Latest Entries »

Followers

Thursday, November 5, 2009

Kembali menulis

Assalamualakum wbt..

Setelah sekian lama menyepi dari menulis di dalam blog yang telah lama terbiar ini,hadir kembali 'zouq' untuk kembali menulis mengenai isu-isu semasa dan sedikit diari kehidupan harian al-faqir dan hal-hal lain yang sepatutnya dikongsi.Tambahan lagi adik-adik di Malaysia tanah air tercinta telah bertanyakan khabar tentang blog ini.Justeru,eloklah kiranya ana kembali untuk terus menulis sekadar yang termampu dan masa yang terluang.Sebelum itu ucapan berbanyak-banyak terima kasih buat sahabat tersayang Al-Fadhil Ust Al-Amin al-kaatib Al-Kajaani kerana telah menghadiahkan header yang sangat cantik untuk blog ini.

Anak Manja.

Kini ana dan sahabat-sahabat telah sebulan lebih di mesir ardul kinanah.Sejak di airport sehinggalah sekarang belum pernah sekali ana menitiskan air mata kerana rindukan mak dan abah serta tok wan dan keluarga di sana.Bahkan abah dan mak serta Tok Wan pula yang menangis untuk ana.kenapa ye??(huhu..macam budak-budak).Berbeza semasa di sekolah rendah,jika abah menghantar aku ke sekolah berasrama pasti ana takkan lama di situ.Paling lama pun hanya dua minggu.Antara sekolah-sekolah asrama yang pernah ana pergi semasa darjah lima dahulu adalah maahad tahfiz al-imam international Kelantan(hanya dua minggu),maahad tahfiz di Melaka(dua hari,huhu),Maahad Darul Quran Rusila(juga dua hari,huhu..teruk-teruk).Akhirnya ana kembali semula ke sekolah lama iaitu Sek Ren Islam Ahmadiah Melaka(sekolah harian) gara-gara rindu pada mak.Begitulah betapa manjanya satu ketika dahulu.Namun hari ini manja itu tidak dapat dizahirkan lagi(dah besar dah kan) dan bakal beralih kepada orang lain pula suatu hari nanti insyaAllah,huhu.

KOSTAQ

Selepas selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) dengan keputusan yang baik,al-faqir menyambung pengajian di Maahad Ar-Rahmah.Namun hanya sempat enam bulan di sana.

"Abang,bangun bang..",terdengar suara emak yang paling ana sayang di dunia ini.
ana terkejut dari tidur(kerana keletihan baru balik dari sekolah).

"mak ade nak cakap sikit dengan abang ni",ibuku menyambung.
"ade ape mak??"

"Abang nak masuk KOSTAQ tak?"
"KOSTAQ??,ape tu mak?"masih bingung.

Diringkaskan cerita ana ditakdirkan Allah untuk menjadi salah seorang pelajar di Kolej Sains Dan Teknologi Al-Quran YT Besut.Alhamdulillah banyak perkara dan pengalaman yang telah dipelajari sepanjang belajar di sana.Tapi yang peliknya,tidak aku menangis nak balik kat sini.Mungkin kerana hatiku sesuai dengan suasana di sini.Walau apa pun sebab yang diberi,pasti ada hikmah yang besar disebalik apa yang telah berlaku..bersambunglah ye...

0 comments: