Latest Entries »

Followers

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan..aku tak mahu kecewa lagi

Hari ni masuklah hari ke lapan kita semua berpuasa.Bila sebut tentang bulan puasa maka akan berlakulah fenomena sesetengah orang yang menjadi "goreng pisang panas" yang laku bahkan menjadi rebutan.Antara mereka yang termasuk dalam golongan ini adalah sahabat-sahabat ana yang menjadi rebutan jamaah masjid dan surau untuk dijadikan imam solat tarawikh.Ada yang menjadi imam di INSTEP,ada juga di Losong,ada juga di Dungun,ada juga di Maras dan banyak tempat lagilah.Alhamdulillah ana dapat bersahabat dengan insan-insan seperti mereka.Kerana peranan seorang sahabat teramatlah besar sehinggakan nabi junjungan s.a.w ada menyebut

المرء على دين خليله

Jadi kepada sahabat-sahabat ana ucapkan selamat bertugas,jika perlukan bantuan,boleh bagitau ana ye.Taraf ana hanya sebagai pengganti disaat antum keletihan ataupun nak rehat.

Kita lupakan tentang itu,kembali kepada tajuk di atas.Kita tidak mahu kita tergolong dalam golongan yang digelar oleh nabi junjungan s.a.w sebagai "maghbunun".

من استوى يوما ه فهو مغبون

Justeru mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang sama sahaja amalannya di bulan yang mulia ini pada tahun lalu dan tahun ini dan apa yang lebih teruk amalannya lebih buruk berbanding tahun-tahun yang lalu.

Justeru,eh berapa banyak justeru da.Ayuh kita sama-sama mempertingkatkan amalan kita di bulan ini mudah-mudahan ianya menjadi madrasah tarbiyyah untuk kita meneruskannya di bulan-bulan yang lain.
Sama-samalah kita meruskan solat tarawikh tanpa kita lupakan sesuatu yang lebih penting daripada itu iaitu tazkirah.Kerana ramai masyarakat hari ini yang kurang memahami akan kepentingan tazkirah.Mereka ada yang menganggap ia tidak perlu.Sedangkan jika diikut apa yang lebih utama maka tazkirah adalah lebih utama kerana solat tarawikh hukumnya sunat bahkan amar makruf nahi mungkar(tazkirah) adalah wajib.maka sama-samalah kita kekalkan budaya di surau-surau dan masjid-masjid yang telah lama mengamalkan perkara yang teramat bagus ini.

Di bulan inilah kita mesti cuba untuk meningkatkan amal ibadah serta amal islami yang telah kita lakukan selama ini.

Sama-samalah kita terus merebut ganjaran-ganjaran yang telah ditawarkan oleh Allah s.w.t buat hamba-hambanya yang sentiasa mengharapkan keredhaannya.Moga kita tidak kecewa lagi tahun ini kerana meninggalkan solat taraikh.Moga kita tidak kecewa lagi kerana meninggalkan amalan-amalan soleh dan terus melakukan perkara maksiat di bulan ini dan semoga kita tidak kecewa lagi kerana terlepas peluang untuk bertemu dengan malam al-qadar yang lebih baik dari seribu bulan.

Sekian dari ana..

SELAMAT BERPUASA

2 comments:

Mohd Azarul Aiman Bin Mohd Rosli said...

huhu...ana pun rase teruja pada sahbat2 sekalian.sama2lah kite jalankan tanggungjawwb ini dibulan yang penuh barakah ini..moga ramadan kali ini dapat mentarbiyyah diri kite yang hina ini..same2 kite doakan..RAMADAN KARIM

amar90 said...

maaf lah tajuk macam takde kaitan dengan isi..huhu