Latest Entries »

Followers

Sunday, July 12, 2009

Sedih,gembira,sayu,pengorbanan,kagum,syukur

Assalamualaikum w.b.t...

Lama sudah rasanya ana tak post entri yang terbaru dalam ruangan ini.Nak dikatakan tak ada masa,banyak jugak masa lapang.Mungkin faktor kesihatan membuatkan mood menulis hilang.Buat sahabat-sahabat doakanlah ana sihat kembali.Semakin hari makin kuat demam ni.Mungkin di sana penghapus dosa daripada Yang Maha Pengampun buat hamba yang terlalu banyak dosa ini.

Hari ini genaplah seminggu ana di Terengganu negeri kelahiran yang amat dicintai.Namun kini negeri yang kusayangi ini jauh berbeza dari zaman pemerintahan Tok Guru dulu.Sedih melihat keadaannya.Jika dulu ana lebih suka tinggal di Terengganu berbanding Melaka kerana suasana 'islamnya',tapi kini seakan-akan sama.Malah lebih teruk.Tetapi tidaklah dinafikan masih ada lagi golongan-golongan yang masih teguh dengan suasana agama hasil tarbiyah Tok Guru dan tarbiyah masjid.

Muda-mudi Terenganu dihanyutkan dengan maksiat oleh pemimpin yang jahil murakkab.Kini anak-anak muda Terengganulah yang paling 'advance' dalam bab rempit.Hari minggu pasti jalan-jalan sekitar Kuala Terengganu sesak dipenuhi sekumpulan besar geng topi merah(pengenalan bagi mat rempit di Kuala Terengganu).Mereka tidak menghiraukan orang lain.Sudah menjadi trend mereka melanggar lampu merah secara 'berjamaah'.Pernah satu ketika sebuah motosikal yang dibonceng seorang ibu dan anak kecil hampir dilanggar oleh mereka.

Anak-anak gadis pula dengan mudahnya diperdaya musuh oleh musuh Islam.Kiri,kanan,depan dan belakang pasti menjadi cabaran buat pemuda islam yang berusaha menundukkan mata daripada panahan masmum syaitan yang dilaknat.Pandang ke depan terpampang gadis berbaju ketat,paling ke kanan terserlahlah bentuk tubuh gadis-gadis yang memakai baju adik kecil mereka,mengelak ke kiri terzahirlah sebentuk tubuh yang mengiurkan sedang memeluk kemas membonceng sebuah motosikal yang bisa menggoncang iman seoarang tok imam apatah lagi yang bukan tok imam,berpaling ke belakang begitulah juga keadaannya.Begitulah gambaran keadaan anak-anak gadis di Malaysia hari ini.Dalam seratus susah sekali mencari seorang yang menutup aurat.Sungguh ini bala yang bisa mengundang kerosakan di bumi Allah ini.Bila berada dalam keadaan ini,barulah terasa beratnya ujian dan susahnya jalan menuju ke syurga bagi seorang lelaki.Namun di sana tetap ada segelintir anak-anak gadis yang berpegang teguh dengan agama.Golongan yang sedikit inilah yang tiada tara nilaiannya dambaan pemuda beriman.
Namun apakah tugas kita?bediam diri sahaja?,sudah tentu tidak.Sudah menjadi tugas kitalah mengislah masyarakat yang semakin hari semakin hanyut dengan ghaflah dan maksiat.Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menjadi penyambung lisan para nabi.Tidak sanggup rasanya suatu hari nanti aku menjadi pengampu kepada kerajaan yang jahil lagi zhalim ini.Na'uzubillahi min zaalik.Thabatkan aku dalam perjuangan ini.

Sudah seminggu rasanya ana demam.Hari ini masih lagi terasa bahang panasnya.Namun ana kuatkan juga diri ini untuk menulis sedikit perkongsian sepanjang di sini.Minggu ini keluarnya keputusan pinjaman Yayasan Terengganu untuk ke Mesir.Itupun selepas Khairuddin menghubungi Yayasan Terengganu dan mengetahui yang beliau terpilih dan berjaya.Selepas daripada itu semua sahabat-sahabat ana menghubungi Yayasan Terengganu untuk mengetahui keputusannya.Alhamdulillah semua dapat kecuali ana.Gembira ana melihat sahabat-sahabat gembira.Tapi bila sendirian ni sayu jugak rasanya.

Ringkas ceritanya,ana bersama tiga lagi sahabat akan pergi sendiri ke sana tanpa pinjamaan daripada Yayasan terengganu.Amin dan Jihad memang tak mintak.Sementara ana dan Hakim masih ada peluang untuk buat rayuan.Pada awalnya memang terasa nak buat jugak rayuan.Tapi bila difikirkan kembali,untuk ape aku berhutang jika mampu pergi sendiri.Ditambah lagi dengan kata-kata semangat dari naqibku demi matlamat jamaah pada masa akan datang,ana nekad untuk tidak buat rayuan.InsyaAllah ada rezeki dari yang maha memberi rezeki.

Setelah selesai satu usrah pada minggu lepas,satu kata sepakat dapat dicapai.Satu pengorbanan besar telah dilakukan oleh sahabat-sahabat yang sanggup berkorban demi maslahah jamaah di masa hadapan.Sahabatku Ahmad Kamal,Aiman,Zahani,Ulwan nekad ingin menolak tawaran pinjaman dari Yayasan Teregganu.Lebih mengagumkan dua orang mujahidah sejati turut menolak tawaran tersebut.Sungguh besar pengorbanan mereka.Maka bermulalah di sini kisah perjuangan bersama-sama sepuluh budak hitam.Eh silap2,sepuluh budak hitam tu yang berlagak pandai dekat parlimen tu.Yang ni bukan sepuluh budak hitam.Nak panggil ape ye?sepuluh budak pelik lah.Pelik la kan tolak pinjaman.Dah la sebelum ni dah tolak biasiswa amanah raya.Apa-apa pun hanya kami yang memahami situasi ini.Kisah ini hanya sekadar perkongsian perjalanan hidup hamba bernama Muzani.Alhamadulillah,rezeki Allah murah.
Tiket telah ditempah.Duit mencukupi.InsyaAllah kami akan terbang ke bumi kinanah pada 27/9/2009.Mungkin pada hari raya ke tujuh.Moga kami thabat dalam perjuangan hingga ke akhir hayat.Syukur yang teramat sangat dipanjatkan kepada Allah s.w.t tuhan sekalian alam.
sekian,wassalam.

0 comments: