Alhamdulillah akhirnya dapat juga ana kongsikan serba sedikit perjalan ana di Terengganu
beberapa hari yang lepas.
Ana ke sana atas tujuan bersama-sama sahabat-sahabat ana meng'handle' kem
untuk adik-adik thanawi 1 dan ting 4 di SMAASZA.
Syukurlah semasa dalam bas malam tu ana tak ditakdirkan
duduk di sebelah perempuan.
Kira-kira jam 5 pagi ana sampai di KT.
Pagi tersebut ana terus bersiap untuk ke SMAASZA untuk mesyuarat kem tersebut
Alhamdulillah,terubat juga ridu dendam terhadap sahabat-sahabat sekalian.
Begitulah keadaannya apabila ikatan ukhuwwah ditaut atas dasar 'aqidah bukan kerana apa-apa
kepentingan.
Sahabat-sahabat antara sumber kekuatan ana.
Alhamdulillah pagi tu ramai juga yang hadir,kecuali yang ada masyaqqah kabirah
je la yang tak dapat datang..
Sahabat-sahabat yang datang dari jauh sudah tiba.Kebanyakannya dari Dungun..
ALLAHUMMA THAWWIL 'UMURANA..
Kami istiqamah menggunakan kaedah mesyuarat di sebalik hijab.
jumud?
tak moden?
Orang yang berkata begitulah yang jumud dan tak moden.
Apa yang kami buat berlandaskan panduan wahyu dan sunnah nabi.
Namun apa yang penting kita ikut waqi'.
Dalam islam ada yang thabat(tetap) dan ada yang murunah(fleksibel).
Justeru perlulah kita faham baik-baik perkara ini.
Kerana tujuan kita berjuang bukan untuk reda manusia tapi reda Allah.
Renungkanlah kata-kata Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
"Kita rela tidak disokong oleh rakyat demi mendapat reda Allah,
Apa erti perjuangan tanpa redha daripada Allah"
Apa erti perjuangan tanpa redha daripada Allah"
Bersambung....
panjang lagi perjalanan ni,maaflah tak sempat nak habiskan.
nantikan yang akan datang..
0 comments:
Post a Comment