Latest Entries »

Followers

Monday, November 9, 2009

Kembali menulis vol 2

DUGAAN DI KOSTAQ

Bermula bulan 6 tahun 2003 sehinggalah bulan 6 tahun 2004 maka genaplah setahun ana di KOSTAQ BESUT.Hanya sempat setahun di sana dek kezaliman kerajaan UMNO ketika itu yang baru sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan di Terengganu.Setelah hidup dalam biah solehah di sana di bawah kepimpina Tuan Guru ketika itu,akhirnya biah itu lenyap kerana bertukarnya kerajaan.Benarlah sabda nabi "الناس على دين ملوكهم".Memang sungguh benar kata nabi bahawa manusia mengikut agama pemimpinnya.Maksudnya di sini pemimpin sangat mempengaruhi kehidupan rakyat.

Namun syukur tetap dipanjatkan kepada Allah yang maha penyayang kerana pasti ada hikmah yang besar disebalik semua yang berlaku.Setahun inilah telah mengajarku serba sedikit untuk hidup cara islam walaupun tak sepenuhnya kerana aku mengenali islam yang sebenarnya di taman thanawi.Akan tetapi barangsiapa yang telah menyumbang kepada kerajaan zalim ini,maka beringatlah bahawa kalian akan dibalas oleh Allah jika kalian melakukannya dalam keadaan tahu.

Meraka yang menyumbang kepada tertegaknya kerajaan yang tidak menjadikan Al-Quran dan As-sunnah,maka mereka turut sama menanggung ganjaran yang diterima oleh golongan yang zalim itu.Sabda nabi junjungan SAW,"الدال على الخير كفاعله".Barangsipa yang menunjukkan kepada kebaikan maka pahalanya sama seperti orang yang melakukannya.Maka mafhum mukhlafah di sini barangsiapa yang menunjukkan atau menyumbang kepada kejahatan maka dia akan menanggung dosa sebagaimana orang yang melakukannya.Bagi mereka yang tidak tahu dan tidak faham maka ia tidak mengapa kerana di sana ada tugas buat pejuang-pejuang islam untuk menyampaikan dakwah kepada mereka.

Selepas itu,kami pelajar-pelajar sulung KOSTAQ Besut telah di arahkan untuk berpindah ke KOSTAQ Dungun.Namun tidak mengapa kerana ada hikmah yang besar disebalik semua yang berlaku.Mungkin antara hikmahnya untuk merapatkan ukhuwwah antara pelajar-pelajar KOSTAQ Dungun dan Besut dan antara lainnya mungkin Allah swt ingin menguji hambanya yang ingin belajar agama dengan sedikit kesusahan dan itulah adat orang belajar agama lebih-lebih lagi yang mendalami ilmu agama secara khusus.

Selepas cuti kami semua akan berpindah ke KOSTAQ Dungun,namun hati terasa sedikit sedih kerana sekolah yang kami sayangi bukan lagi dengan nama KOSTAQ.

"Ni ke sekolahnya?"

"Alhamdulillah sampai jugak".Hati mendetikkan rasa syukur kerana masih boleh meneruskan pelajaran.Nasib baiklah mereka tak tutup terus sekolah ni.

"aik??"

"Sekolah Menengah Sains Agama Dungun?"
"dah tukar nama ke?".Terkejut.

KOSTAQ Dungun telah ditukar namanya kepada Sek Men Sains Agama Dungun.Ada yang berkata "ada apa pada nama?".Namun bagi kami KOSTAQ tetap akan tetap di hati.Selepas itu sekali lagi bertukar nama kepada Sek Men Imtiaz Dungun.

Selepas tamat PMR dengan keputusan yang biasa-biasa sahaja(tetap bersyukur),diri ini nekad untuk mencari tempat belajar yang lebih sesuai dengan jiwa yang bercita-cita ingin menjadi ulama'.Lalu ana nekad memilih Sek Men Agama Atas Sultan Zainal Abidin SMAASZA dalam aliran thanawi.Sekolah yang telah melahirkan ramai ulama-ulama ini telah membuatkan diri ini lebih mengenali islam yang sebenar.


TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Sebelum al-faqir mengenali SMAASZA,al-faqir tidak merasakan sesuatu yang lain yang ada di sekolah ini.Kerana kadang-kadang ada suara yang mengatakan bahawa sekolah ini sama sahaja.Akhowatnya juga biasa-biasa saja,bertudung singkat dan sebagainya.Namun setelah duduk belajar di dalamnya baru al-faqir mengenalinya lantas terus jatuh cinta.

"YA ALLAH,bersyukurnya aku pada mu".Hati terlalu bersyukur.Terasa sangat gembira kerana niatku masuk ke aliran thanawi semata-mata untuk mendalami ilmu agama walaupun sahabat-sahabatku yang lain ketika itu sibuk mengejar minat mereka dalam ilmu sains.Aku doakan mereka sentiasa.Moga kalian thabat dengan islam dan 'gaya hidup seorang islam'.namun aku pilih pilihan hatiku sendiri.Mungkin kerana darah abah mengalir dalam tubuhku.Aku nekad dan aku belajar agama kerananya dan bukan kerana semata-mata untuk sijil dan bukan juga kerana pilihan kedua dek tidak lepas untuk ke aliran sains.Jauh sekali semua itu.Jika aku dianugerahkan pelajar terbaik PMR Malaysia sekalipun,inilah pilihanku.

"Inilah biah yang aku mahu selama ini"hati al-faqir menjerit kesyukuran di surau al-muttaqin.

Sujud syukur,sujud syukur dan sujud syukur kerana terlalu bersyukur.
Walaupun al-faqir masih berada dalam dosa-dosa lampau ketika itu,al-faqir tidak menoleh dan terus mengorak langkah dan sedikit demi sedikit taubat mengiringi kehidupan yang menenangkan di sana.Sungguh inilah suasana yang di cari,ikhtilatnya terjaga rapi,biah solehahnya wujud serta ilmu-ilmu yang kuminati dan kudamba selama ini telah ditemui di sini.Tiada ikhtilat antara ikhwah dan akhowat(kalau ada pun mungkin terpencil).Akhowatnya anggun dengan hijab mereka.Lalu di mana kata-kata mereka sebentar tadi yang menyatakan smaasza sama seperti sekolah lain bahkan mungkin lebih teruk?.Ye,mungkin itu betul bagi smaasza tapi tidak bagi aliran thanawi ketika itu kerana di sana terdapat dua aliran iaitu thanawi dan sains.Namun al-faqir tak berniat nak membezakan kedua-duanya akan tetapi itulah hakikatnya yang dapat al-faqir rasakan ketika itu.Maaf jika ada yang tersinggung.Tak guna al-faqir ulas panjang lebar kerana jika tak kenal maka tak cinta

AKU JATUH CINTA

Bersambung...

0 comments: