Latest Entries »

Followers

Friday, April 2, 2010

Serba putih

Salam hari jumaat daripada al-faqir..

Hari jumaat merupakan hari perayaan buat umat Islam. Kata Al-Habib Umar Bin Habib Zain(ketika pengajian bersama beliau) ianya merupakan hari raya mingguan buat umat Islam. Kata Al-Imam Hujjatul Islam Abi Hamid Al-Ghazali Rahimahullah ta'ala di dalam Al-Kifayah syarah bagi Bidayatul Hidayah karangan Al-Imam Al-'Allamah Abdil Qadir Ahmad Al-Fakihi, Hari jumaat merupakan hari yang mulia yang dikhususkan oleh Allah s.w.t kepada ummat ini yang mana di dalamnya terdapat satu masa yang tidak diketahui yang diterima doa seorang hamba kepada Allah s.w.t. Justeru,perbanyakkanlah doa pada hari ini khususnya.

Antara perkara sunat yang disebut oleh Al-Imam hujjatul Islam yang mudah untuk diamalkan oleh kita adalah berpakaian putih pada hari ini. Kata beliau, (ثم تزين باثياب البيض).Kerana ianya adalah pakaian yang tersangat disukai oleh Allah sebagaimana kata Al-Imam hujjatul Islam lagi, (فانها أحب الثياب الى الله تعالى).

Selamat beramal..

#p/s: Perkongsian hanya yang sekadar yang termampu diamal oleh al-faqir.

0 comments: