Latest Entries »

Followers

Friday, January 29, 2010

Kata-kata hikmah dari seorang wali..

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu dihadiri seorang pendakwah dan mujahid dari Dungun Terengganu Ustaz Suhaimi Bin Daud.Tujuan beliau hadir ke sini adalah untuk ke Ekspo kitab antarabangsa yang diadakan saban tahun di sini.Namun adalah perkara biasa bagi orang yang 'alim,ke mana dia pergi di situ dia diperlukan.

Al-Faqir yang telah mengenali beliau sejak dari Malaysia dan beberapa kali bertemu di dalam program yang diadakan di Terengganu.Isteri beliau sentiasa bersama ketika berlansung program-program sebuah gerakan Islam di Malaysia.Sepasang suami isteri yang terus teguh dalam perjuangan Islam dan bait muslim yang dibina oleh mereka boleh dijadikan contoh.Sentiasa berjauhan menjadi perkara biasa buat mereka.Itulah perkara yang mesti dilalui oleh mereka yang mengaku berjuang Islam.

Satu perkara yang membuatkan al-faqir kagum dengan beliau adalah beliau merupakan mujahid yang 'alim lagi sufi.Ilmu yang ada diterjmahkan dalam perjuangan bukan hanya ilmu yang beku tanpa diperjuangkan.Istiqamah dengan perjuangan dan cintakan ilmu membuatkan al-faqir lebih kagum.Sesuailah perwatakan itu dengan jawatan yang dipegang iaitu AJK Dewan Ulama' Negeri Terengganu.

Justeru,pelajar-pelajar di sini mengambil kesempatan ini dengan meminta beliau membuka kitab Al-Hikam karangan Al-'Arif billah Al-Imam Ibnu 'Athoillah As-Sakandari Rahimahullah.Ulasan beliau mencakupi seluruh aspek kehidupan.Kalam-kalamnya menyentuh hati dan membuatkan diri menangis mengenangkan dosa serta dalam masa yang sama membangkitkan semangat jihad.

Salah satu kata hikmah di dalam Al-Hikam(jama' bagi hikmah)yang disebut oleh pengarang adalah sebagaimana yang tertera dalm kitab di atas dan maksudnya "Ilmu jika ia memberi rasa takut kamu kepada Allah maka ia bermanfaat bagi kamu,maka jika sebaliknya ia memberi keburukan/kecelakaan kepada kamu".
Justeru adakah ilmu yang kita pelajari selama ini menambahkan takut kita kepada Allah?.Oleh kerana itu kita melihat ramai orang yang belajar ilmu agama namun tak semua yang dapat mengamalkannya.Mungkin dek kesilapan niat dalam menuntut ilmu.Menuntut ilmu dengan niat untuk kepentingan dunia.Maka apabila ilmu yang digelarkan 'nur' itu dicampurkan dengan najis dunia maka jadilah ia 'ilmu yang mutanajjis'.Maka sudah pasti ilmu itu mejadi ilmu yang memberi binasa kepada tuannya.Jadi jangan pelik dengan lahirnya ramai ulama' su' di akhir zaman ini.Ilmu agama yang mereka belajar dijadikan alat untuk kesenangan dunia mereka.Apabila ditanyakan tentang sesuatu hukum yang terpalit ke atas kepala mereka maka mereka memutarbelitkan hukum agama.

Contohnya apabila ditanyakan apakah hukum isteri para pemimpin yang tidak menutup aurat?.Maka dijawab dengan penuh 'putar dan belit' bimbang kehilangan jawatan dalam kerajaan.Justeru itu,ayuh kita sama-sama cuba sedaya upaya dalam menjadikan ilmu kita adalah ilmu yang bermanfaat untuk diri dan umat keseluruhannya.

0 comments: