Latest Entries »

Followers

Monday, November 16, 2009

Kembali Menulis 3

IMPIAN MENJADI NYATA

Impian untuk menuntut ilmu di bumi yang paling kaya dengn ilmu agama kini telah menjadi kenyataan.
29/9/09 jam 1.30 petang al-faqir menjejakkan kaki di bumi anbiya'.Kali pertama berada di bumi mesir ardul kinanah.Ketibaaan disambut mesra oleh AJKT KPT dan BP PMRAM.Tak kelihatan pulak golongan ISMA yang kebiasaannya akan menarik adik-adik baru untuk bersama mereka.Mungkin sudah kenal dengan kami bersepuluh kot.Jangan marah,hanya bergurau.Namun jika terdapat puak-puak ini pada hari itu pasti akan berlaku sesuatu yang pelik pada hari tersebut.Kerana tidak perlu untuk berebut kerana kami akan bertanya terlebih dahulu wajah-wajah yang tidak pernah dilihat ini dengan pertanyaan "ISMAkah anda"?.

Mengapa perlu dibuat rumah baru jika rumah lama kepanasan dek ketiadaan aircondition?.Padahal apa yang patut dilakukan adalah membaiki kelamahan yang ada di rumah lama tersebut.Maka begitulah juga dengan perjuangan islam.Faham sendirilah ye.
Puak-puak ini harus dihapuskan awal-awal lagi kerana mereka inilah yang akan bersama dengan mereka yang telah menyebabkan kelambatan kemenangan buat agama Islam.

Akhir-akhir ini kita mendengar cerita satu demi satu fitnah dan tohmah yang telah dilontarkan terhadap pemimpin dan ulama' yang disegani Tuan Guru Presiden PAS.Apabila dua orang ulama' yang disegani 'bertelagah' maka di sana pasti ada munafiq yang memainkan peranannya.Namun perjuangan Islam pasti tetap akan dijaga oleh Allah.Besar hikmah disebalik apa yang berlaku.Antaranya mungkin Allah nak tunjukkan kepada kita wajah-wajah munafiq yang berselindung disebalik perjuangan Islam selama ini.

Walau dilanda fitnah dan tohmah Tuan Guru terus teguh istiqimah dengan perjuangannya dan kita tahu Tuan Guru dipihak yang benar.Golongan itu lansung tiada rasa hormat kepada ulama'.tiada rasa rendah diri dengan apa yang dikurniakan Allah kepada mereka.Lupa tujuan asal perjuangan Islam terjun ke dalam kancah politik.Bukankah Ulama' itu pewaris nabi?.Ulama' tidak diukur dengan sijil dan pangkat yang dia ada walaupun PhD.Para ulama' dan 'allamah di zaman dahulu terlalu menghormati mereka yang bergelar ulama'.Walaupun ilmu mereka sudah melaut ilmunya,mereka tetap ke majlis ulama-ulama sezaman dengan mereka untuk mendapat tabarruk daripada Allah melalui keberkatan Syeikhnya.Sungguh tawadhu' mereka dengan ilmu mereka.

Namun apa yang berlaku di zaman sekarang amat menyedihkan.Baru mendapat Phd,dalam bidang bahasa pulak tu.Mereka berani mengkritik ulama-ulama yang tergolong dalam kalangan kibaril ulama'.Malah apa yang lebih lebih teruk,mereka yang bukan dari bidang agama tetapi sekadar hanya pandai bercakap serta diselitakan dengan ayat-ayat Al-Quran sudah merasa besar diri dengan ulama-ulama.Lebih malang lagi ada yang mengambil ilmu hanya dengan membaca lalu ia menafsirkan sendiri tanpa mengetahui apa maksud sebenar muallif.Mereka inilah golongan yang belajar tanpa sanad dari guru yang sampai sanadnya kepada muallif kitab dengan membaca sendiri kitab-kitab tersebut.Lalu mereka mengkritik ulama-ulama yang mulia di sisi Allah.

Tuan guru Hj Abdul Hadi Awang seorang pemimpin yang cekal yang tabah dan terpancar dari lisanul halnya keikhlasan seorang pejuang Islam.Beliau bukan hanya hebat dalam kepimpinan malah beliau betul-betul seorang ulama' murabbi.Tak mengapaka penulis menukilkan sedikit pujian buat Tuan Guru buat tatapan kita di sini.Kerana al-faqir pasti Tuan Guru tak akan membaca blog ini.Wallahua'lam.dari apa yang al-faqir kenal serba sedikit tentang beliau.Tuan Guru seorang yang istiqamah dalam ibadahnya dan mudawamah dengan qiamullailnya.Al-faqir sendiri ada cerita mengenai perkara ini.Kalau nak tau jumpa ana la ye.Ketika al-faqir menziarahi tuan Guru di rumahnya,Tuan guru melayan mesra dan tersangat mesra tanpa ada riak letih yang ditunjukkan.Begitulah salah satu contoh yang baik yang ditunjukkan oleh Tuan Guru.Kami akan sentiasa di belakang Tuan Guru selagi tuan guru tetap dengan Al-Quran dan As-Sunnah.Perjuangan kita adalah islam.Kita sanggup ditinggal rakyat demi Islam.Bukan menggadaikanIslam demi mendapatkan kerajaan dalam masa yang sama kerajaan yang dibina bukan atas dasar islam tetapi jahiliyyah baru yang tertubuh atas kejatuhan jahiliyyah lama.


INDAH RUPA DARI KHABAR

Memang indah rupa dari khabar.Namun ia bagi ana lah ye.Bagi yang lain wallahua'lam.Khabar-khabar yang diterima ketika di Malaysia dulu banyak yang tidak betul.Memang itulah yang disangkakan dari dulu namun bila melihat sendiri maka ia lebih mentahqiqkan lagi bahawa khabar banyak yang tidak betul.

Memang tidak dapat dinafikan ada perkara yang tidak baik.Namun itu hanyalah masalah kecil bagi saya seperti akhlak sebahagian arab dan sebagainya.Tetapi title sebagai tempat terbaik untuk menuntut ilmu agama tetap tidak berubah bagi ana kerana telah merasainya sendiri.Dan mungkin juga kerana suasana di sini yang ana anggap yang terbaik buat diri ini sebagai pelajar agama dan melayu.Ikhtilat yang terjaga,suasana pelajar agama yang nampak keagamaannya dan ketulinannya serta biah yang masih terjaga.Pasti ramai yang mengatakan Muzani dan sahabat-sahabtnya syadid kerana kerap menentang ikhtilat dan mungkar yang dilakukan secara zahir.Tapi buat mereka yang kerap menggunakan perkataan syadid apakah anda faham apakah itu syadid?.Di sana ada perbezaan antara mutasyaddidin dan mutamassikin.Mereka yang tegas dalam agama dengan dalil adalah golongan mutamassikin(yang berpegang dengan agama) dan orang yang tegas tanpa dalil dan tak tentu hala inilah yang dipaggil mutasyaddidin(syadid).Nasalullah an yaj'alana minal mutamassikin.

0 comments: