Latest Entries »

Followers

Tuesday, November 24, 2009

Selamat Pulang

Selamat pulang buat 4 orang ahli KPT iaitu Ust Asri sekeluarga,Ust Abd Hadi Awang dan Ust Hafizuddin abd ghani Al-Hafiz yang baru sahaja berlepas pulang semalam ke Malaysia.Didoakan agar kepulangan kalian dapat memberi sinar buat Islam bumi Malaysia tanah air tercinta.

Semoga segala ilmu yang dibawa pulang dapat diambil manfaatnya oleh masyarakat di sana khususnya di bumi Terengganu.Kerana suasana Islam sedikit demi sedikit telah hilang di bumi Terengganu Darul Iman.Jika semasa zaman pemerintahan di bawah dasar Al-Quran,As-Sunnah,Ijma' dan qias,terasa juga roh islam di dalam sanubari ini.Maksiat secara zahir kurang kelihatan,pesta-pesta dan konsert-konsert yang melalaikan tidak kedapatan.Masjid-masjid diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu,seminggu sekali ada kuliah dari MB di Masjid Negeri,sekolah agama milik kerajaan negeri dijaga sebaik mungkin dengan ditanamkan di dalamnya akhlak-akhlak islam buat pelajar-pelajar,anak-anak muda tidak dilalaikan dengan maksiat,TDM maju di bawah naungan TG HJ Harun Taib dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh membuatkan hati-hati dan jiwa-jiwa yang berfikrah islam merasakan ketenangan dengan islam yang baru nak naik ketika itu.

Namun setelah kerajaan bertukar,semua itu tiada.Maksiat berlaku secara berleluasa malah secara nyata.Mudi-mudi tidak segan silu berasmara dikhalayak ramai dengan aksi meraba sana dan sini.Pesta-pesta maksiat tidak putus-putus.Sekolah agama hilang suasana agamanya.Jika di SMAASZA pelajar-pelajar thanawi ditindas setindas-tindasnya.Bila diperlukan sahaja dibuat baik.Keadaan di Universiti-universiti kebanggaan Kerajaan Negeri Terengganu sangat menyedihkan.Pergaulan lelaki dan perempuan yang tidak terkawal."Ngepong sana-sini" telah menjadi perkara biasa.Gadis-gadis sudah hilang harga diri.Yang dilihat hanyalah kecemerlangan akademik semata-mata.Akhlak dan agama tidak dipandang lagi oleh sebahagian besar masyarakat.Kuasa kerajaan terus disalah guna dengan sewenang-wenangnya.Terlalu banyak penyelewengan yang berlaku.

Sikap kebanyakan ibubapa yang hanya mementingkan keduniaan anaknya tanpa menjaga urusan akhirat mereka(pendidikan agama) telah menyebabkan anak-anak muda telah terlalu rosak.Yang hanya ditanya kepada anak-anak adalah "mung nak keje mende besar kekgi?","mung nak makan mende bile aku takdok kekgi?".Para nabi dan rasul terdahulu lansung tidak merisaukan tentang hal itu untuk anak-anak mereka kerana mereka tahu rezeki setiap manusia telah ditetapkan oleh Allah Taala cuma ia perlu diusahakan untuk mendapatkannya.Tetapi apa yang mereka risaukan adalah " ما تعبدون من بعدي","apa yang kamu nak sembah selepas aku tiada.Menunjukkan bahawa urusan agama bagi anak-anak adalah kewajipan bagi ibubapa.Maka tidak hairanlah apabila ibubapa terlalu "keduniaan" maka anak-anak pun hilang pedoman.

Maka disanalah tugas kita semua untuk membentuk fardul muslim seterusnya baitul muslim,mujtama' muslim dan daulah islamiyyah dan seterusnya mengembalikan semula khilafah islamiah yang telah lama 'hilang'.Maka apabila hukumnya wajib,maka segala apa cara(yang harus) yang boleh membuatkan kita mencapai segala matlamat tadi adalah wajib.Contohnya untuk mendapatkan daulah islamiah mesti melalui pilihanraya mengikut waqi' negara kita.Maka pilihanraya menjadi wajib.Sebagaimana satu qaedah fiqhiyyah menyebut "للوساءل حكم المقاصد".Setiap perkara yang wajib,sunat,makruh dan lain-lain,maka perkara yang mencapai kepada perkara tersebut mengikut hukum perkara tersebut.Contohnya menegakkan negara Islam adalah wajib,maka mengundi di dalam pilihanraya adalah wajib.Mudah-mudahan di fahami.

Jadi,semoga dengan kembalinya kalian semua ke Malaysia mudah-mudahan dapat menguatkan lagi perjuangan Islam.ALLAHUAKBAR!!

P/S:dah tak dapat nak cubit pipi baby aisyah yang comel...eeeiii,geramnyerr

0 comments: