Latest Entries »

Followers

Tuesday, April 27, 2010

Kata-kata semangat dari abah.

Iman manusia bertambah dan berkurang. Maka aku tidak terlepas dari perkara tersebut. Beberapa minggu kebelakangan ini aku seolah-olah dihimpit rasa lemah. Tidak pasti kenapa. Mungkin kerana terlalu jauh aku lari dari Allah dengan meninggalkan amalan-amalan yang menjadi kelaziman. Namun aku yakin walau sejauh mana aku jauh daripada Allah, Allah tetap dekat dengan aku dengan rahmat dan maghfirahnya.

Tatkala aku membelek kitab Al-Fathul Mubin syarah kepada kitab hadis Al-arba'in An-Nawawiyyah yang disyarahkan oleh Al-Imam Al-'Allamah Al-Faqih Syihabuddin Ahmad Ibn Muhammad Ibn Ali Ibn Hajar Al-Haitami As-Syafie Rahimahullahu Ta'ala, Terasa dekat dengan kekasih setiaku Allah swt apabila membaca hadis riwayat Sayyiduna Anas R.A.

وعن أنس بن مالك - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: قال الله -تعالى-: يا ابن آدم إنك ما دعوتني ورجوتني، غفرت لك على ما كان منك ولا أبالي، يا ابن آدم لو بلغت ذنوبك عنان السماء، ثم استغفرتني غفرت لك، يا ابن آدم لو أتيتني بقراب الأرض خطايا، ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا، لأتيتك بقرابها مغفرة رواه الترمذي، وقال: حديث حسن، والله أعلم وصلى الله على محمد
Lalu semangatku membuak-buak dan rinduku kepadanya kembali bersinar kerana aku yakin cintaku pasti diterima. Walau sebanyak mana maksiat yang aku lakukan, takkan aku pernah berputus asa memohon keampunannya kerana dia maha pengampun. Maka perasaan raja' dan khaufku kepadanya mekar kembali.

اللهم ثبت قلبي على دينك وطاعتك

Sehari dua ini bermacam peristiwa telah berlaku. Segalanya adalah ketentuan Allah sebagai pengajaran buat kita. Ana tidaklah ingin mengulasnya secara panjang lebar. Seperti biasa, sidang pembaca sekalian bolehlah ke blog sahabat karib ana sejak dari Imtiaz Dungun, SMAASZA hinggalah ke Al-Azhar iaitu Ust Al-Amin bin Salleh . Namun peristiwa yang paling menarik perhatian ana adalah insiden seorang mahasiswi diraba oleh budak arab. Semoga ia menjadi pengajaran buat seluruh mahasisiwi di sini. Terkadang terasa ikhwah pulak yang lebih-lebih bimbangkan akhawat sedangkan akhawat seolah-olah tiada apa-apa. Setiap petang, saat ana berlatih silat dengan sahabat yanag juga guru ana Ust Bukhari Al-Dunjuni, pasti terlihat kelibat akhawat-akhawat yang berjalan berseorangan di waktu hampir senja. Wahai akhawat-akhawat yang dirahmati Allah, jagalah diri kalian sebaiknya, dengar dan ikutlah segala nasihat-nasihat yang telah diberikan.

Alhamdulillah kerana ana dapat merasakan kini bahawa diri ini mempunyai naluri sebagai pelindung. Alhamdulillah. Bila melihat keadaan sebegini, apakan daya al-faqir untuk melindungi mereka kerana ana bukannya muhrim mereka. Justeru terasa ingin mengambil salah seorang dalam kalangan mereka untuk dijadikan isteri, insyaAllah jika ada rezeki. Kerana jika hendak melindungi mereka semua adalah mustahil, hanya nasihat dari blog ini dan tazkirah-tazkirah di surau sebagai wasilah. Jadi dapat jaga seorang pun cukuplah. Abah pun dah tanya bila nak kahwin. Mak pula memang dah mengizinkan sejak dari dulu lagi. InsyaAllah, 'on the way'. Semoga adalah yang sudi menerima lamaran insan hina lagi dhaif ini. Amin.

Nampak seperti sudah lari tajuk. Ye, memang dah lari tajuk. Tidak mengapa, kita teruskan kepada tajuk yang tercatat di atas. Apabila seminggu dua ini terasa lemah. Tiba-tiba sampai kata-kata semangat dari abah daripada Malaysia.

"Abang belajar sungguh-sungguh ye, abah harap anak abah jadi ulama, kalau boleh sampai MA abah bagi(terpaksa dirahsiakan)..."

Jawab aku,"Takpe ke??, maknanya boleh la ye abang nak duduk lama di sini, sebab kalau nak sampai habis master mesti kene duduk 10 tahun ke atas di sini sebab master Al-Azhar adalah yang paling payah dalam dunia". huhu..

Abah dan mak tersuka dan ketawa dengan jawapanku. Aku tahu itu harapan mereka dan aku tahu juga mereka tidak akan dapat berpisah lama dengan aku. Sebab mak dan abah mesti dah rindu nak dengar anaknya ni jadi imam di surau abah di Melaka. Sebab ketika di Malaysia, bila ana balik ke Terengganu je, tak sampai beberapa hari dah mintak balik Melaka. Tidak mengapalah kalu orang lain tak suka, asalkan mak dan abah suka itu sudah memadai. Terlalu bahagia dapat membuatkan mak dan abah gembira dan bahagia. Semoga mak dan abah bangga punya aku walau aku tiada apa-apa. Walaubagaimanapun aku serahkan segalanya kepada Allah, ketentuannya adalah yang terbaik. Walau siapa pun aku di masa akan datang, semoga aku dapat berbakti kepada Islam.

Memang terasa bangkit semula semangat diri. Dan sudah pasti setiap kejayaan yang ana hadiahkan kepada mereka akan diiringi dengan hadiah. Sejak dari sekolah rendah lagi abah sentiasa iringi kejayaanku dengan hadiah-hadiah yang terlalu istimewa. Ketika UPSRI, selepas mendapat keputusan yang membanggakan mak dan abah, masuk je ke dalam kereta abah terus memberikan hadiah sebanyak RM50. Tidakkan aku lupakan hadiah itu. Selepas PMR pula abah hargai kejayaanku dengan hadiah sebuah ' MBE....'. Selepas SPM pula kejayaanku di mata mereka diserikan dengan hadiah sehelai ' compaq ' hihi dan sebuah ' MAR 1628'. Namun semoga ana ikhlas dalam menuntut ilmu agama Allah. Hadiah hanya sebagai pembakar semangat dan ikatan kasih sayang di antara kami walaupun ana tidak nafikan ianya terlalu mewah. Namun aku syukur di atas segalanya dan diharapkan ini adalah nikmat darinya bukan istidraj yang membinasakan.

Semoga doa mak dan abah yang sentiasa mengiringiku menjadi sebab kejayaanku di dunia dan akhirat. Amin..

Semoga segala contoh yang telah ditunjukkan kepada diri ini dapat diamalkan untuk generasi yang akan datang pula. Akhir kalam semoga aku thabat di jalan ini. Al- Faqir menunggu hadiah istimewa yang dijanjikan oleh mak iaitu seorang isteri solehah..taqabbal du'ai ya rob.

2 comments:

Afuza Abdullah b Idiris said...

aduh..seronoknya..moga dipermudahkan..ana mendoaknnya

amar90 said...

amin..biar cepat skit no