Latest Entries »

Followers

Monday, March 1, 2010

Maulidur rasul sollallahu 'alaihi wasallam.

Bulan kelahiran manusia agung ke bumi tiba lagi.Marilah kita sama-sama mengenang semula hari maulidur rasul sebagai tanda kasih kita kepada baginda sallallahu ‘alaihi wasallam.Kita menyambut hari ke-12 daripada bulan rabi’ul awwal bukanlah tandanya kita hanya menyayangi nabi hanya ketika hari tersebut.tetapi sebagai tanda kita menyambut dan memperuntukkan hari khas untuk kita sama-sama kita memeperingati baginda sallallahu ‘alaihi wasallam.Sebagaimana seorang suami menyambut hari lahir isterinya yang tercinta dengan pelbagai perkara yang istimewa.Maka itu bukanlah tanda si suami hanya menyintai isterinya hanya pada hari tersebut akan tetapi dijadikan hari tersebut khas untuk isterinya yang disayangi.

Justeru lebih-lebih lagilah untuk seorang kekasih Allah yang mana tidak diciptakan dunia ini jika bukan kerananya.Diutuskan baginda sebagai rahmat buat sekalian alam

.(وما أرسلناك الا رحمة للعالمين).

Segala qudwah yang lengkap tedapat pada batang tubuh rasulullah sallahualaihi wasallam

.(لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة).

Contoh ikutan yang sempurna bermula daripada seorang individu,keluarga,masyarakat seterusnya memimpin negara.Justeu nabi haruslah dijadikan ikutan bermula dari cara berpakaian,ibadat,akhlak sebagai seorang individu,sahabat,suami dan sehinggalah kepada pemimpin negara.

(من يطع الرسول فقد أطاع الله).

Namun apa yang perlu diperbaiki di dalam masyarakat kita hari ini adalah mengenai kefahaman mereka tentang hari maulidur rasul.Ada yang menganggap hari tersebut mesti berarak.Maka apabila tidak diadakan perarakan mereka akan menganggap seolah-olah ianya satu kekurangan.Sedangkan apa yang sepatutnya dilakukan adalah menyambut hari kelahiran baginda dengan mengingati baginda dengan memperbanyakkan selawat ke atas baginda serta mengadakan majlis-majlis ceramah dan tazkirah bagi memeperingati dan mengingatkan semula kepada masyarakat tentang kelahiran nabi,cara hidupnya serta apa yang diperjuangkan oleh baginda sallallahu alaihi wasallam.

(ان االه وملائكته يصلون على النبي يا ايها الذين امنوا صلوا عليه وسلموا تسليما).

Nasab.

Sebelum al-faqir meneruskan tulisan mengenai kelahiran baginda,ingin al-faqir sebut tentang nasab baginda sallallahualaihi wasallam.Mengikut kitab Fiqh sirah nabawiyyah karangan Dr Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti Hafizahullah,nasab nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam adalah seperti berikut.Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin abdul Manaf bin Qusoi bin Kilab bin Ka’ab bin lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazar bin Ma’ad bin Adnan.Inilah nasab junjungan besar sallallahu’alaihi wasallam mengikit ittifaq para ulama.Adapun selebihnya adalah khilaf para ulama sebagaimana yang disebut di dalam kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum karangan Syeikh Abdur Rahman al-mubarkafuri hafizahullah .Beliau memabahagikan nasab nabi kepada tiga bahagian iaitu nasab yang diitifaq oleh ulama’ iaitu nasab yang diakhiri dengan Adnan,nasab yang berlaku khilaf ulama yang berakhir dengan nabi Allah Ibrahim ‘alaihis salam dan yang terakhir adalah bermula daripada nabi Ibrahim ‘alaihis salam sehinggalah kepada nabi Allah Adam ‘alaihis salam.Jika ingin melihat dengan lebih tafsil tentang mereka yang termasuk dalam nasab baginda sallallahu alaihi wasallam,maka bolehlah dirujuk di dalam kitab sirah Nur-Al-Yaqin karangan Syeikh Muhammad Khudri Rahimahullah.

Kelahiran.

Nabi sallallahualaihi wasallam dilahirkan pada tahun gajah iaitu tahun dimana raja Abrahah menyerang kota Mekah untuk meruntuhkan ka’bah sebagaimana yang dinukilkan di dalam Al-quran.Pendapat arjah mengatakan bahawa baginda dilahirkan pada malam hari isnin 12 rabi’ul awwal sebagaimana yang disebut di dalam kitab Fiqh sirah nabawiyah.Manakal di dalam kitab Ar-rahiq Al-Makhtum disebut bahawa nabi dilahirkan pada pagi 9 rabi’ul awwal bersamaan dengan 20 atau 22 april 581m.

Nabi sallallahu alaihi wasallam dilahirkan dalam keadaan yatim.Bapa baginda Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal ketika baginda 2 bulan berada dalam kandungan ibu baginda Siti Aminah Bintu Wahb.Diriwayatkan daripada Ibnu Saad bahawa ibu nabi sallallahualaihi wasallam pernah berkata:Ketika aku melahirkannya keluar dari farajku cahaya yang menyinari istana Syam.Dan diriwayatkan juga oleh Ahmad dan Ad-darimi hampir dengan riwayat dari Ibnu Saad.Diriwayatkan juga daripada At-thobari dan Al-Baihaqi bahawa ketika kelahiran baginda maka runtuhlah 12 balairung seri Kisra,terpadamlah api sembahan penganut agama majusi yang sebelumnya tidak pernah terpadam.Kelahiran baginda membawa kebaikan kepada seluruh keluarganya dan ummat arab ketika itu sehinggalah beliau digelar sebagai As-Sodiqul amin kerana kejujurannya.Begitulah serba sedikit perkongsian tentang kelahiran baginda sallallahualaihi wasallam yang begitu menakjubkan.Kehebatan baginda sudah terzahir sejak kelahiran baginda malah sejak baginda di dalam kandungan ibunya Siti Aminah menandakan lahirnya seoarang manusia agung ke atas muka bumi sebagai rahmat buat sekalian alam.

Penutup

Justeru perlulah kita membuktikan kecintaan kita kepada baginda dengan sedaya upaya melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh baginda serta memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh baginda.Jika kita merasa berat dalm perjuangan menegakkan agama Allah,maka bukalah semula sirah baginda maka kita akan dapati bahawa ujian yang baginda hadapi jauh lebih hebat berbanding kita.Ingatlah pesanan baginda kepada kita semua

(تركت فيكم أمرين لن تضل أبدا بعدي ما ان تمسكتم بهما كتاب الله وسنتي).

Sama-sama kita raikan maulidur rasul pada tahun ini dengan mempperbanyakkan selawat ke atas baginda sallallahuakaihi wasallam.Sambutlah ia dengan apa cara sekalipun selagimana tidak menyalahi syariat .Apa yang lebih penting kita perjuangkan apa yang diperjuangkan baginda sallallahualaihiwasallam.Sama-sama kita dokong risalah kenabian yang nabi sallallahualaihi wasallam bawa kepada dengan menjadi mata rantai kepada perjuangan tersebut.

0 comments: