Latest Entries »

Followers

Sunday, June 28, 2009

Mujahid yang rugi..renungan buat mujahid dan mujahidah..

Dari Abu Musa Al-Asya'ari R.A bahawa seorang badwi datang kepada rasulullah lalu bertanya:Ya Rasulallah,ada seorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan perang,dan ada pula yang berperang untuk disebut-sebut namanya(kerana kehebatannya) dan yang bertujuan untuk memperlihatkan kehebatan peranannya,dan dalam riwayat yang lain ada yang bertujuan untuk menunjukkan keberaniannya,dan ada yang brtujuan untuk membalas dendam untuk keluarganya(kerana terbunuh dalam peperangan yang lalu dan dalam riwayat yang lain ada disebutkan ada seorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya,maka yang manakah yang dianggap berperang fi sabilillah?,Rasulullah menjawab:Siapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah menjadi tinggi sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah.

ittifaq bukahri dan muslim.


Terasa gerun bila mendengar hadis ini,adakah selama ini aku ikhlas melakukan kerja-kerja islam?ataukah kerana ma siwallah?Aku bermohon amat padamu Ya Allah,terimalah amalanku,aku serahkan segalanya padamu,aku telah berusaha sekadar yang termampu dengan kudrat yang dhaif diriku ini.Terasa gentar aku pada Qahharmu Ya Allah..

Teringat aku pada bait lirik lagu kumpulan Rabbani,

La ilaaha illallah..
jauhkan aku dari seksaan..
api neraka yang panas membakar manusia ingkar di dunia..

Muhammadur rasulullah..
terimalahku jadi ummatmu..
ku pohon syafaat darimu..

Ya Allah..ij'alni minal mukhlisin..


Hadis yang ana bawa di atas menerangkan Allah s.w.t menghendaki supaya para mujahid mengikhlaskan niat mereka semata-mata,tidak dicampuri dengan tujuan-tujuan yang lain.Allah s.w.t hanya menerima pengorbanan yang dibuat semata-mata mengharapkan keredhaannya dan dia tidak akan menerima amalan yang dilakukan kerana ma siwallah walau sedikit.

Kerana niat,seorang mujahid yang mati di medan perang dicampak ke dalam neraka.
Kerana niat,seorang 'alim dihumban ke neraka.
Kerana niat,seorang Qari yang betul bacaannya,yang merdu tilawahnya dilemparkan ke neraka.
Dan kerana niat juga,seorang dermawan tempat kembalinya di neraka.

Sebagaimana yang disebut dalam hadis sahih riwayat muslim:

Daripada Abu Hurairah R.A berkata:
Aku mendengar Rasulullah bersabda:Sesungguhnya orang pertama sekali diptuskan hukumannya pada hari qiamat nanti ialah seorang lelaki yang mati syahid.ia akan dihadapkan dihadapan Allah lalu Allah mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dahulu,maka ia pun kembali mengingatinya,lalu Allah bertanya kepadanya "apa yang telah lakukan dengan nikmat yang aku kurniakan kepadamu itu?",lalu ia menjawab "nikmat itu telah aku gunakan untuk berperang bagi membela agamamu sehingga aku gugur sebagai syahid".Allah taala menjawab,"engkau bohong!sebenarnya engkau berjuang dengan tujuan engkau disebut-sebut sebagai seorang yang berani dan telah dikatakan begitu oleh orang kepadamu".Lalu orang itu diheret ke atas mukanya sehingga ia dicampak ke dalam api neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang lelaki yang belajar ilmu agama dan ia mengajarkannya kepada orang lain serta banyak membaca al-quran.Lalu Allah mengingatkan akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dan lalu ia mengingatinya.Allah taala bertanya kepadanya,"apakah yang telah engkau lakukan dengan nikmat itu?,lalu ia menjawab "aku telah belajar ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain dan aku juga membaca A-Quran untuk mencari keredhaanmu.Allah menjawab,"Engkau bohong!engkau belajar agama supaya engkau disebut sebagai 'alim dan engkau membaca Al-Quran supaya engkau dikatakan sebagai seorang qari yang pandai membaca Al-Quran.Dan orang telah berkata begitu padamu.Lalu ia diheret ke atas mukanya sehingga dihumban ke dalam api neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang dermawan yang telah diluaskan oleh Allah akn rezekinya dan dikurniakan kepadanya bermacam-macam harta benda.Lalu Allah mengingatkan terhadap nikmat yang telah dianugerahkan kepadanya.Kemudian Allah bertanyakan kepadanya."apa yang telah kamu buat dengan nikmat itu?.Lalu ia menjawab,"Tiada satu jalan yang engkau mahukan supaya diberikan derma kepadanya melainkan aku telah dermakan hartaku padanya.Allah menjawab,"Engkau bohong!Engkau berbuat begitu supaya engkau dikatakan dermawan dan orang telah berkata begitu kepadamu.Lalu ia diheret ke ats mukanya sehingga dicampakkan ke dalam neraka.




Gerun rasanya hati ini..Ya Allah terimalah amalanku.
Aku bukan seorang mujahid yang hebat,bukan juga seorang 'alim dan qari dan bukan juga seorang dermawan di jalan Allah.

4 golongan yang hebat ini dimasukkan ke dalam neraka kerana niat.
Apalah nasibku nanti di hadapan Allah dengan hanya membawa terlalu sedikit
bekalan kerana aku bukan dalam kalangan 4 golongan tersebut yang hebat amalan mereka.


Namun jangan lah hadis ini dijadikan alasan untuk berhenti dari medan dakwah
dengan alasan 'takut tak ikhlas'.
Apa yang sebenarnya kita dapat ambil dari hadis ini adalah supaya kita senantiasa meletakkan qasad kita dalam perjuangan dan apa jua yang kita lakukan adalah kerana Allah.Ianya payah tapi kita perlu berusaha.
Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita dan memberi hidayahnya kepada ana dan kita semua..amin

wallahua'lam.



0 comments: