Latest Entries »

Followers

Sunday, July 19, 2009

Biarlah seiring..

Alhamdulillah,hampir saja aku terlupa yang diri ini semakin hampir dengan panggilan malakul maut.Kelmarin genaplah umur aku 19 tahun setelah keluar daripada perut ibu pada 18/7/1990 jam 9.10 pagi di Hospital Besar KT.Hampir saja aku terlupa.Eh,bukan hampir,memang dah terlupa pun.Mujurlah masih ada orang yang ingat tarikh kelahiranku."SALAM YAUMUL MILAD",begitulah bunyinya sms pertama yang aku terima awal pagi kelmarin.

Alhamdulillah,masih ada orang yang ingat tarikh itu walaupun mengikut perkiraanku hanya 5 orang yang mengucapakannya termasuk ibu.Tapi itu semua tak penting,lansung aku tak kisah.Tetapi aku tetap menghargai orang masih ingat tarikh itu.Mungkin ada secebis rasa sayang mereka kepada aku menyebabkan mereka ingat tarikh itu.Namun apa yang penting ini adalah inzar buatku yang sudah semakin tua.Inzar supaya aku tidak menjadi orang yang rugi dan lebih teruk lagi menjadi orang yang celaka kerana amalanku sama atau lebih buruk daripada semalam.

Amalan perlu dipertingkatkan segera dan kerja-kerja islam serta ilmu agama mesti diperkasa dengan secepat yang mungkin sebelum ajal datang menjemput.Ku sambut nikmat umur daripada Allah ini dengan penuh rasa syukur tanpa parti dan apa-apa sambutan.

Semakin hari semakin jauh diriku dengan rab.Ya Allah,ampunkan dosa-dosaku yang melaut.
Kurniakanku hidayah,inayah dan ri'ayahmu.Ampunkan segala dosa-dosaku.Biarlah seiring umurku yang bertambah dengan meningkatnya amalan dan kerja-kerja Islam.Setakat ini sahaja yang termampu untuk dicoret.Syukran kepada mereka yang mengingati diri ini,Sekian,Assalamualaikum w.b.t

0 comments: