Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat tercinta yang bertungkus lumus menjayakan majlis akad nikah al-faqir beberapa hari yang lepas. Perancangan hanya untuk melakukan majlis akad nikah, tapi dah jadi macam walimah pulak. Walaubagaimanapun ucapan berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada semua ikhwah dan akhawat yang terlibat mengorbankan masa mereka walaupun masing-masing berada dalam fatrah imtihan. InsyaAllah walimah akan di adakan pada awal bulan 7 ini. Yang pasti sebelum 5/7. Jika hari tu makan mee goreng, walimah nanti macam biaselah, kita makan nasi minyak. Jadi tunggulah pengumuman dari ana ye. Akhir kalam, ana sertakan sedikit gambar sahabat-sahabat tercinta yang sudah bersama sejak dari bangku sekolah (taman thanawi). Maaf sebab internet lemah, jadi hanya ini yang dapat diupload..
Nama diberi Ahmad Muzani Bin Abd Rahman sempena nama ulama' aliran mazhab syafie iaitu AL-MUZANI.(Kata Al-Hafiz Al-'Asqalani dalam tulisannya dalam menyatakan tentang mazhab syafie bahawa AL-MUZANI ABU IBRAHIM ISMAIL BIN YAHYA BIN 'AMRU BIN ISHAQ dilahirkan 175h dan beliau melazimi mazhab syafie ketika berada di Mesir serta Menulis AL-MABSUTH DAN AL-MUKHTASAR MIN 'ILMIS SYAFIE.Beliau seorang yang kuat ibadah,kuat beramal dan tawadhu'.Beliau wafat pada bulan ramadhan tahun 264h).Penulis Mendapat pendidikan di Pasti Al-Hidayah,Pasti As-Syarifah,SRI Ahmadiah,Sek Ren Islam Darus Salam,Maahad Al-Imam,Maahad Darul Quran,Maahad Ar-Rahmah,KOSTAQ YT Besut,Imtiaz Dungun dan SMAASZA..Penuntut ilmu di Al-Azhar As-Syarif dan Anjung Al-Atrak.Masih lagi dalam perjalanan mencari redha Allah..
0 comments:
Post a Comment