Latest Entries »

Followers

Tuesday, November 10, 2009

Kembali menulis vol 3

Sungguh hati sudah terpaut dan memang sungguh telah jatuh cinta pada taman thanawi.Tiada siapa lagi yang boleh menghalang rasa cinta dan rindu pada perjuangan di sana.Hanya syukur yang dapat dipanjatkan kepada tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang buat sekalian hambanya yang beriman.Di sanalah aku mengenali sahabat-sahabat seperjuangan yang hingga kini mengikat janji setia untuk islam.Jujur dan ikhlas aku menyatakan di sini bahawa baru di sinilah aku mengenali insan bernama sahabat yang mengikat janji atas dasar aqidah bukan kerana harta,rupa dan kepentingan-kepentingan dunia yang lain.Sahabat yang satu fikrah telah membuatkan al-faqir lebih kuat untuk terus thabat bersama islam.

3 tahun sudah berlalu dengan pelbagai kenangan pahit dan manis.Namun yang al-faqir ingat hanyalah yang manis-manis.Yang paling melucukan adalah ketika peperiksaan syahadah thanawi selepas daripada peperiksaan STAM.Maafkan kami ikhwah thanawi 3 08.

Setelah keluar keputusan STAM 08 yang boleh dibanggakan,maka al-faqir terus menguatkan azam yang telah lama tersemat di hati untuk menyambung pengajian ke tempat pengajian yang diimpikan sejak kecil iaitu Universiti Al-Azhar As-Syarif.

Sedang asyik 'menggonyoh kereta abah',"Abang!!abang dapat tuutt mumtaz",terdengar suara gembira seorang ibu.

"Alhamdulillah,sayang anak mak",begitulah seorang ibu.

"Alhamdulillah,sujud syukur banyak-banyak bang",abah pula berkata dalam senyum.Tok wan juga sangat gembira dengan berita itu.

Begitu senang hati ini dapat menggembirakan hati 3 orang yang paling disayangi di dunia ini.

bersambung pulak lah.ade kijo...

0 comments: