Latest Entries »

Followers

Saturday, October 3, 2009

Abang Muzani,kenapa ramai orang menentang wahabi??

Kumulai kalam ini dengan basmalah dan seinfiniti ucapan hamdalah serta lafaz takbir atas kemenangan di hari kemenangan yang masih terasa bahangnya.Hari ini dah masuk 5 hari ana di bumi anbiya' setelah menempuh perjalanan jauh dari Malaysia tanah air tercinta pada hari ahad.

Sebelum ana mulakan peng'explain'an tentang tajuk di atas,ana nak kongsi serba sedikit tentang perjalanan ana bersama sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah ke sini.Kami bersepuluh ditemani seorang senior iaitu Ustazah Syazwani telah bertolak dari KLIA ke matar di Mesir pada hari ahad jam 11.30 pagi.Alhamdulillah tiada apa-apa masalah yang berlaku sepanjang perjalanan ke Bahrain tempat kami transit selama sehari walaupun ana baru pertama kali naik kapal terbang.

Setelah sampai di Bahrain kami menginap di sebuah Hotel.Alhamdulillah dan setinggi kesyukuran dirufu'kan kehadratillah swt kerana telah menetapkan perjalanan kami ditemani seorang senior yang banyak memberi panduan sepanjang perjalanan.Terima kasih diucapkan kepada Ustazah tersebut.

Setelah sampai di Hotel,kami diberi sebuah bilik setiap seorang.MasyaAllah,sangat mewah bagi mereka yang telah ditarbiyyah dengan kesusahan.Tapi bagi la bilik banyak mane pun,kami tetap duduk sebilik huhu.Malam tu kul 8 dah tidur kalau tak silap ana lah sampai lah pukul 4 bangkit semula.Alhamdulillah sempat berusrah dua kali dan banyak yang dapat dipelajari.Makan pun makanan arab.

Diringkaskan cerita kami pun sampai ke matar Mesir.Alhamdulillah disambut dengan penuh semangat ukhuwwah islamiyyah oleh senior-senior.Kebetulan hari itu adalah hari terbuka,jadi kami pun makan sekali la.

Setelah enam hari ana di sini,alhamdulillah dah dapat belajar serba sedikit tentang kehidupan disini.Terima kasih diucapakan kepada ahli bait yang banyak membantu,Ust Rauf,Ust Wafi(pakar masakan) dan Ust Faris dan selamat datang kepada ahli bait aru Ust Amir al-Barohi.Juga tak dilupakan kepada Ust Fahmi yang banyak melayan kerenah adik-adikmu ini.Moga Ust tak jemu menjadi teman kami.Kami menunggu untuk menjadi anak muridmu.Namun perasaan sedikit sedih tak dapat dielak kerana Ust Fahmi akan berangkat pulang ke Malaysia.Moga Ust datang kembali ke sini ye walaupun sudah berdua.

Betul lah kata orang Mesir itu singkatan daripada Musibah Sabar Redha(dalam ejaan arab).Di sini memang betul-betul memerlukan mujahadah.Oleh kerana itulah ramai mujahid islam di negara kita Malaysia datangnya dari sini begitulah juga para Ulama'.Moga aku juga tergolong dalm kalangan Ulama' dan pejuang islam.

Sekarang kelas masih kurang,jadi suasana yang memerlukan mujahadah masih belum dirasai.
Kelas-kelas talaqqi sudah dijenguk,sekadar pergi sebagai mustami'.Mudah-mudahan Allah tetapkan hati ini sebagai pencinta ilmu dan pengamal ilmu.

Mengenai tajuk di atas,ada seorang pelajar UTM di Johor menghantar SMS kepada ana dan bertanyakan sebagaimana tajuk di atas.Adik kita ni baru sahaja memasuki alam kampus dan merupakan bekas pelajar di MRSM KT dan menjadi ahli usrah di sana dan di sinilah dia mengenali ana.namun SMS tersebut tidak dapat dibalas kerana ana sudah di Mesir dan kedit tidak mencukupi.Namun alhamdulillah akhirnya masih diberi kesempatan untuk menjawab namun jawapan yang hanya mampu diberi hanyalah "Kerana wahabi menyeleweng,kita bincang semula nanti,ana tak de kredit dan an dah berada di Mesir"Mudah-mudahan tulisan ana ini dibaca oleh beliau dan berpuas hati dengan jawapan yang ringkas dan alamat blog yang sepatutnya dilawati yang telah diberikan.

Fonemena ini adalah perkara biasa bagi mereka yang baru hendak mendalami agama.Namun oleh kerana angkara puak-puak yang boleh kita gelar sebagai puak-puak yang berasa lebih hebat daripada Ulama-ulama terdahulu.Perkara yang tidak dilakukan oleh nabi terus dibilangnya bid'ah.Hadis yang sering mereka gunakan adalah hadis berikut:

فاءن أصدق الحديث كتاب الله وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وسلم وشر الامور محدثتها وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار

Namun lafaz كل dalam hadis di atas perlu difahami sebaiknya.Perkataan ini membawa dua maksud iaitu كل بمعنى جامع dan satu lagi كل بمعنى مجموع.Ulama' menyatakan كل di atas adalah membawa maksud sebahagian perkara baru itu adalah bid'ah bukanlah semua.

الترك لا ينتج الحكوم
Perkara yang ditinggalkan oleh nabi tidak membawa kepada hukum (samaada boleh atau haram).

Buat adik Luqman,ana tak berniat untuk mengulas panjang,kerana ana berasa segan dengan Ulama-ulama muda sepengajian ana di sini.Kerana blog ana sering diunjungi oleh mereka dan juga satu sebab lagi yang sudah pasti adalah ana tiada ilmu.Justeru cukuplah jika enta terus membaca di blog ini http://jomfaham.blogspot.com untuk lebih memahami tentang wahabi dan masalah-masalah khilafiah.Sekian.

8 comments:

Nasih Ulwan said...

pertamanya.maaf krn sudah lama tdk mnjenguk ke cni,ats alsn ftrh exam sblom ini..
kdua,tahniah tlh bjaya mnjejakkan kaki k bumi anbiya',bumi auliya' n bumi ulama'! kirimkn salam rindu ana pd sahabat yg mengenali ana di sana..
bkenaan dgn wahabi,ana mnganggap ianya sbg pkara cabang @ furu'.dlm pjuangan ia hanya dianggap sbg kmuncup.jd usahlh diprbesarkn @ dipbalahkn dlm pkara ini..
wahabi yg sbnr pon tdk mngakui mrk wahabi shingga mrk mgelar diri mrk salafi @ sunni..
tujuan asl mrk baik,iaitu ingin mghapuskn bid'ah n pkara khurafat spt myembah kubur..
namun krn kesilapan mrk mmbid'ah n mgkafirkn org lain,itu yg salah!
mrk prlu fhm bhw pkataan kullu tdk smstinya mmbawa mksud semua.di sana ada lafaz kullu yg mmbawa mksud juz'iyyah..kena blajo bahasa arab balik..
xyoh duk debat la psl wahabi2 ni..dorg pon pcaya ALLAH itu tuhan jgk..kita duk balloh samme dirri,org kafir suke ah..
kita bina dulu daulah,maka kemuncup ini akn dpt kita atasi dgn mudah..
~skdr bpandangan..
WALLAHU A'LAM..

amar90 said...

MasyaAllah..ana tau smua tu,ini hanya penjelasan buat adik yang perlukan penjelasan,ana tak berdebat dengan wahabi pun kat sini..syukran

Anonymous said...

Assalamualaikum..Fahami maksud penulis sebelum 'menerjah'..

Nasih Ulwan said...

Ana x kate pon nta bdebat ngan wahabi..
cuba nta faham btul2 kata2 ana tu..
ana hanya memberi pndgn scara umum mengenai wahabi..
sgguh, langsung tiada niat utk menerjah atau menerajang nta!
hehe

Anonymous said...

pada matan hadith terdapat kesalahan ejaan...harap rujuk kembali ya...

nasyiq al_esfahani said...

salam...
t'sentuh juga m'dgar ulasan dr nta...
dpat juga mcerna buah fkiran...
minta juga linknya ya...
smoga kita dpat b'kongsi buah fkran lbih bnyak slpas ni...
salam p'knaln...

amar90 said...

silakan nasyiq..syukran

amar90 said...

syukran ust Fahmi..kesalahan telah diperbetulkan..maaf,betul2 tak perasan..namun tetap merasa 'bangga' kerana ada ulama' yang sudi menjenguk blog ini..alhamdulillah