ahli KPT dikejutkan dengan kehadiran Syeikhul Qurra' Syeikh Nabil hafizahullah di musolla KPT.Justeru selepas al-faqir melaungkan iqamah,kami semua mempersilakan beliau untuk menjadi imam kerana beliaulah yang paling layak ketika itu.Namun setelah beberapa kali dipersilakan,beliau tetap dengan sifat tawadhu'nya mendahulukan orang lain walaupun beliau sudah dikenali sebagai seorang syeikhul qurra' di sini.Dengan tersenyum beliau berkata:

"تفضل,أنت أفضل,أنا لا أستطيع"


Mujurlah ketika itu ada Ustaz Abdus Salam Al-Hafiz.beliaulah yang selayaknya ke hadapan memimpin solat.Al-faqir sungguh tidak layak untuk itu.Begitulah tawadhu'nya seorang ulama'.Beliau tidak merasakan beliau lebih daripada orang lain.Maka bertambahlah penghormatan beliau di mata kami.Sabda nabi sallallahu'alaihi wasallam:

من تواضع رفعه االله,ومن تكبر وضعه الله

Barangsiapa yang tawadhu' pasti akan diangkat diangkat darjatnya di sisi Allah dan manusia,dan barangsiapa yang membesarkan dirinya pasti akan dijatuhkan kehormatannya oleh Allah di sisi manusia.Justeru segala apa yang kita miliki perlulah dianggap hakikatnya dari Allah.Kita hanya meminjam.Allah adalah hakikatnya manakala kita hanyalah surah(gambaran atau cerminan) wujudnya Allah.

Jadilah orang yang memandang dirinya sentiasa kurang daripada yang lain.Nasihat ini juga ditujukan buat diri sendiri yang terlalu jauh dari sifat yang mulia ini.Sabda nabi sallallahu'alaihi wasallam:

اذا أراد الله بعبده خيرا يفقهه في الدين وزهده بالدنيا وبصره عيوبة

Jika Allah menghendaki hambanya akan suatu kebaikan maka dia akan jadikan hambanya itu seorang memahami(belajar) tentang agama,zuhud dengan dunia(meletakkan dunia hanya di tangannya bukan di dalam hati) dan memandang dirinya sentiasa dalam keadaan aib(sentiasa kurang daripada insan yang lain).Daripada sifat yang ketiga yang telah disebut oleh nabi,maka sama-samalah kita ambil pengajaran daripadanya.Apabila kita memandang seorang kanak-kanak mebuat dosa,maka cetuslah dalam hati kita bahawa dia masih kanak-kanak dan masih kurang membuat dosa.Jika kita memandang orang tua membuat dosa maka detiklah dalam hati kita bahawa dia lebih tua dan pastinya dia lebih banyak amalnya.Maka kita lebih lemah daripadanya.Jika kita memandang orang membuat maksiat,maka anggaplah dia melakukannya kerana maksiat kerana jahil sedangkan kita yang tahu tetap melakukan maksiat.Maka kitalah yang lebih hina daripadanya.

Maka apabila kita dapat menyemai sifat ini ke dalam diri masing-masing,kita tidak akan menghukum sesipa apbila dia terjatuh ke dalam lembah maksiat.Tetapi ada tugas kita di sana iaitu berdakwah mereka untuk sama-sama menuju redha Allah.

Apabila bercakap tentang tawadhu'.Ana teringat satu lagi kisah seorang teman pelajar di sini.Beliau adalah pelajar terbaik di Syoubra dalam bidang qiraat.Ketujuh-tujuh qiraah sab'ah sudah tersemat kukuh dalam kepalanya atau pun kita selalu sebut sebagai ' dah masyi'.Suatu hari,ketika bersembahyang di belakang Syeikhuna Dr Yusri Hafizahullah dia tidak menegur tatkala syeikh tersilap baca.Contohnya apabila ayat yang sepatutnya dibaca "
غفور رحيم" dibaca dengan "عزيز حكيم".Begitulah tawadhu'nya beliau.Kalau kita bagaimana agaknya?.Jika orang tersilap baca di dalam solat pasti cepat-cepat nak ditegurkan?.Tetapi tidaklah salah jika ditegur.Sekarang ana sedang menerangkan tentang tawadhu'nya seorang al-hafiz lagi 'alim bukan tentang hukum menegur imam.Kenapa beliau tidak menegur?.Ayuh sama-sama baca penerangan ana yang seterusnya.

Jika kita lihat contoh ayat yang tersilap sebagaimana di atas,maka Syeikhul 'Allamah Dr Yusri pernah menyebut.Jika kesilapan seperti itu berlaku dalam sembahyang,maka tidak mengapa tidak ditegur berdalilkan ayat:

فاقرؤو ما تيسر من القرأن

Bacalah apa yang mudah dlam kalangan ayat-ayat Al-quran.Maka dengan berdalilkan ayat ini,maka tidak mengapa jika tersilap kerana "غفور رحيم" merupakan ayat Al-quran dan "عزيز حكيم" juga ayat al-quran.Itu sekiranya di dalam solat.Maka jika di luar solat kita wajib menegurnya.Wallahu a'lam

0 comments: