Latest Entries »

Followers

Sunday, March 7, 2010

"Duk di Mesir hanya belajar je".Kesiannya..

Tadi sempat membaca posting menarik. dan suka aku untuk memberi sedikit respon kepada Tajuk dia “Kalau ana di beri peluang belajar di azhar ana takkan pergi”

Menarik, Tertarik dan sedikit lawak dengan posting sahabat Ust Syafiq Hilmi diblognya. Mungkin ada sahabat kepada sahabat beliau yang belajar di Mesir kemudian pulang ke Malaysia tetapi tidak minat / jarang menyertai serta mengendalikan program menyebabkan beliau rasa semua pelajar Al-Azhar tidak pandai menguruskan program. Dan mungkin juga apa yang ada dalam gambaran beliau di Mesir ini hanya belajar,belajar dan belajar. Takpelah, mungkin beliau kurang pendedahan tentang keadaan sebenar di Mesir.


Sukalah untuk aku terangkan sedikit apa yang ada di Mesir. Untuk makluman sahabat kepada Sahabat ana, Persatuan pelajar yang menaungi pelajar-pelajar Malaysia iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sudah berusia hampir 80 tahun yang ditubuhkan sejak 1930 lagi. Lebih daripada usia Negara kita merdeka.

Dibawah PMRAM pula bernaungannya 12 BKAN @ Badan Kebajikan Anak Negeri termasuklah Singapura dan 8 Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM). Bukan sekadar MPP sebuah Universiti sahaja tetapi seluruh pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang jumlahnya hampir ataupun lebih 10 000 orang.

Sedarlah sikit wahai ‘beliau’. Rajin-rajin layari internet, tengok Website PMRAM @ HEWI. Kat blog aku nih pun aku dah linkkan Website setiap BKAN dan DPM. Klik jer, Rajin2lah bukak yer.. Kesian betul nengok. Mungkin dia baca surat khabar Metro jer kot. Huhu..



Kami disini bukan sahaja disibukkan dengan aktiviti pembelajaran tetapi terlalu banyak aktiviti sampai tak terkejar dibuatnya. Kalau antum/korang suka menulis, bersajak, mengarang novel dan sebagainya PMRAM ada KELAP (Kem Latihan Penulis) . Suka jadi pengacara atau moderator, ada VOICE of PMRAM. Peserta akan dilatih semasak2 selok belok bidang pengacaraan.



Nak apa lagi? Minat bidang Multimedia, PMRAM ada PMC. Korang akan didedahkan dengan teknik2 menyunting serta membuat audiovisual. Designer, Kartunis, nak terbitkan Komik dan banyak lagi la. Suka bentang kertas kerja atau minat bidang pengurusan dan pentadbiran? PMRAM ada Pusat Sumber Tenaga (PESAT). Kalau nak calon diri sendiri jadi Badan Pengurus (BP) PMRAM pun boleh. Kalau rasa diri tu pandai sangat handle program dan uruskan pentadbiran.

Minat bertalaqqi, rasa otak teramat brilliant, tak cukup dengan kelas-kelas talaqqi yang sedia ada. PMRAM anjurkan pulak Pengajian Ilmiah Bersama Syeikh., Kelas Tafaqquh, Kolokium, Kejora, Kelas Tutorial dan banyak lagilah nak sebut.

Minat bersukan, sampai GILA SUKAN, PMRAM anjurkan Kejohanan Futsal, Bola Sepak piala Presiden. Rasa kuat lagi kaki dan tulang empat kerat. Nuu.. Pergi naik Semenanjung Sinai dan seandainya merasa diri terlalu mahabbah dan teramat kasih dan penyayang boleh luahkan dalam Hari Keluarga. Huhuhu..


Bukalah mata tu luas sikit. Itulah, kita ni bila duduk dalam kelompok kita sahaja. Kita akan rasa kitalah yang terbaik dan paling best.. Bangga giler.. Tapi hakikatnya kita hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang kita lakukan. Malah ada yang lebih hebat daripada kita.

Kepada mereka yang kata dan hendak merendah-rendah pelajar Al-Azhar, mari rasai sendiri suasana disini. Rasa diri dah hebat, meh la sini. Setakat kat negara sendiri apalah sangat. Bukanlah niat aku nak merendah-rendahkan mereka yang belajar dalam negara.


Tapi cabaran dan dugaan yang kalian hadapi mungkin kecil jika hendak dibandingkan belajar di negara luar yang kita sendiri tidak pernah alami suasana, sistem pembelajaran, pentadbiran, bahasa, adat dan budaya mereka.Ni la yang ana copy dari blog sahabat ana Ust Amin.

Ana nak tambah sedikit lagi.Bagi al-faqir,tersangat-sangat kasihan kepada mereka yang beranggapan seperti itu.Namun al-faqir tidak menyalahkan mereka kerana mereka tidak mengetahui.Di sini ana nak kongsi beberapa perkara,sebelum ana ke sini,ana ana pernah dengar kata-kata seperti ini,"nak jadi 'alim gi ke pondok,nak pandai pengurusan kerja gi IPTA,gi Mesir tu cuma nak ambik bahasa dia je la".Kata-kata itu juga terkesan dalam kepala al-faqir sedikit-sebanyak.Namun setelah al-faqir duduk sendiri di sini semua yang diperkatakan memang tidak berapa tempat.Bagi ana,semuanya boleh di sini.Nak jadi 'alim di sini,nak pandai pengurusan pun di sini dan nak dapatkan bahasa pun di sini.Itulah apa yang al-faqir dapat.Kenapa ana berkata sebegitu?

Jika beliau nak tahu,segala ilmu agama dan kitab-kitab besar berasal dari sini(termasuklah kitab-kitab pondok) dan yang mengajar kitab-kitab tersebut adalah para masyayikh yang bersanad terus kepada muallif kitab.Cuma syaratnya mesti mujahadah dan bersungguh-sungguh dan tidak akan jadi 'alim jika hanya duduk 4 tahun.Bagi al-faqir lagi,ilmu di Al-Azhar dan di pondok lebih kurang sama malah mungkin lebih di sini kerana Tok-tok guru di pondok pun ambil ilmu dari sini,tetapi yang membezakannya adalah mujahadah.Ana berkata-kata bukan berniat nak merendahkan taraf pondok,tidak sama sekali.Tapi kerana ana juga bekas pelajar pondok walaupun sebentar.

Di pondok,angkat kaki beberapa langkah sudah sampai ke kelas,tapi di sini terpaksa menunggu bas satu jam,jarak ke kuliah pula satu jam dan begitulah juga ketika balik.Bersesak-sesak pula di dalam bas dan terpaksa berhadapan pula dengan kerenah arab.Itulah ujian-ujian yang baru al-faqir sebut sedikit yang mana untuk menghadapinya memerlukan mujahadah yang tinggi.Cuba kita bayang setiap hari kita perlu hadapi perkara ini.Nak cuba?

Dalam bab pengurusan kerja pula,setelah melihat dari semua sudut,maka lahirlah di benak fikiran al-faqir bahawa tiada persatuan atau wadah perjuangan yang sehebat PMRAM.Ada yang mengatakan perjuangan di sini tidak realiti.Kesiannya.

Sebahagiannya telah diceritakan di atas.Cuma yang ana ingin tambah,jika di Malaysia,MPP di setiap Universiti hanya bertugas dalam hal-hal tertentu.Tetapi di sini,segala-galanya di bawah naungan PMRAM.Seolah-olah PMRAM adalah pentadbiran Universiti yang menguruskan segala urusan pelajar dan menjaga kebajikan pelajar.PMRAM juga sebagai 'pentarbiah' kader-kader yang bakal pulang menegakkan kalimah Allah.Maka lahirlah insan-insan seperti 2 orang Tuan Guru kita,lahirlah Ketua Pemuda PAS Pusat sekarang,lahir juga Timbalannya,lahir juga Ketua Pemuda Terengganu sekarang dan ramai lagi yang tak tersebut jika ingin disebut kesemuanya.

Kesimpulannya semuanya di bawah pengurusan PMRAM.Sebab itu ada yang menggelarkan PMRAM sebagai Universiti PMRAM kerana segala-galanya ada di dalamnya dan memang sesuai jika BP-BP PMRAM digelar YB kerana pengorbanan mereka cukup besar.Bayangkan setiap hari terpaksa pusing ke muhafazah-muhafazah(negeri-negeri jika di Malaysia) untuk melaksanakan tugasan mereka.

Justeru harap diperbaiki segala perkara buruk yang disalah anggap terhadap apa yang ada di sini.Tidak mengapa jika tidak mahu belajar di sini,tapi jangan perlekehkan tempat lahirnya Imam Ibnu Hajar al-'asqalani,Imam Zakaria Al-Ansori,Imam Ibnu Hajar al-haitami,Imam Ramli,Imam Khatib Syarbini dan ramai lagi ulama-ulama besar dunia termasuklah Ulama masa kini iaitu 2 Tuan Guru kita.Ana sebut nama-nama mereka kerana ibadat yang kita buat sekarang ni berpandukan ilmu mereka.

Setakat ini sahaja dahulu.Al-faqir ada komitmen lain untuk diselesaikan.

'KAMI SAYANG AL-AZHAR,KAMI PMRAM'
'KITA SEMUA PEJUANG ISLAM'

Justeru jangan perlekehkan antara satu sama lain.

P/s:Kutuk dan perlekeh al-faqir tak mengapa,tapi jangan kutuk dan perlekeh Al-Azhar.Rase kesian sangat..Jangan jadi orang yang لا يدري ولا يدري أنه لا يدري ,tidak tahu tetapi dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu.

.

1 comments:

mushi kerok said...

salam....
ana datang.....huhu
woo..banyak ngat aktiviti...
duk cni dop byk gitu..hebat sek2 mesir.......

Pagi2 makan roti
Roti dicicah dgn kari
........................mmmmm sedapnye mkn roti
huhu