Latest Entries »

Followers

Friday, January 22, 2010

Nasihat yang mungkin pedas dan payah untuk diterima..

Gambar hanya sekadar hiasan.

Hati rasa tergerak untuk menasihati golongan yang mempunyai peranan besar dalam perjuangn islam iaitu golongan hawa.Kerana meyakini bahawa ad-dinun nasihah dan kita perlu sedari apabila ada orang yang menasihati kita tanda dia menyayangi kita.Lalu di sini ana datangkan serba sedikit nasihat buat kaum hawa secara umum yang dikasihi yang berada dalam satu ikatan akidah yang suci lagi luhur iaitu aqidah islam.

Setelah 'berjalan-jalan' dalam alam maya ini,didapati terlalu banyak golongan hawa yang sepatutnya tersembunyi dek kesucian dan kemuliaan serta harga diri mereka yang terlau tinggi di sisi islam yang menzahirkan diri mereka dengan cara yang salah melalui laman-laman sosial yang terdapat di dalam internet mutakhir ini.

Maka sayugialah bagi ana untuk memberi sedikit peringatan kerana ana yakin bagi wanita yang solehah terkadang mereka bukan sengaja untuk melakukan kesilapan ini tetapi mereka melakukan dalam keadaan yang tidak sengaja.Maka ana yakin bagi wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita solehah akan dapat menerima nasihat ini dengan hati yang terbuka dan ana sangat yakin seorang wanita yang solehah sangat dahagakan peringatan.

Maka sebelum ana meneruskan kalam,ana tidak berniat untuk mencari kesalahan sesiapa.Siapalah ana untuk memperlakukan seperti itu.Ana juga seorang hamba yang lemah.Namun kerana sayangkan insan-insan seagama ana teruskan menulis apa yang terbuku di hati.Yakinlah bahawa tulisan ini bukan keran marah tetapi tanda sayang.Ingatkah kita kata-kata Al-Imam Al-'allamah Al-Harith ibnu Asadil Muhasibi Al-Basri di dalam kitabnya Risalatul Mustarsyidin yang berbunyi "wa'lam anna man nasohaka faqad ahabbaka".Ketahuilah bahawa apabila seseorang menasihati kamu maka itulah tanda bahawa dia mengasihi kamu.Maka nasihat ana yang ana tujukan untuk semua muslimat harapan ummah ini adalah tanda kasih ana buat saudara seagama.Maka bagi wanita solehah yang berhati suci,tawadhu',jelas fikrah islamnya serta sentiasa dahagakan peringatan maka pasti akan menerima nasihat ini dengan hati yang terbuka.Maka jika sebaliknya wallahu a'lam.InsyaAllah boleh dibincangkan.Silakan komen.

Kalian adalah barang yang berharga seumpama emas malah lebih berharga dari itu.Justeru,emas sudah tetulah disimpan di dalam bekas yang tersembunyi begitulah juga kalian.Apabila tertutup dan tersimpan elok maka tinggilah harga diri kalian."Perempuan yang terbaik adalah yang paling tertutup".Jarang kelihatan kelibatnya di tempat terbuka.Hanya akan ada jika dia diperlukan dalam hal-hal yang penting sahaja.

Jadi di sini ana ingin menyebut tentang beberapa perkara yang perlu sama-sama diperbaiki.Antara kesilapan yang dilakukan:

1)Facebook,friendster dan laman-laman sosial yang lain.

1-Menayangkan gambar.

-Menayangkan gambar yang tidak sepatutnya ditayangkan untuk tontonan umum bagi seorang wanita yang solehah.Biarlah wajah kalian hanya untuk tatapan khusus untuk suami tercinta.Jika ada yang mengatakan ana syadid maka terpulanglah.Nasihat ini untuk mereka yang ingin menjadi wanita solehah.Ana seorang lelaki,maka ana tahu apa yang patut dilakukan oleh seorang wanita untuk menjadi seorang wanita solehah dambaan semua lelaki.

2-Melakukan aksi manja di dalam gambar.

-Ini adalah fitnah yang besar untuk kaum adam.Lelaki mana yang tidak tergoda melihat aksi manja perempuan.Bal'am ibnu ba'ura seorang wali Allah tersungkur kerana perempuan apatah lagi lelaki-lelaki yang ada penyakit di hatinya.Jika ada lelaki yang mengatakan dia jatuh cinta kepada kalian kerana melihat 'aksi' kalian itu,maka sedarlah mereka hanya mempermainkan kamu dan jika ia benar jatuh cinta maka sedarlah cintanya hanya kerana nafsu.Maka apabila habis madu sepah dibuang.Maka jagalah diri kalian wahai anak cucu ketrunan hawa yang dikasihi kerana Islam.

3-Melakukan maksiat secara terang-terangan.

-Ada yang saling meluahkan perasaan kepada sang kekasih di dalam facebook.Bahkan ada yang meletakkan gambar mesra berdua.Takutlah kepada Allah untuk melakukan maksiat kepadanya lebih-lebih lagi maksiat yang secara terang-terangan.Jika maksiat yang kita lakukan hanya antara kita dengan Allah,kita hanya perlu bertaubat dan sembunyikan perkara itu dan jangan ceritakannya kepada orang lain.Namun jika maksiat itu dilakukan secara terang-terangan sudah pasti lebih besar dosanya kerana mungkin akan mempengaruhi orang lain.Cuba bayangkan jika ramai yang melakukan maksiat kerana terpengaruh dengan kita.Sudah pasti dosa kita sentiasa berjalan.Na'uzubillahi min zalik.

4-Dan lain-lain yang boleh difikir sendiri.


2)Blog.

-Ramai kaum hawa hari ini yang memiliki blog masing-masing.Nasihat ini ana tujukan bagi mereka yang memahami Islam dan apa yang dituntut oleh Islam.Jika ana menyatakan bahawa 'akhawat tak boleh ade blog'.Maka ana bersetuju jika ana dikatakan syadid dalam hal ini kerana ana berkata-kata tanpa dalil.Cuma apa yang ana ingin sebut,jika tak perlu maka tak perlulah ada blog.Jika ingin berblog kerana ingin berdakwah dan lain-lain perkara yang bermanfaat maka silakan.Tetapi ada perkara yang ana ingin nasihatkan supaya maruah dan harga diri kalian tidak jatuh di mata lelaki yang soleh.Ini adalah yang terbaik.Jika tidak bersetuju maka tidak mengapa.Antaranya:

1-Jangan letak gambar anda.
2-Jaga bahasa anda.Jangan terlalu kasar yang melambangkan anda insan yang kasar.Gunakan bahasa yang biasa yang tidak menimbulkan fitnah.
3-Jangan cerita kesilapan yang lalu.Dosa kita yang lalu biarlah hanya Allah yang tahu.Tugas kita 'taubat nasuha'.Kerana disebut di dalam hadis nabi bahawa Allah susah nak ampunkan dosa hambanya yang mana dosa itu hanya diketahui olehnya dan Allah,tetapi dia menceritakannya kepada orang lain kecuali atas sebab tertentu.

Mungkin setakat ini dahulu.Silakan komen yang membina.

P/S:Pesanan untuk mereka yang belum berkahwin.Bagi yang sudah berkahwin,suami merekalah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.

7 comments:

Shahibul Afzan binti Wahab said...

salam adik muzani...

terima kasih atas peringatan yang sgt bermanfaat...

cuma akak mahukan penjelasan pada ayat2 yang terakhir muzani iaitu:

"Pesanan untuk mereka yang belum berkahwin.Bagi yang sudah berkahwin,suami merekalah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mereka."

Kadang2 akak perhatikan, sesetengah muslimah asalnya tidak memperlihatkan gmbar2 mereka...tetapi selepas berkahwin,jadi sebaliknya...

Jadi kak nak tny pandangan muzani, apabila seorang wanita ni dah berkahwin, adakah dia dikira terlepas daripada fitnah2?

amar90 said...

>>Dr Afzan>>sebenarnya tiada beza antara kedua-duanya,cume maksud ana di situ bagi yang sudah punya suami,mereka sudah punya insan yang boleh menasihati apa yang terbaik untuk mereka..Apabila namanya 'hawa' maka tidak akan terlepas daripada fitnah itu..sepatutnya pesanan ini lebih khusus ditujukan untuk mereka yang sudah berkahwin..cuma ana datangkan ayat itu dalam bentuk majazi bukan haqiqi..maka jadikanlah diri kalian hanya untuk suami.Wanita mudah untuk masuk syurga berbanding lelaki,tetapi tidak ramai yang mampu melaksanakan apa yang disebut sebagai perkara yang 'mudah' itu..syukran kepada yg sudi memeberi respon..harap jelas

Shahibul Afzan binti Wahab said...

terima kasih muzani atas penjelasannya...

Rumaisa Alkhairuni said...

salam..

alhamdulillah wa syukran ala nasihat..

tp,

maaf ana nak tanya..
maksud nta, xpayah crita tentang masa lalu, macam mana tu?
kalau kita jadikan sebagai muhasabah balik pada diri kita tentang masa lalu dan sebagai peringatan untuk orang, xsalah kan?

dan ana ade jgk tanya pendapat seorang akak ni, die kate kalau kita selalu tulis benda baik je, org akan respect kita cam baik, sedangkan diri kita xsepenuhnya atau xbuat langsung ape yang kita tulis.. org akan puji kita baik dan sebagainya..

tu hanyalah pendapt akak tu aje.. ana nak tahu pendapat nta, boleh?

amar90 said...

jawapan kepada yang bertanya>>maksud penulis adalah,apabila kita melakukan dosa dan dosa itu hanya kita dan Allah yang tahu.Maka simpanlah ia hanya sebagai kenangan pahit kita dan bertaubat kepada Allah.Kerana apabila kita menceritakannya kepada orang lain maka dosa itu payah untuk diampunkan oleh Allah kerana terselit di dalamya rasa bangga dengan dosa.Adapun untuk tujuan muhasabah dan pengajaran ianya tidak salah.Itupun melihat keadaan.Contohnya jika dulu kita xpaham tentang islam,jahil dan sebagainya.Dan kini kita telah mengenali Islam dengan mempelajari ilmu agama,maka tidak salah untuk kta menceritakannya kepada mad'u kita supaya die dapat mengambil pengajaran daripadanya.Tetapi apabila kita menceritakan sesuatu dosa yang mengaibkan kita apabila orang mendengarnya seperti kita pernah mencuri,berzina dan sebagainya.Adakah kita perlu menceritakannya dalam keadaan orang lain tidak tahu?.Maka bersyukurlah apabila orang lain tak tahu dan bersyukurlah apabila Allah tutup keaiban kita.Tugas kita adalah bertaubat dan tidak mengulanginya.Dan dalam masalah orang menganggap kita baik,padahal kita tak baik.Justeru dlam hal ini,kita harus menjaga kepercayaan org itu dalm masa yg sama kita mmbaiki klmhn kita wlaupun kdg2 ap yg org aggap itu tak betul.Contohnya apabila orang memuji kita padahal perkara tu xde pd kita.Maka ulama' mengajar doa "ALLAHUMMAJ'ALNI MIMMA YAZHUNNUN".Ya Allah jadikanlah aku sebagaimana yg mereka sangkakan.Tetapi perlu kita ingat jangan pulak kita berbangga dengan pujian itu.Kerana Al-'Arif Billah Ibnu 'Athoillah As-Sakandari pernah mrnyebut dalam matan ke-144 hikam,'orang yang paling jahil adalah orang yang rasa sedap dengan pujian orang sedangkan pujian itu tiada pd dirinya".Jadi di sini,dua keadaan yg perlu kita faham,yang pertama,jg kpercayaan org pd kita tnpa kita menzahirkan klmhn kita dan yg ke dua jgn rasa sedap dengan pujian.Sentiasa kita beristighfar apabila kita dipuji dan membaca doa spt yg ana dh sebut td..hrp dpt difahami dgn jelas..jwpn utk semua pmbaca.

Rumaisa Alkhairuni said...

alhamdulillah..

syukran jiddan..
insyaAllah,ana faham ape yang dimaksudkan..

Miss jane said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,正妹牆,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站