Latest Entries »

Followers

Tuesday, March 30, 2010

CALON SAYA DAN KITA

SATU FIKRAH, SATU AMAL, KITA PMRAM



Barisan calon BP PMRAM 2010 pilihan kita.

Dan beliau adalah pilihan utama saya...


Nama : Mohd Solehuddin Mohd Safien
No PMRAM : 19760
Negeri : Terengganu
Kuliah : Syariah Islamiah Tahun 2
Cawangan : Kaherah

Bukan kerana sentimen kenegerian.Tetapi kerana saya mengenali beliau yang satu jalan 'tarbiyyah' dengan saya.Saya mengenali beliau dan yakin dengan beliau.Juga kerana KITA PMRAM!!

Gambar:aminstudio

Sunday, March 28, 2010

Dapat anugerah..


Alhamdulillah blog 'biase-biase' ini mendapat anugerah daripada sahabat blog (aminmenulis) yang juga sahabat seperjuangan ana (Ust Al-Amin). Sebagai penghargaan ana tunaikan permintaan sebagai syarat untuk menerima award ini. Mudah-mudahan dengan award ini dapat membangkitkan lagi semangat al-faqir untuk terus menyampaikan dakwah melalui alam maya ini sekadar kemampuan al-faqir yang terlalu banyak kekurangan di sisinya maulanya.

Syarat-syarat nak ambil award ini :

1) Thank and link the person who gave you the award.
2)
Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4)
State 7 things about yourself.


The task..

1) Thank and link the person who gave you the award.

Jazahullahu khairan kathira buat aminmenulis kerana sudi memberikan anugerah ini untuk laman IJLIS BINA NU'MIN SA'AH.Blog beliau memang blog yang tersangat menarik dengan pelbagai isu semasa yang ditonjolkan sehingga dapat menarik ramai pengunjung untuk memasuki blog beliau. Aminmenulis juga semakin meningkat naik menjadi antara blogger yang dikenali ramai lebih-lebih lagi selepas menjadi penyampai berita pertama mengenai kematian seorang pelajar perubatan di Mesir. Akhirnya,terima kasih juga kerana terus sudi menjadi sahabat karib ana.Kerana perkara inilah sebenarnya ana mendapat anugerah daripada blog terkenal ini.Syukran min..


2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

Maka insyaAllah anugerah ini akan diberikan kepada mereka yang kerap mengunjungi blog ini dan beberapa blog lain yang menjadi blog pilihan al-faqir. Terimalah daripada ana..

1. Ust Ahmad Fahmi (Pendidik yang tak lekang dengan kitab)
2. Ust Syukri Nazar (Pendakwah berilmu dan pemidato yang mampu memukau)
3. Ust Ahmad Ulwan (Sahabat seperjuangan..moga ana juga diterima sebagai sahabatnya,teruskan perjuangan)
4. Ust Tengku Khairul Idham (Naqib ana masa sekolah dulu. Seorang yang selamber dan cool)
6. L bro M (Bekas anak didik walaupun sekejap,tetapi terus kekal ingatnnya pada ana hingga kini.Alhamdulillah..)
7. Abg TG (Senior dalam tarbiyah yang baik hati..moga istiqamah dalam perjuangan ye sir)
8. Abg Hakim (Blog perjuangan..teruskan perjuangan)
9. Warna-warna Kehidupan (Memang penuh warna,terlalu banyak warna..pino mate)
10. Damba kasihmu tuhan (blog yang juga Ilmiah)
11. Tinta permata(Blog Muslimah)
12. Dr. Anas(Seorang doktor perubatan yang hensem yang amat menghormati para Ustaz,jangan la cium tangan ana lagi yee..ma ana li uqabil,hihi)
13. Ust Fahmi
14. Ust Mustaffahmi(Ust kacak dari Shoubra..hihi)
15. Kepada yang meminati al-faqir..huhu..(luga pulok rasenye)


3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.

Beres..hamba mengikut arahan.Jadi kepada mana-mana penerima anugerah,mudah-mudahan dapat menerima anugerah ni ye..


4) State 7 things about yourself.(Pastu ana pandai-pandai pi tambah lagi 3..huhu)


1)Akhukum fillah,Ahmad Muzani Bin Abd Rahman,kacukan Terengganu dan Melaka.

2)Tidak pernah merasai suasana belajar di sekolah biase kerana dari kecil dihantar oleh ayah untuk belajar di sekolah agama.Bermula daripada PASTI,Sek Ren Islam,Sek Men Agama.

3)Kini melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang,Jabatan Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar,Kaherah.

4)Anak sulong daripada 5 orang adik-beradik.

5)Mempunyai 2 orang adik lelaki yang tampan dan cute dan 2 adik perempuan yang comel lote..hehe..sayang adik-adik abang,rindu la pulak rasenye.

6)Seorang yang suka berpenampilan pemuda Islam dan seorang yang sensitif..maafkan ana atas kelemahan diri.

7)Seorang yang mesra dengan mereka yang mengenali.Jika orang yang tidak mengenali,pasti sukar untuk mendekati.InsyaAllah ana akan mulakan untuk memperkenalkan diri..

8)Suka hidup bermasyarakat,tidak boleh duduk saje2(tanpa amal islami)..

9)Mewarisi jiwa seni tokki dan atuk. Sebab tulah kot boleh bernasyid sikit-sikit dan boleh bermain perkusi(yang tidak bertali dan tiup). Cuma drum je tak pernah ketuk..hihi..menanti juga ni peluang yang tak kunjung tiba.Tapi tak boleh dikhalayak ramai..hihi.

10)Bercita-cita untuk berkerja dengan Allah dan Rasul sepenuh masa.Kerana gajinya yang cukup lumayan dan sentiasa naik serta majikannya yang tak pernah tipu dengan janjinya iaitu Allah.Justeru,seorang yang ingin bekerjaya dan hidup mewah seperti insan lain mungkin tidak dapat menerima al-faqir sebagai suami.Tetapi al-faqir tetap yakin akan ada seseorang yang sudi menjadi teman al-faqir dalam meneruskan perjuangan.Sudah pasti beliau adalah seorang yang yakin dengan rezeki Allah. Susah nak dapat tu..huhu.Aih..panjang la pulak,nantilah al-faqir postkan ciri-ciri calon isteri.Tunggu...

Sekian saje dari al-faqir..as alullaha ta'ala an yaj'alana minal muttaqin wal mukhlisin,amin...

Thursday, March 25, 2010

CALON KITA


BIODATA

Nama : Mohd Salehuddin Bin Mohd Safien
Asal : Dungun, Terengganu
Umur : 23 Tahun
Pendidikan : Tahun 2 Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang (Islamiyyah)
Jawatan semasa : EXCO Kebudayaan, Kesenian & Sukan KPT

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN CALON

1- Seorang Hafiz Al-Quran 30 Juzu'
2- Bercirikan kepimpinan.
3- Berpewatakkan ceria, murah senyuman dan mesra rakyat.
4- Bersungguh-sungguh dalam kerja dan suka menolong orang.
5- Memiliki skill pengucapan umum yang mengujakan.haha3x
6- Mempunyai sebuah motosikal besar 'hammer'.
7- Tauke broadband
8- Bergiat aktif dalam lapangan HPA Indusri dan berkeupayaan memajukan ekonomi.
9- Mempunyai banyak link dan kenalan yang menghubungkan seluruh Mesir termasuk juga Malaysia.
10- DAN yang paling penting, beliau pejuang kelahiran 'tarbiyyah'.

Saya menjamin bahawa anda tidak akan kecewa memilih calon berwibawa ini dan saya berkeyakinan besar bahawa beliau mampu untuk membawa suara kita ke peringkat atasan.Undi anda penentu masa depan!!!

Selamat memilih...

PENAFIAN:-

Artikel ini tidak menunjukkan sebarang lobi-melobi calon ataupun sebarang usaha untuk mendapatkan projek daripada calon.haha3x

Sekian...

*Diedit daripada tgidham corner.

PILIHANRAYA PMRAM


PMRAM atau Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir adalah sebuah persatuan pelajar terbesar di Mesir yang menaungi seluruh mahasiswa/wi Malaysia dan juga dari Asia Tenggara.

PMRAM adalah persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan dikategorikan sebagai badan NGO yang diiktiraf oleh kerajaan Mesir.

Sepastinya bagi sebuah persatuan sebesar ini, meruntun kepada kesinambungan pemimpin yang berkualiti. Maka, proses pemilihan juga bukanlah sembarangan.

Setakat pengetahuan pemilih,ini adalah pilihanraya kali pertama semenjak jawatan YDP ditukar kepada Presiden.

Justeru sama-samalah kita ahli-ahli PMRAM untuk turun mengundi walaupun penulis sendiri belum boleh mengundi.InsyaAllah doa mengiringi calon pilihan penulis.

* Semakan daftar pemilih pilihanraya umum [PRU] PMRAM boleh dibuat pada 28 Mac - 1 April 2010.

Tuesday, March 23, 2010

Mengapa pilih kasih??..Nak jaga atau zalim??..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedang asyik mengemaskan bilik sementara kelapangan waktu,masuk seorang senior ke dalam bilik ana.Kami pun berboraklah tentang beberapa perkara dan antara yang dibicarakan adalah mengenai urusan zakat.Kerana beliau tinggal di Syibin dan datang ke Kaherah untuk urusan zakat.Kata beliau,

"Susah sungguh lening nak buat urusan zakat,tak macam tahun-tahun dulu.Macam-macam yang perlu kita buat sebelum nak dapatkan zakat tu,kene buat pelan tempat tinggal di Mesir.."

Ape kejadahnya(kasar sikit) semua ni.Mengapa perlu disusah-susahkan urusan yang sepatutnya dipermudahkan.Sudah menjadi hak mereka yang menuntut ilmu agama Allah untuk menerima zakat kerana mereka termasuk dalam asnaf yang lapan iaitu (ابن السبيل).Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullahu ta'ala dalam menafsirkan apa yag dikehendaki dengan ibnus sabil di dalam kitabnya ihya' 'ulumuddin,beliau menyatakan ibnus sabil adalah,

(وهو الذي شخص من بلده ليسافر في غير معصية أو اجتاز بها فيعطي ان كان فاقرا وان كان له مالا ببلذ آخر أعطى بقدر بلغته)

Maka fahamlah kita bahawa ibnus sabil adalah mereka yang musafir bukan untuk tujuan maksiat.Maka diberikan kepada mereka zakat walaupun mereka mempunyai duit.Jadi ia tetap mesti diberi kerana golongan pelajar di sini tergolong dalam kalangan yang telah disebutkan tadi.Ia tetap menjadi kewajipan kerajaan walaupun kerajaan sering memberikan alasan yang bermacam-macam yang sebenarnya hanyalah untuk menyekat kemudahan untuk pelajar-pelajar jurusan agama.Jika alasan duit yang diberikan tidak digunakan sebaiknya,itu adalah dari sudut yang lain.Apa yang kita lihat di sini adalah kewajipan kerajaan memberikan zakat kepada yang berhak.Jadi jika ada para pelajar yang mungkin tidak menggunakannya dengan baik,tugas kerajaan adalah menasihati bukan menghalang.kasihan sangat kepada yang bersungguh-sungguh belajar kerana turut terkena tempiasnya.

Walaubagaimanapun,ana yakin kerajaan bukanlah hendak menjaga tetapi memang ingin menghalang dan terus memberi tekanan kepada pelajar takhassus agama.Kami mengakui inilah lumrah pelajar agama bila berhadapan dengan kerajaan sekular akan tetapi kami tidak akan berdiam diri dalam menegakkan kebenaran dan membasmi kezaliman.

Mengapa ana mengatakan sebegitu rupa?,kerana sahabat-sahabat ana dalam kalangan pengajian Islam yang datang dengan pinjaman Yayasan Terengganu juga diperlakukan seperti anak tiri sedangkan mereka meminjam.Sehingga hari ini duit yang sepatutnya masuk ke akaun mereka masih belum didapati.Apabila ditanya mengapa lewat?,jawapannya "pelajar-pelajar pengajian Islam ni kalau kita masukkan duit cepat-cepat die buat guna untuk balik malaysia".

Astaghfirullahal 'azhim,sungguh tidak profesional dalam bekerja.Bermacam-macam alasan yang diberikan jika ianya berkaitan dengan pelajar-pelajar pengajian Islam.Berbeza dengan pelajar-pelajar perubatan.Mereka dijadikan anak emas dan segala permintaan di'makbulkan'.Contohnya apabila mereka memohon untuk menaikkan jumlah wang pinjaman dengan hanya sekali permohonan terus diterima.

Bukanlah niat ana untuk ber'dengki-dengki' dengan sahabat medic.Tetapi jika pelajar medic boleh diberikan pelbagai keistimewaan walaupun kos tanggungan mereka tersangat tinggi di sini,mengapa tidak dipermudahkan juga buat pelejar-pelajar pengajian Islam yang mana jumlah pinjamannya hanya RM26 000 selama 4 tahun berbanding pelajar-pelajar medic yang jauh lebih tinggi iaitu sebanyak RM300 000 selama 6 tahun.Bahkan mereka hanya perlu membayar semula sebanyak RM30 000.Tidakkah ini dinamakan pilih kasih????.

Pernah salah seorang sahabat medic ana menyebut,

"Boleh sangat nak membazir duk kat sini,duit pinjaman pun dah memang boleh bayar semula sebab perbelanjaan sebenar tak lah sampai ke tahap RM300 000".

Ana tidak berniat ingin menuntut kesamarataan,tetapi hanya memohon agar urusan kami dipermudahkan,bahkan sepatutnya diberikan biasiswa,kerana memang itu hak kami semua kerana semua duit itu adalah hak rakyat.Manakala zakat yang berjumlah RM5000 setahun juga diper'beratkan' urusannya.Berbeza dengan pelajar-pelajar pengajian Islam di Selangor,setelah kerajaan baru memerintah,mereka menerima zakat sebanyak RM7000 setahun dengan mudahnya.Inilah hakikatnya bila UMNO memerintah.Segala kezaliman dilakukan tanpa ada rasa bersalah.Inilah bala yang mana telah disebut nabi di dalam hadisnya,

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

  3. Zakat dijadikan hutang.

  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

  5. Anak derhaka terhadap ibunya,

  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

  14. Muzik banyak dimainkan.

  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi.

Maka apabila kita menyebut tentang bala,maka ianya bukanlah hanya perkara-perkara seperti gempa bumi dan lain-lain.Tetapi apabila rakyat mula hidup susah dalam keadaan negara yang kaya itupun sudah dikira bala daripada Allah.

Persoalannya,apakah sebabnya kerajaan memperlakukan sedemikian rupa?,bagi pandangan peribadi al-faqir,tidak lain dan tidak bukan hanyalah ingin menghalang kerana mereka menganggap pelajar-pelajar inilah yang bakal menentang mereka.Sungguh mereka tidak menyedari bahawa kini,bukan hanya pelajar-pelajar pengajian Islam yang akan menentang,tetapi semua mahasiswa dari segenap bidang yang faham tentang Islan akan menentang perjuangan sekular dan zalim yang dilakukan oleh UMNO.

Ana menulis tentang perkara ini atas kesedaran daripada hadis nabi,

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Justeru ana berkongsi semua ini agar dapat membuka mata kita tentang kewajipan menyiapkan diri untuk bersama-sama dalam perjuangan Islam suatu hari kelak.Kalau bukan kita yang ingin membela nasib mereka yang dizalimi dengan keadilan Islam,maka siapa lagi??.

Takut??

Untuk apa kita baca doa selepas membaca ma'thurat setiap hari,

"حتى لا نخف ولا نرجو غيرك ولا نعبد شيء سواك"

Maka jika kita takut untuk mengatakan yang benar ketika mana ia perlu dikatakan maka kita telah berbohong dengan Allah dengan membacakan doa tersebut.

"KAMI BUKAN HANYA PENYOKONG PERJUANGAN ISLAM,TETAPI PENDOKONG,BANGKTLAH WAHAI MEREKA YANG TELAH LESU"

Sunday, March 21, 2010

Lagi-lagi sanah helwah..

Untuk ini ana menawarkan diri untuk menjadikan blog ana ini sebagai penyampai berita kami di sini.Kerana ana tahu ramai yang merindui kami di sini dan di sana.Maka blog ana akan menjadi penyampai berita kegiatan-kegiatan kami di sini sekadar yang termampu dan masa yang terluang.Jika ingin mengetahui tentang isu semasa boleh ke blog sahabat ana Ust Amin dan jika ingin membaca blog pemikir boleh ke blog sahabat ana Ust Ulwan.

Sekali lagi ana mengucapkan sanah helwah kepada Ust Ridhuan Bin Abu Bakar(YDP KPT) yang telah menyambut ulangtahun kelahiran beliau buat kali ke 24.Bermakna masih ada tempoh setahun lagi la ye nak berumahtangga..huhu

Ust Wan pemimpin mesra berjiwa da'ie


Menu majlis kami untuk Ust Wan.Nasi ayam special Seberang Baroh.


Inilah dia tukang masaknya.Ust Amer..beruntunglah siapa yang memiliki


Sedap Ust Amer masak.Beruntung-beruntung,hihi..


Ust Amer sedang menyiapkan hidangan.


Maaf kerana ana terpaksa makan dulu kerana ada tugas di luar.huhu


Alhamdulillah kepulangan disambut dengan suapan istimewa.


Sahabat-sahabat sedang menikmati hidangan


Ustaz-ustaz harapan ummah

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran kali yang ke 24 buat Ust Ridhuan Bin Abu Bakar.Semoga panjang umur seiring dengan bertambahnya amal soleh.Amin-Pelajar tahun satu Al-Azhar As-Syarif

Wednesday, March 17, 2010

Airmataku jatuh berderai..aku terlalu merindu..

Kesihatan masih belum pulih sepenuhnya.Sudah beberapa hari kelas Syeikh aku tinggalkan.Sudah cuba untuk melawan,tapi apakan daya cuaca di sini teramat lain.Semalam aku meredah kesejukan yang teramat sangat bersama Ust Aiman,Ust Amir dan Ust Hakim dengan dua buah motosikal.Maafkan aku sahabat-sahabat,aku tak sengaja meninggalkan kelas.

Bila keadaan yang kurang sihat ni biasela,hati jadi sentimental.Itulah aku..
Aku rindukan seseorang..

Aku terlalu rindu..
Apakah khabar dia di sana??
sihat kah atau sakit kah??
Kita terpisah jauh..membuatkan aku rindu

Aku terlalu rindu..
Rindu itu tanda sayang??
Ye..memang betul.
Rindu itu tanda kasih dan sayang..

Aku terlalu rindu..
Kerana wasilah dirimu aku dekat dengan Allah..
Aku kenal erti perjuangan..
Aku lalui apa yang dinamakan tarbiyyah..

Aku terlalu rindu..
Ikatan kasih kerana Allah ini terlalu kuat..
Ye..kerana ia kerana Allah bukan yang lain..

Aku terlalu rindu..
Kerana wasilahnya aku mengenal erti tadhiyyah..
Semoga ikatan kita terus terjalin erat..

Moga Allah kekalkan kasih kita ..

Yang dirindu..Murabbiku

Moga Ust sekeluarga sihat sejahtera.

Walau jauh,hati kami tetap bersama


Teruskan bersama wahai sahabat-sahabatku,saling menerima lebih dan kurang.



Aku hasil didikan beliau..


Doakan kami di sini.


Selamat berjuang sahabatku!!


Nantikan kami!!