Latest Entries »

Followers

Wednesday, July 1, 2009

INILAH PEMIMPIN-PEMIMPIN SAYA


Para pimpinan Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu diketuai oleh Tuan Guru Hj Harun Taib sedang menjamu selera di atas lantai beralaskan karpet nipis di...........kepada Al-amin,Naseh,Kamal,Aiman,Amir,Ulwan,Zahani,Bukhari,Khairuddin,Syukri,Muiz,Hakim,Nabilli,
Syed,Raziqin,Afnan...cube teka kat mana tempat ni??huhu...Turut kelihatan Ust Satiful Bahri TPJ,Hj Yahaya Ali S/U,Ust Nik Zawawi Nik Soleh,Ust Ariffin Deraman,Ust Wan M.Mizan,Ust Kamaruddin Sidek dan beberapa pimpinan lain.

Begitulah antara sifat pimpinan gerakan islam.Ikhlas,zuhud,tawadhu' dan istiqamah dalam perjuangan.Jika tidak ikhlas manakan boleh mereka berkorban harta,masa dan jiwa raga untuk Islam yang tercinta.Jika tidak zuhud dan tawadhu',manakan boleh mereka mereka makan di atas lantai seperti ini.namun jangan pula disalah erti akan maksud zuhud.Apa yang boleh ana sebut di sini zuhud itu umpama meletakkan dunia ditangan bukan di hati.Bila-bila masa sahaja ia boleh dilepaskan jika Islam bekehendak begitu.Jika tidak istiqamah,mana mungkin mereka tetap thabat dan teguh dalam perjuangan walaupun pendapatan tidaklah seberapa.

Tapi yakinlah,rezeki kita sudah ditentukan oleh Allah,lebih-lebih lagi para pejuang Islam yang dikasihi oleh Allah.Tak perlulah ana ulas panjang tentang perkara ni kerana kita semua sudah 'arif dengannya.Lihat saja pimpinan parti Islam kita,mereka bukan calang-calang orang,tetapi mereka sanggup berkorban untuk Islam.Ada yang menolak tawaran kerja yang jumlah gajinya sangat besar semata-mata untuk perjuangan Islam.Ada yang sanggup dibuang kerja kerananya.Namun itulah sunnah orang berjuang.Mengapa begitu?,kerana mereka faham tentang islam dengan kefahaman yang 'amiq.Mereka tidak sanggup menjadi ulama' bisu
dan ulama' su' yang menyesatkan masyarakat.

Ingatlah sahabat-sahabatku sekalian,tugas kita mencorak masyarakat bukan dicorak.
Namun jauh di sudut hati perasaan 'syiddatul khauf' kerana takut hati ini dibalikkakan oleh
Oleh Allah suatu hari nanti,na'uzubillah.
Kita singkap semula kisah Imam Abu Hanifah yang dipenjara dan diseksa kerana mempertahankan bahawa kalam Allah itu bukan makhluk...Bersambung

0 comments: