Latest Entries »

Followers

Sunday, March 7, 2010

"Duk di Mesir hanya belajar je".Kesiannya..

Tadi sempat membaca posting menarik. dan suka aku untuk memberi sedikit respon kepada Tajuk dia “Kalau ana di beri peluang belajar di azhar ana takkan pergi”

Menarik, Tertarik dan sedikit lawak dengan posting sahabat Ust Syafiq Hilmi diblognya. Mungkin ada sahabat kepada sahabat beliau yang belajar di Mesir kemudian pulang ke Malaysia tetapi tidak minat / jarang menyertai serta mengendalikan program menyebabkan beliau rasa semua pelajar Al-Azhar tidak pandai menguruskan program. Dan mungkin juga apa yang ada dalam gambaran beliau di Mesir ini hanya belajar,belajar dan belajar. Takpelah, mungkin beliau kurang pendedahan tentang keadaan sebenar di Mesir.


Sukalah untuk aku terangkan sedikit apa yang ada di Mesir. Untuk makluman sahabat kepada Sahabat ana, Persatuan pelajar yang menaungi pelajar-pelajar Malaysia iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sudah berusia hampir 80 tahun yang ditubuhkan sejak 1930 lagi. Lebih daripada usia Negara kita merdeka.

Dibawah PMRAM pula bernaungannya 12 BKAN @ Badan Kebajikan Anak Negeri termasuklah Singapura dan 8 Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM). Bukan sekadar MPP sebuah Universiti sahaja tetapi seluruh pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang jumlahnya hampir ataupun lebih 10 000 orang.

Sedarlah sikit wahai ‘beliau’. Rajin-rajin layari internet, tengok Website PMRAM @ HEWI. Kat blog aku nih pun aku dah linkkan Website setiap BKAN dan DPM. Klik jer, Rajin2lah bukak yer.. Kesian betul nengok. Mungkin dia baca surat khabar Metro jer kot. Huhu..



Kami disini bukan sahaja disibukkan dengan aktiviti pembelajaran tetapi terlalu banyak aktiviti sampai tak terkejar dibuatnya. Kalau antum/korang suka menulis, bersajak, mengarang novel dan sebagainya PMRAM ada KELAP (Kem Latihan Penulis) . Suka jadi pengacara atau moderator, ada VOICE of PMRAM. Peserta akan dilatih semasak2 selok belok bidang pengacaraan.



Nak apa lagi? Minat bidang Multimedia, PMRAM ada PMC. Korang akan didedahkan dengan teknik2 menyunting serta membuat audiovisual. Designer, Kartunis, nak terbitkan Komik dan banyak lagi la. Suka bentang kertas kerja atau minat bidang pengurusan dan pentadbiran? PMRAM ada Pusat Sumber Tenaga (PESAT). Kalau nak calon diri sendiri jadi Badan Pengurus (BP) PMRAM pun boleh. Kalau rasa diri tu pandai sangat handle program dan uruskan pentadbiran.

Minat bertalaqqi, rasa otak teramat brilliant, tak cukup dengan kelas-kelas talaqqi yang sedia ada. PMRAM anjurkan pulak Pengajian Ilmiah Bersama Syeikh., Kelas Tafaqquh, Kolokium, Kejora, Kelas Tutorial dan banyak lagilah nak sebut.

Minat bersukan, sampai GILA SUKAN, PMRAM anjurkan Kejohanan Futsal, Bola Sepak piala Presiden. Rasa kuat lagi kaki dan tulang empat kerat. Nuu.. Pergi naik Semenanjung Sinai dan seandainya merasa diri terlalu mahabbah dan teramat kasih dan penyayang boleh luahkan dalam Hari Keluarga. Huhuhu..


Bukalah mata tu luas sikit. Itulah, kita ni bila duduk dalam kelompok kita sahaja. Kita akan rasa kitalah yang terbaik dan paling best.. Bangga giler.. Tapi hakikatnya kita hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang kita lakukan. Malah ada yang lebih hebat daripada kita.

Kepada mereka yang kata dan hendak merendah-rendah pelajar Al-Azhar, mari rasai sendiri suasana disini. Rasa diri dah hebat, meh la sini. Setakat kat negara sendiri apalah sangat. Bukanlah niat aku nak merendah-rendahkan mereka yang belajar dalam negara.


Tapi cabaran dan dugaan yang kalian hadapi mungkin kecil jika hendak dibandingkan belajar di negara luar yang kita sendiri tidak pernah alami suasana, sistem pembelajaran, pentadbiran, bahasa, adat dan budaya mereka.Ni la yang ana copy dari blog sahabat ana Ust Amin.

Ana nak tambah sedikit lagi.Bagi al-faqir,tersangat-sangat kasihan kepada mereka yang beranggapan seperti itu.Namun al-faqir tidak menyalahkan mereka kerana mereka tidak mengetahui.Di sini ana nak kongsi beberapa perkara,sebelum ana ke sini,ana ana pernah dengar kata-kata seperti ini,"nak jadi 'alim gi ke pondok,nak pandai pengurusan kerja gi IPTA,gi Mesir tu cuma nak ambik bahasa dia je la".Kata-kata itu juga terkesan dalam kepala al-faqir sedikit-sebanyak.Namun setelah al-faqir duduk sendiri di sini semua yang diperkatakan memang tidak berapa tempat.Bagi ana,semuanya boleh di sini.Nak jadi 'alim di sini,nak pandai pengurusan pun di sini dan nak dapatkan bahasa pun di sini.Itulah apa yang al-faqir dapat.Kenapa ana berkata sebegitu?

Jika beliau nak tahu,segala ilmu agama dan kitab-kitab besar berasal dari sini(termasuklah kitab-kitab pondok) dan yang mengajar kitab-kitab tersebut adalah para masyayikh yang bersanad terus kepada muallif kitab.Cuma syaratnya mesti mujahadah dan bersungguh-sungguh dan tidak akan jadi 'alim jika hanya duduk 4 tahun.Bagi al-faqir lagi,ilmu di Al-Azhar dan di pondok lebih kurang sama malah mungkin lebih di sini kerana Tok-tok guru di pondok pun ambil ilmu dari sini,tetapi yang membezakannya adalah mujahadah.Ana berkata-kata bukan berniat nak merendahkan taraf pondok,tidak sama sekali.Tapi kerana ana juga bekas pelajar pondok walaupun sebentar.

Di pondok,angkat kaki beberapa langkah sudah sampai ke kelas,tapi di sini terpaksa menunggu bas satu jam,jarak ke kuliah pula satu jam dan begitulah juga ketika balik.Bersesak-sesak pula di dalam bas dan terpaksa berhadapan pula dengan kerenah arab.Itulah ujian-ujian yang baru al-faqir sebut sedikit yang mana untuk menghadapinya memerlukan mujahadah yang tinggi.Cuba kita bayang setiap hari kita perlu hadapi perkara ini.Nak cuba?

Dalam bab pengurusan kerja pula,setelah melihat dari semua sudut,maka lahirlah di benak fikiran al-faqir bahawa tiada persatuan atau wadah perjuangan yang sehebat PMRAM.Ada yang mengatakan perjuangan di sini tidak realiti.Kesiannya.

Sebahagiannya telah diceritakan di atas.Cuma yang ana ingin tambah,jika di Malaysia,MPP di setiap Universiti hanya bertugas dalam hal-hal tertentu.Tetapi di sini,segala-galanya di bawah naungan PMRAM.Seolah-olah PMRAM adalah pentadbiran Universiti yang menguruskan segala urusan pelajar dan menjaga kebajikan pelajar.PMRAM juga sebagai 'pentarbiah' kader-kader yang bakal pulang menegakkan kalimah Allah.Maka lahirlah insan-insan seperti 2 orang Tuan Guru kita,lahirlah Ketua Pemuda PAS Pusat sekarang,lahir juga Timbalannya,lahir juga Ketua Pemuda Terengganu sekarang dan ramai lagi yang tak tersebut jika ingin disebut kesemuanya.

Kesimpulannya semuanya di bawah pengurusan PMRAM.Sebab itu ada yang menggelarkan PMRAM sebagai Universiti PMRAM kerana segala-galanya ada di dalamnya dan memang sesuai jika BP-BP PMRAM digelar YB kerana pengorbanan mereka cukup besar.Bayangkan setiap hari terpaksa pusing ke muhafazah-muhafazah(negeri-negeri jika di Malaysia) untuk melaksanakan tugasan mereka.

Justeru harap diperbaiki segala perkara buruk yang disalah anggap terhadap apa yang ada di sini.Tidak mengapa jika tidak mahu belajar di sini,tapi jangan perlekehkan tempat lahirnya Imam Ibnu Hajar al-'asqalani,Imam Zakaria Al-Ansori,Imam Ibnu Hajar al-haitami,Imam Ramli,Imam Khatib Syarbini dan ramai lagi ulama-ulama besar dunia termasuklah Ulama masa kini iaitu 2 Tuan Guru kita.Ana sebut nama-nama mereka kerana ibadat yang kita buat sekarang ni berpandukan ilmu mereka.

Setakat ini sahaja dahulu.Al-faqir ada komitmen lain untuk diselesaikan.

'KAMI SAYANG AL-AZHAR,KAMI PMRAM'
'KITA SEMUA PEJUANG ISLAM'

Justeru jangan perlekehkan antara satu sama lain.

P/s:Kutuk dan perlekeh al-faqir tak mengapa,tapi jangan kutuk dan perlekeh Al-Azhar.Rase kesian sangat..Jangan jadi orang yang لا يدري ولا يدري أنه لا يدري ,tidak tahu tetapi dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu.

.

Saturday, March 6, 2010

Terima kasih atas kunjungan.

Al-faqir mengucapkan jutaan terima kasih ke atas pemilik-pemilik blog yang menjadi pengunjung setia ke laman IJLIS BINA NU'MIN SA'AH.Walapun pun blog ini kurang dan memang tersangat kurang pengisian,mereka tetap setia mengunjungi.Justeru Al-faqir mengalu-alukan teguran dan komen membina daripada pengunjung sekalian.Jutaan kemaafan dipohon di atas kesilapan yang tidak disengajakan.Ana bukanlah penulis yang baik,namun blog ini diwujudkan hanya untuk berkongsi serba sedikit apa yang terasa ingin ditulis oleh Al-faqir.Didoakan mudah-mudahan ada juga walaupun sedikit ganjaran daripada Allah tuhan semesta alam.

Terima kasih buat pemilik-pemilik blog berikut:

1)Aminmenulis (sahabat ana Ust Amin)
2)Warna-warna kehidupan
3)Damba kasihmu tuhan
4)Laman Nuqaba
5)Tinta Musafir (sahabat ana Ust Ulwan)
6)Ilmu dan amal (Ust Syukri Nazar)
7)Tinta Permata

Terima kasih buat pemilik-pemilik blog tersebut.Tidak lupa juga buat semua pengunjung yang sudi menjenguk blog yang 'kosong' ini.Salam dari al-faqir ila maulahul kabir Ahmad Muzani Bin Abd Rahman...

Sekian..Wassalam

Friday, March 5, 2010

Lumrah perjuangan.

PENGARAH RADIO IKIM DIDESAK LETAK JAWATAN KERANA MENJEMPUT PRESIDEN PAS BERMUZAKARAH



Quantcast


Seorang teman menyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.

Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM. Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi.

Ekoran dari tindakan beliau yang tidak disenangi itu, gaji beliau ditahan, elaun dan bayaran claim beliau turut tidak dibayar.

Jika melawat laman web IKIM, nama beliau juga sudah dikeluarkan walaupun baru 4 hari beliau letak jawatan. Tiada sebarang majlis perpisahan diadakan untuk beliau dan akhirnya beliau kembali menjadi orang dagang walhal kehadirannya selama setahun di IKIM telah banyak memberikan perubahan besar kepada imej dan rating Radio IKIM.

Memang tidak logik, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini beliau yang baru setahun dua bulan bekerja dengan IKIM mahu letakan jawatan tanpa sebab. Lainlah kalau beliau mendapat tawaran jawatan yang lebih baik. Ada juga logiknya. Kini Ahmad Jais dilaporkan menjadi penceramah bebas dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selepas ‘perletakan jawatan’ beliau, dikhabarkan bahawa beberapa slot ceramah yang kebanyakannya disampaikan oleh Ustaz-ustaz PAS (seperti Ustaz Mohd Nor Hamzah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu) akan disusun semula dan dimansuhkan perlahan-lahan. Beberapa DJ dan kakitangan juga dikatakan menerima tekanan yang sama agar mereka meletakan jawatan.

Berita dan cerita ini tersebar luas di IKIM dan pendengar setia Radio IKIM pasti mahu mencari jawapannya. Tidak sepatutnya beliau dipecat jika alasan Politik sedangkal itu digunakan. Beliau sebagai seorang yang berilmu telah mengunakan kedudukannya bagi meletakan orang-orang yang berilmu tanpa mengira apa jua parti untuk kebaikan masyarakat. penyingkirannya adalah satu kezaliman!

Saya yakin, IKIM akan menafikan cerita ini. Tapi kebenaran itu tidak akan dapat disembunyikan sampai bila-bila. Teman saya juga mengatakan bahawa sampai sekarang beliau belum menerima gaji terakhirnya! memang zalim

sumber:blog muslimeen united.

Nota : Beliau akan berforum dipentas PAS hari ini di Seremban, harap boleh hadir beri sokongan:

[BANNER+Forum+Maulid.jpg]

Wednesday, March 3, 2010

Tawadhu'nya Syeikh Nabil

Malam kelmarin ahli-ahli KPT dikejutkan dengan kehadiran Syeikhul Qurra' Syeikh Nabil hafizahullah di musolla KPT.Justeru selepas al-faqir melaungkan iqamah,kami semua mempersilakan beliau untuk menjadi imam kerana beliaulah yang paling layak ketika itu.Namun setelah beberapa kali dipersilakan,beliau tetap dengan sifat tawadhu'nya mendahulukan orang lain walaupun beliau sudah dikenali sebagai seorang syeikhul qurra' di sini.Dengan tersenyum beliau berkata:

"تفضل,أنت أفضل,أنا لا أستطيع"


Mujurlah ketika itu ada Ustaz Abdus Salam Al-Hafiz.beliaulah yang selayaknya ke hadapan memimpin solat.Al-faqir sungguh tidak layak untuk itu.Begitulah tawadhu'nya seorang ulama'.Beliau tidak merasakan beliau lebih daripada orang lain.Maka bertambahlah penghormatan beliau di mata kami.Sabda nabi sallallahu'alaihi wasallam:

من تواضع رفعه االله,ومن تكبر وضعه الله

Barangsiapa yang tawadhu' pasti akan diangkat diangkat darjatnya di sisi Allah dan manusia,dan barangsiapa yang membesarkan dirinya pasti akan dijatuhkan kehormatannya oleh Allah di sisi manusia.Justeru segala apa yang kita miliki perlulah dianggap hakikatnya dari Allah.Kita hanya meminjam.Allah adalah hakikatnya manakala kita hanyalah surah(gambaran atau cerminan) wujudnya Allah.

Jadilah orang yang memandang dirinya sentiasa kurang daripada yang lain.Nasihat ini juga ditujukan buat diri sendiri yang terlalu jauh dari sifat yang mulia ini.Sabda nabi sallallahu'alaihi wasallam:

اذا أراد الله بعبده خيرا يفقهه في الدين وزهده بالدنيا وبصره عيوبة

Jika Allah menghendaki hambanya akan suatu kebaikan maka dia akan jadikan hambanya itu seorang memahami(belajar) tentang agama,zuhud dengan dunia(meletakkan dunia hanya di tangannya bukan di dalam hati) dan memandang dirinya sentiasa dalam keadaan aib(sentiasa kurang daripada insan yang lain).Daripada sifat yang ketiga yang telah disebut oleh nabi,maka sama-samalah kita ambil pengajaran daripadanya.Apabila kita memandang seorang kanak-kanak mebuat dosa,maka cetuslah dalam hati kita bahawa dia masih kanak-kanak dan masih kurang membuat dosa.Jika kita memandang orang tua membuat dosa maka detiklah dalam hati kita bahawa dia lebih tua dan pastinya dia lebih banyak amalnya.Maka kita lebih lemah daripadanya.Jika kita memandang orang membuat maksiat,maka anggaplah dia melakukannya kerana maksiat kerana jahil sedangkan kita yang tahu tetap melakukan maksiat.Maka kitalah yang lebih hina daripadanya.

Maka apabila kita dapat menyemai sifat ini ke dalam diri masing-masing,kita tidak akan menghukum sesipa apbila dia terjatuh ke dalam lembah maksiat.Tetapi ada tugas kita di sana iaitu berdakwah mereka untuk sama-sama menuju redha Allah.

Apabila bercakap tentang tawadhu'.Ana teringat satu lagi kisah seorang teman pelajar di sini.Beliau adalah pelajar terbaik di Syoubra dalam bidang qiraat.Ketujuh-tujuh qiraah sab'ah sudah tersemat kukuh dalam kepalanya atau pun kita selalu sebut sebagai ' dah masyi'.Suatu hari,ketika bersembahyang di belakang Syeikhuna Dr Yusri Hafizahullah dia tidak menegur tatkala syeikh tersilap baca.Contohnya apabila ayat yang sepatutnya dibaca "
غفور رحيم" dibaca dengan "عزيز حكيم".Begitulah tawadhu'nya beliau.Kalau kita bagaimana agaknya?.Jika orang tersilap baca di dalam solat pasti cepat-cepat nak ditegurkan?.Tetapi tidaklah salah jika ditegur.Sekarang ana sedang menerangkan tentang tawadhu'nya seorang al-hafiz lagi 'alim bukan tentang hukum menegur imam.Kenapa beliau tidak menegur?.Ayuh sama-sama baca penerangan ana yang seterusnya.

Jika kita lihat contoh ayat yang tersilap sebagaimana di atas,maka Syeikhul 'Allamah Dr Yusri pernah menyebut.Jika kesilapan seperti itu berlaku dalam sembahyang,maka tidak mengapa tidak ditegur berdalilkan ayat:

فاقرؤو ما تيسر من القرأن

Bacalah apa yang mudah dlam kalangan ayat-ayat Al-quran.Maka dengan berdalilkan ayat ini,maka tidak mengapa jika tersilap kerana "غفور رحيم" merupakan ayat Al-quran dan "عزيز حكيم" juga ayat al-quran.Itu sekiranya di dalam solat.Maka jika di luar solat kita wajib menegurnya.Wallahu a'lam

Tuesday, March 2, 2010

"Ana baca blog anta rasa termotivasi untuk berkahwin".

Begitulah kata seorang sahabat ana seorang doktor dari Zaqazig.Mungkin al-faqir tidak terperasan mengenai tulisan-tulisan yang ditulis sebelum ini.Jadi jika ada yang dapat mengambil manfaat daripada apa yang terkandung di dalam blog ini maka al-faqir ucapkan alhamdulillah.Moga al-faqir tergolong dalam kalangan orang-orang yang disebut di dalam sabda nabi:

من دل على خير كفاعله.

Barang siapa yang menunjuk atau mengajar atau menjadi penyebab kepada kebaikan,maka dia mendapat ganjaran yang sama sebagaimana kebaikan yang dilakukan oleh orang yang melakukan kebaikan tersebut hasil daripada apa yang diajar olehnya.Maka harapan al-faqir,mudah-mudahan hasil daripada apa yang dilakukan semuanya dikira oleh Allah subhanahu tabaraka wata'ala sebagai pahala kebajikan.

Maka perkahwinan juga adalah suatu kebaikan.Jika ada yang baca tulisan ana dan mendirikan masjid kerana termotivasi daripada tulisan ana.Maka ana amat bersyukur kerana di sana ada ganjaran buat diri ini.Tiada yang lebih berharga selain daripada ganjaran dan redha daripada Allah.

Monday, March 1, 2010

Selamat Hari lahir Mak..

Selamat hari lahir diucapkan kepada bonda tercinta Masyuni Binti Mat Amin.Maaf terlewat post tulisan ini kerana hari lahir bonda tercinta telah berlalu beberapa hari yang lalu.Mak dilahirkan pada 27/2/1969 di negeri Terengganu darul Iman.hasil perkongsian hidup bersama ayahanda tercinta Abd Rahman Bin Jaafar maka lahirlah al-faqir wal haqir ila maulahul kabir Ahmad Muzani bin Abd Rahman ke bumi nyata pada tanggal 18/7/1990 pada hari rabu pukul 9.45 pagi di Hospital Besar Kuala Terengganu.Terima kasih atas segala pengorbananmu buat diri ini.Takkan terbalas segala jasa.Dengan izin dan inayah dari Alllah,abang akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan impian mak untuk melihat abang menjadi seorang mujahid yang mati di jalannya.

Aku terkenang kata-kata ibuku,"Mak nak anak mak mati syahid di jalan Allah".Ya Allah,aku aminkan doa ibuku.Permudahkan aku ke jalan itu.كل ميسر لما خلق له
Maka lahirlah aku hasil perkongsian seorang mujahid dari Melaka dan Mujahidah dari Terengganu.Moga aku juga bakal mujahid di jalannya serta didoakan aku juga dikurniakan seorang mujahidah penyejuk mata dan hati serta peneman dikala suka dan lara.Amin.



Abang nak hadiahkan beberapa rangkap pantun untuk mak..
Terimalah pantun daripada orang yang tak pandai berpantun....

Air mangga air faraulah
hamba sangat suka meminumnya
Ibu lembut sukar untuk marah
aku disayangi sepenuh jiwa

Ikan talapia dimasak merah
Jambu di game' dicicah gula
Ibuku seorang yang sangat pemurah
sifat kedekut jauh dari dirinya

Hari isnin makan ikan
hari selasa makan ayam
bulan julai aku dilahirkan
sifat mahmudah terus ditanam

Goreng telur bukannya payah
Makan nasi dengan Afuza
Menengah rendah di Khairiah
Menengah atas di SMAASZA

huhu..

Kaifa,maza wa limaza
adat istifham untuk pertanyaan
sambung diploma di KUSZA
ijazah pula di pondok Kelantan

Belajar di sini tidak tertekan
bersama Syeikh Yusri di pagi hari
nak kahwin mak memang izinkan
Tapi tak tau bila lagi..

huhu..jangan marah wahai pembaca sekalian.

Tiap-tiap hari mesti makan
makan nasi makan roti
moga mak sihat abang doakan
doakan juga abang di sini

Hamba insan lemah lagi biasa
Tak tau lah ade ke tak orang nak jatuh cinta
moga mak bahagia sentiasa
bersama abah suami tercinta

Ahmad Muzani suka kari
sampai di sini kita jumpa lagi...


Maulidur rasul sollallahu 'alaihi wasallam.

Bulan kelahiran manusia agung ke bumi tiba lagi.Marilah kita sama-sama mengenang semula hari maulidur rasul sebagai tanda kasih kita kepada baginda sallallahu ‘alaihi wasallam.Kita menyambut hari ke-12 daripada bulan rabi’ul awwal bukanlah tandanya kita hanya menyayangi nabi hanya ketika hari tersebut.tetapi sebagai tanda kita menyambut dan memperuntukkan hari khas untuk kita sama-sama kita memeperingati baginda sallallahu ‘alaihi wasallam.Sebagaimana seorang suami menyambut hari lahir isterinya yang tercinta dengan pelbagai perkara yang istimewa.Maka itu bukanlah tanda si suami hanya menyintai isterinya hanya pada hari tersebut akan tetapi dijadikan hari tersebut khas untuk isterinya yang disayangi.

Justeru lebih-lebih lagilah untuk seorang kekasih Allah yang mana tidak diciptakan dunia ini jika bukan kerananya.Diutuskan baginda sebagai rahmat buat sekalian alam

.(وما أرسلناك الا رحمة للعالمين).

Segala qudwah yang lengkap tedapat pada batang tubuh rasulullah sallahualaihi wasallam

.(لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة).

Contoh ikutan yang sempurna bermula daripada seorang individu,keluarga,masyarakat seterusnya memimpin negara.Justeu nabi haruslah dijadikan ikutan bermula dari cara berpakaian,ibadat,akhlak sebagai seorang individu,sahabat,suami dan sehinggalah kepada pemimpin negara.

(من يطع الرسول فقد أطاع الله).

Namun apa yang perlu diperbaiki di dalam masyarakat kita hari ini adalah mengenai kefahaman mereka tentang hari maulidur rasul.Ada yang menganggap hari tersebut mesti berarak.Maka apabila tidak diadakan perarakan mereka akan menganggap seolah-olah ianya satu kekurangan.Sedangkan apa yang sepatutnya dilakukan adalah menyambut hari kelahiran baginda dengan mengingati baginda dengan memperbanyakkan selawat ke atas baginda serta mengadakan majlis-majlis ceramah dan tazkirah bagi memeperingati dan mengingatkan semula kepada masyarakat tentang kelahiran nabi,cara hidupnya serta apa yang diperjuangkan oleh baginda sallallahu alaihi wasallam.

(ان االه وملائكته يصلون على النبي يا ايها الذين امنوا صلوا عليه وسلموا تسليما).

Nasab.

Sebelum al-faqir meneruskan tulisan mengenai kelahiran baginda,ingin al-faqir sebut tentang nasab baginda sallallahualaihi wasallam.Mengikut kitab Fiqh sirah nabawiyyah karangan Dr Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti Hafizahullah,nasab nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam adalah seperti berikut.Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin abdul Manaf bin Qusoi bin Kilab bin Ka’ab bin lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazar bin Ma’ad bin Adnan.Inilah nasab junjungan besar sallallahu’alaihi wasallam mengikit ittifaq para ulama.Adapun selebihnya adalah khilaf para ulama sebagaimana yang disebut di dalam kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum karangan Syeikh Abdur Rahman al-mubarkafuri hafizahullah .Beliau memabahagikan nasab nabi kepada tiga bahagian iaitu nasab yang diitifaq oleh ulama’ iaitu nasab yang diakhiri dengan Adnan,nasab yang berlaku khilaf ulama yang berakhir dengan nabi Allah Ibrahim ‘alaihis salam dan yang terakhir adalah bermula daripada nabi Ibrahim ‘alaihis salam sehinggalah kepada nabi Allah Adam ‘alaihis salam.Jika ingin melihat dengan lebih tafsil tentang mereka yang termasuk dalam nasab baginda sallallahu alaihi wasallam,maka bolehlah dirujuk di dalam kitab sirah Nur-Al-Yaqin karangan Syeikh Muhammad Khudri Rahimahullah.

Kelahiran.

Nabi sallallahualaihi wasallam dilahirkan pada tahun gajah iaitu tahun dimana raja Abrahah menyerang kota Mekah untuk meruntuhkan ka’bah sebagaimana yang dinukilkan di dalam Al-quran.Pendapat arjah mengatakan bahawa baginda dilahirkan pada malam hari isnin 12 rabi’ul awwal sebagaimana yang disebut di dalam kitab Fiqh sirah nabawiyah.Manakal di dalam kitab Ar-rahiq Al-Makhtum disebut bahawa nabi dilahirkan pada pagi 9 rabi’ul awwal bersamaan dengan 20 atau 22 april 581m.

Nabi sallallahu alaihi wasallam dilahirkan dalam keadaan yatim.Bapa baginda Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal ketika baginda 2 bulan berada dalam kandungan ibu baginda Siti Aminah Bintu Wahb.Diriwayatkan daripada Ibnu Saad bahawa ibu nabi sallallahualaihi wasallam pernah berkata:Ketika aku melahirkannya keluar dari farajku cahaya yang menyinari istana Syam.Dan diriwayatkan juga oleh Ahmad dan Ad-darimi hampir dengan riwayat dari Ibnu Saad.Diriwayatkan juga daripada At-thobari dan Al-Baihaqi bahawa ketika kelahiran baginda maka runtuhlah 12 balairung seri Kisra,terpadamlah api sembahan penganut agama majusi yang sebelumnya tidak pernah terpadam.Kelahiran baginda membawa kebaikan kepada seluruh keluarganya dan ummat arab ketika itu sehinggalah beliau digelar sebagai As-Sodiqul amin kerana kejujurannya.Begitulah serba sedikit perkongsian tentang kelahiran baginda sallallahualaihi wasallam yang begitu menakjubkan.Kehebatan baginda sudah terzahir sejak kelahiran baginda malah sejak baginda di dalam kandungan ibunya Siti Aminah menandakan lahirnya seoarang manusia agung ke atas muka bumi sebagai rahmat buat sekalian alam.

Penutup

Justeru perlulah kita membuktikan kecintaan kita kepada baginda dengan sedaya upaya melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh baginda serta memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh baginda.Jika kita merasa berat dalm perjuangan menegakkan agama Allah,maka bukalah semula sirah baginda maka kita akan dapati bahawa ujian yang baginda hadapi jauh lebih hebat berbanding kita.Ingatlah pesanan baginda kepada kita semua

(تركت فيكم أمرين لن تضل أبدا بعدي ما ان تمسكتم بهما كتاب الله وسنتي).

Sama-sama kita raikan maulidur rasul pada tahun ini dengan mempperbanyakkan selawat ke atas baginda sallallahuakaihi wasallam.Sambutlah ia dengan apa cara sekalipun selagimana tidak menyalahi syariat .Apa yang lebih penting kita perjuangkan apa yang diperjuangkan baginda sallallahualaihiwasallam.Sama-sama kita dokong risalah kenabian yang nabi sallallahualaihi wasallam bawa kepada dengan menjadi mata rantai kepada perjuangan tersebut.