Latest Entries »

Followers

Saturday, April 10, 2010

Selamat mengundi kepada semua ahli PMRAM..


PMRAM atau Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir adalah sebuah persatuan pelajar terbesar di Mesir yang menaungi seluruh mahasiswa/wi Malaysia dan juga dari Asia Tenggara.

PMRAM adalah persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan dikategorikan sebagai badan NGO yang diiktiraf oleh kerajaan Mesir.

Sepastinya bagi sebuah persekutuan sebesar ini, meruntun kepada kesinambungan pemimpin yang berkualiti. Maka, proses pemilihan juga bukanlah sembarangan.

Setakat pengetahuan pemilih,ini adalah pilihanraya kali pertama semenjak jawatan YDP ditukar kepada Presiden.

Justeru sama-samalah kita ahli-ahli PMRAM untuk turun mengundi walaupun penulis sendiri belum boleh mengundi.InsyaAllah doa mengiringi calon pilihan penulis.

* Semakan daftar pemilih pilihanraya umum [PRU] PMRAM boleh dibuat pada 28 Mac - 1 April 2010.Jalankan tanggungjawab anda semua!!

0 comments: