Latest Entries »

Followers

Friday, March 12, 2010

Tahniah Angah!!

Ahmad Zuhhad 'Atoillah Bin Abd Rahman

Sekalung tahniah diucapkan kepada adik kesayangan ana Ahmad Zuhhad 'Atoillah Bin Abd Rahman di atas kejayaan beliau mendapat darjat 'mumtaz' di dalam peperiksaan STAM 2009.Iringi kejayaanmu dengan sujud syukur.Semoga terus thabat di jalan dakwah dan terus kekal dengan akhlak karimah dengan berkeperibadian mulia.Berpakaian dengan pakaian pemuda Islam,menghormati abah dan mak,bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan mengamalkan segala ajaran Islam yang syumul sekadar yang termampu.Belajar sungguh-sungguh dan jangan bazirkan masa.Ubah sikap yang tidak baik kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik.Hidup kita untuk Islam.Walau kita tidak sempurna,sama-sama kita berusaha ke arah itu.

Mungkin watak abang lain dengan angah berbanding dengan adik-adik yang lain.Abang sedikit tegas dan 'garang' dengan angah berbanding adik-adik yang lain.Itu tanda abang sayang angah lebih kerana jika abang pergi dulu angah lah pengganti tempat abang.Namun abang tak menafikan abang banyak silap dengan angah.Maafkan segala silap abang ye.

Watak abang dengan angah dan adik lain berbanding dengan watak abang dengan Jiha dan Ateh.Kerana cara mendidik adik lelaki dan perempuan sangat berbeza.Jika dengan kalian berdua abang sedikit tegas,maka dengan adik-adik perempuan abang tidak boleh begitu.Abang perlu didik mereka dengan penuh kasih sayang.Begitu juga dengan angah dan adik.Cuma caranya berbeza.Abang sayangkan semua adik-adik abang.Uhibbukum lillah.Sekali lagi tahniah buat angah..

Ana,abah dan angah


Woit!!buat ape tu..Jangan nakal-nakal.

0 comments: