Latest Entries »

Followers

Sunday, February 28, 2010

Perjalanan hidup al-faqir di bumi anbiya'

Sudah lama rasanya tidak mengisi sesuatu di dalam ruangan ini.Jika nak dikatakan sibuk,lansung tidak sibuk.Malu untuk mengaku sibuk kerana masa yang kosong masih banyak terluang.Terlalu jauh beza al-faqir dengan mereka yang mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat untuk Islam apatah lagi jika nak dibandingkan dengan para ulama dan mujahid yang dirahmati oleh Allah.Maka apabila mengungkapkan persoalan dalam diri dengan kata-kata 'apakah sumbangan aku untuk Islam'?.Maka semangat itu hadir kembali.Walaupun perjuangan mestilah atas dasar kefahaman bukan semangat,namun jika tanpa semangat terjemahan daripada kefahaman tidak akan lahir.Justeru haruslah diselarikan antara dua faktor yang dianggap penting ini bagi mereka yang ingin mengikut jejak langkah mereka yang mewaqafkan diri meeka untuk Islam.Jika tidak futur menanti si pejuang.

Kini al-faqir berada di bumi anbiya'.Jauh dairi tanah air tercinta.Tarbiyah yang diterima di sana serta perjuangan yang pernah dilalui membuatkan al-faqir rindu untuk kembali.Namun di sini al-faqir akan tetap teguh dengan inayah daripada Allah untuk mereruskan perjuangan untuk Islam sekadar kemampuan al-faqir yang dhaif lagi hina ini di bawah satu wadah iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).Satu fikrah satu amal.Persatuan yang telah membawa satu wadah perjuangan untuk menyatukan fikrah para mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar dibawah satu fikrah iaitu fikrah Islam yang juga telah melahirkan ramai mujahid-mujahid Islam yang sedang menerajui kepimpinan gerakan Islam di Malaysia tanah air tercinta.

Tujuan sebenar al-faqir menulis kali ini adalah untuk berkongsi apa yang telah dilalui sepanjang cuti selepas berlalunya peperiksaan.Kerana keluarga sudah bertanya,bila nak letak gambar lagi?.
Jadi inginlah al-faqir berkongsi serba sedikit perjalanan al-faqir sepanjang cuti berlansung.

1)Hari Keluarga KPT(Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir)

Banyak acara telah diadakan pada HIKMAT tahun ini.Pelbagai acara padang dan dewan telah berlansung dengan meriah sekali.Namun ana pohon kemaafan kerana tidak dapat meletakkan gambar-gambar keseluruhan program kerana terlalu banyak acara.

Pasukan kuiz kumpulan 1(johan)..huhu

Ust Syed sedang bertarung dengan DR Zul.


2)Jaulah ke Dumyat.

Ust Abdullah Amir.Macho man

Berhadapan dengan pantai Dumyat.

Kerang-kerang yang ditangkap.

Berangkat ke tempat penginapan di Ra'sul bar.

Pemandangan malam di Ra'sul bar.Bersih..


BBQ(ikan,ayam dan kerang).

Kumpulan nasyid baru.Kumpulan Al-FaRiMuDin.Gabungan nama Ust Farezuan,Ust Ridhuan,Al-faqir dan Ust Din.huhu...

Di pertembungan antara dua laut dan satu sungai yang mana tempat ini juga dikatakan tempat bertemunya nabi Musa dan nabi Khidir 'alaihimas salam.

3)Kelas Syeikh Yusri Hafizahullah.(kitab yang baru dibuka Sunan Abi Daud selepas khatam kitab Tuhfatul Ahwazi).
Syeikhuna Dr Yusri Rusydi Hafizahullah

Kitab karangan Al-Imam Al-Hafiz A-Hujjah Ath-Thabat Sulaiman Bin Asy'as Bin Syadad Abu Daud Al-Azdi As-Sijistani.Lahir pada 202h dan tinggal di Basrah.Beliau mengembara menuntut ilmu ke Iraq,khurasan,Syam,Mesir dan Hijaz.
نفعنا الله بعلومه في الدارين امين

Masih berada dalam bab thaharah.


Sebahagian pelajar-pelajar Terengganu yang baru pulang dari kelas Sunan Abi Daud bersama Syeikh Yusri Rusydi Hafizahullah.


Doakan agar al-faqir istiqamah di atas jalannya.Amin

4)Ziarah ke rumah Ustaz Shamsul

Semoga Ust Shamsul beserta keluarga bahagia ke akhirnya.Amin.

6 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
amar90 said...
This comment has been removed by the author.
amar90 said...
This comment has been removed by the author.
amar90 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.