Latest Entries »

Followers

Saturday, July 4, 2009

SALAM SAYANG BUAT MAK DAN ABAH..


Baru hari ini dapat ana post sedikit coretan buat mak dan abah ana yang amat ana kasih dan lagi sayang.Tak mengapalah,biarlah setiap hari menjadi hari ibu dan hari bapa buat kita semua.Abah lahir pada 26/1/1964 di Kg Bukit Lintang,Melaka dalam keluarga yang dhaif hasil perkongsian hidup arwah atuk Jaafar dan Nek Salmah.Tanggal 27/2/1969 pula lahirlah mak,ibuku yang penyayang dan pemurah di Kg Bkt Besi,Terengganu.

Dulu abah belajar di Sek Men Keb Datuk Munsyi,lepas tu atuk hantar abah ke Maktab Tentera tapi abah lari pergi belajar di pondok Pasir Tumboh dan di Pattani sehinggalah 13 tahun di sana.
Begitulah juga dengan ibuku,selepas diploma di KUSZA terus dia memilih untuk menyambung 'ijazah srjana muda'nya di pondok Pasir Tumboh.Itulah ketetapan Allah untuk mereka.Ringkasnya mereka bertemu jodoh di negeri Terengganu.

18/7/1990,maka lahirlah putera sulung yang diberi nama Ahmad Muzani Bin Abd Rahman.
Dan begitulah seterusnya seorang demi seorang lahir ke dunia menyinari kehidupan mak dan abah.Selepas itu lahirlah Ahmad Zuhhad 'Ataillah,Solehatun Najihah,Solehatul Mardhiyyah dan Mohd Faiz.
haa..inilah babynya.comei tak?huhu.

Berbeza,lain,diam,senyap dan lansung tidak menangis (keadaanku ketika dilahirkan ke bumi).Begitulah detik hati ibuku ketika itu."bisukah anakku?"bimbang.Seketika kemudian barulah kedengaran suara aku menangis.Begitulah ceritanya mengikut apa yang disampaikan oleh ibuku.

Yang ni pulak gambar angah semasa kecil.

Hari demi hari aku terus membesar.Bila aku degil aku dimarahi dan dinasihati.Bila aku tidak solat aku dirotan.Mengapa begitu?.

Baru kini kusedar akan kebaikan dan hikmah disebalik didikan abah padaku dan adik-adik.Abah tegas dalam bab agama.Jika dalam bab makan memang abah sangat tegas.Dia tidak mahu benih yang haram masuk ke perut kami sekeluarga.Pernah sekali dia menempah goreng pisang disebuah kedai,tiba-tiba dengan takdir Allah abah terpandang pada botol yang berisi minyak masak yang digunakan untuk menggoreng pisang-pisang yang ada di situ.Tertera di situ 'minyak cap buruh'.Terus Abah meng'cancel'kan tempahan tersebut.

Abah mengambil sepenuhnya tugas mentarbiah aku dan adik-adik.Aku tidak seperti kebanyakan orang lain yang dapat bersama ayah mereka disaat kelapangan waktu yang luas.Mereka hanya terpisah ketika ayah mereka bekerja disiang hari.Namun aku hanya sempat menatap wajah abah hanya sekejap-sekejap sahaja setiap hari.Kerana kerja abahku dari pagi hinggalah ketengah malam.Terkenang aku saat abah memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka,ketika itu abah terlalu sibuk.Kadang-kadang Seolah tiada masa untuk kami.Terkadang jiwaku yang belum matang ketika itu berfikir yang bukan-bukan."Beruntungnya orang lain yang ayahnya tidak sibuk",begitulah rintih seorang ank yang masih belum faham.Kecil lagi masa tu. Namun aku beruntung punya ibu yang dapat menggantikan tempat abah sebagai nakhoda keluarga.Mak selalu perbetulkan tanggapan itu."Abah ada tugasnya,abah bukan hanya untuk kita,tapi untuk masyarakat juga.Mak doakan anak-anak mak juga jadi macam abah dan doa mak juga anak mak syahid di jalan Allah".Namun kerana jiwaku yang masih budak-budak ketika itu tidak dapat memahami sepenuhnya kata-kata ibuku itu. Kini aku mengerti semua itu.Kerana aku telah hadapi semua itu kini.Terima kasih abah.Terma kasih Mak.

Mak amanah menjaga anak-anaknya,amanah menjaga harta abah,patuh perintah abah,tidak pernah bercakap degan lelaki asing,sabar melayan kerenah anak-anak yang nakal seperti aku.Satu didikan mak melalui tauladan yang sangat terkesan dihatiku adalah mudah bersimpati kepada orang yang susah dan sangat pemurah(tidak kedekut).

Bukti abahku tegas untuk mentarbiah adalah kini beliau tidak lagi setegas dulu.Maksudnya tak segarang dulu.Mungkin sudah ada sedikit keyakinan bahawa anak-anaknya yang besar ni (aku dan angah) sudah boleh bawa diri serba sedikit (sangkaanku).Namun disebalik ketegasan abah dulu,abah tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.Abah mendidik kami sekeluarga dengan baik.Jika silap dalam hal agama,abah sangat tegas.Tapi bila bergurau,kami satu kepala.huhu.Minat kami pun sama.Kami amat meminati bola sepak.Terutama abah,aku dan angah.Memang satu kepala.namun semua tu tak melalaikan.Sekadar minat.Yang penting selarikanlah ia dengan syariat.Islam itu agama yang syumul.

Ana tak berniatlah nak berceloteh panjang,cukuplah sekadar itu.Apa yang penting di sini ana nak ucapkan terima kasih buat ayahanda dan bonda tercinta dan salam sayang buat mereka berdua.
Moga diri ini dapat membuat mereka gembira.Balas jasa mereka?,tak terbalas rasanya.Pengorbanan abah dan mak terlalu besar buat abang dan adik-adik.Kami hanya mampu buat yang terbaik dalam hidup kami sekadar yang termampu.Semoga abah dan mak bangga pnya anak seprti kami.Tidak sanggup rasanya buat abah dan mak berdukacita kerana diri ini.Ya Allah jadikanlah aku hamba yang taat kepada perintah kedua ibu bapaku sampai ke akhirnya.Untuk itu kurniakanlah daku seorang isteri yang mampu membuatkan aku menjadi anak yang taat,mengenang budi dan sentiasa mendoakan ibu bapa amiiin.Kerana terlalu ramai kini anak-anak yang derhaka kerana seorang isteri.

sekain,



Abah ketika di maqam Imam Nawawi Rahimahullah.
Abah memegang salji di Jordan.


Mak bersama zaujah Dr Abd Latif Soleh al-farfur.

Abah nertemu dengan syeikh ini ketika di Syria(kalu tak silap la).
Ada iras Syeikh Ahmad Yassin tak?.
Beliau khatam Al-Quran 2 kali sehari,masyaAllah,
Bliau tidak akan bersalam dengan orang yang tiada wudhu'.
MasyaAllah,benarlah "ittaqu firasatal mu'minin".


Abah mengaminkan doanya.


Assalamialaikum w.b.t

0 comments: