Latest Entries »

Followers

Thursday, April 22, 2010

Aslim taslam!!


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
CUKUP SEKADAR PENDIDIKAN AGAMA BAGI MENGGANTIKAN PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH




Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa pendidikan seks di sekolah tidak perlu dilaksanakan. DPPWP juga bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir supaya memadai dengan pendidikan Islam diajar dengan bersungguh-sungguh bagi membendung budaya negatif di kalangan remaja.

DPPWP berpandangan bahawa subjek khas pendidikan seks tidak mampu menyelesaikan masalah gejala sosial yang berlaku khususnya masalah zina, maksiat, rogol dan pembuangan bayi. Pendidikan seks hanya mengenalkan remaja tentang persoalan seks dan masalahnya sahaja tetapi tidak dapat memahamkan persoalan hukum berkaitan dengan seks.

Umum mengetahui remaja pada hari ini sangat jahil terhadap agama. Kebanyakan kes yang berlaku seperti zina dan pergaulan bebas adalah berpunca dari kejahilan mereka terhadap agama seperti hukum halal dan haram. Remaja menganggap persoalan aurat dan pergaulan bebas adalah perkara remeh dan tidak penting. Akibatnya mereka gagal mengawal diri mereka lalu menjerumuskan diri mereka ke lembah maksiat.
Malangnya, sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang tidak menitikberatkan pendidikan Islam menjadi sebab remaja terus berada dalam kejahilan. Yang dikesalkan, silibus pengajian Islam di sekolah-sekolah masih tidak mampu untuk memahirkan pelajar perkara yang berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa, haji serta amalan lain seperti membaca al Qur’an, menutup aurat dan lain-lain lagi
DPPWP meyakini hanya penerapan ajaran dan pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah mampu membendung gejala maksiat dan zina. Justeru, DPPWP menggesa kerajaan agar menimbang semula cadangan pendidikan seks di sekolah, sebaliknya DPPWP menggesa kerajaan agar menerapkan pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah.

Disediakan oleh
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


p/s:

1)Pendidikan agama perlulah lebih praktikal.


2)Utamakan pendidikan yang lebih diperlukan muda-mudi zaman sekarang. Janganlah apabila kita nak cegah maksiat yang meruncing sekarang tetapi tajuk yang diajar tidak bertepatan seperti adab-adab makan dll.


3)Perlukan dinyatakan maksiat itu maksiat bukan masalah moral. Jangan selindungkan maksiat disebalik 'kalimah-kalimah' yang boleh mengelirukan.


4)Perlu ditekankan akibat daripada maksiat adalah azab daripada Allah bukan hanya kesan-kesan penyakit pada fizikal. Kerana apabila ingat akhirat manusia akan jadi takut. Oleh kerana pemimpin tidak pernah mengingatkan rakyat tentang akhirat tetapi hanya tentang 'makan', 'gaji' dan 'isi perut', maka terjadilah bala seperti sekarang.


5)Pendidikan yang diberikan haruslah diajar cara untuk mengamalkannya bukan hanya untuk periksa semata-mata. Guru-guru perlu menunujukkan contoh dalam mengamalkan ilmu agama. Pernah seorang pelajar bertanya kepada saya, macamana saya nak amal ustaz kalau ustzah yang mengajar tentang wajib menutup aurat sedangkan dia sendiri tidak pakai stoking (merujuk kepada perbuatan tidak menutup aurat).


Renung-renungkan dan fikir-fikirkan sekadar yang termampu untuk dikongsi. Terutama buat bakal-bakal guru, kerana tulisan ana ini tidak mungkin mampu mengubah cara sesebuah kerajaan akan tetapi sebagai peringatan buat bakal-bakal guru mungkin.

Cuba kita fikir, ada pelajar yang jadi betul-betul Islam dan ada yang tidak sedangkan apa yang mereka belajar adalah sama, mengapa?? tolonglah jawab wahai sidang pembaca sekalian.


0 comments: