Latest Entries »

Followers

Sunday, June 28, 2009

Mujahid yang rugi..renungan buat mujahid dan mujahidah..

Dari Abu Musa Al-Asya'ari R.A bahawa seorang badwi datang kepada rasulullah lalu bertanya:Ya Rasulallah,ada seorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan perang,dan ada pula yang berperang untuk disebut-sebut namanya(kerana kehebatannya) dan yang bertujuan untuk memperlihatkan kehebatan peranannya,dan dalam riwayat yang lain ada yang bertujuan untuk menunjukkan keberaniannya,dan ada yang brtujuan untuk membalas dendam untuk keluarganya(kerana terbunuh dalam peperangan yang lalu dan dalam riwayat yang lain ada disebutkan ada seorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya,maka yang manakah yang dianggap berperang fi sabilillah?,Rasulullah menjawab:Siapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah menjadi tinggi sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah.

ittifaq bukahri dan muslim.


Terasa gerun bila mendengar hadis ini,adakah selama ini aku ikhlas melakukan kerja-kerja islam?ataukah kerana ma siwallah?Aku bermohon amat padamu Ya Allah,terimalah amalanku,aku serahkan segalanya padamu,aku telah berusaha sekadar yang termampu dengan kudrat yang dhaif diriku ini.Terasa gentar aku pada Qahharmu Ya Allah..

Teringat aku pada bait lirik lagu kumpulan Rabbani,

La ilaaha illallah..
jauhkan aku dari seksaan..
api neraka yang panas membakar manusia ingkar di dunia..

Muhammadur rasulullah..
terimalahku jadi ummatmu..
ku pohon syafaat darimu..

Ya Allah..ij'alni minal mukhlisin..


Hadis yang ana bawa di atas menerangkan Allah s.w.t menghendaki supaya para mujahid mengikhlaskan niat mereka semata-mata,tidak dicampuri dengan tujuan-tujuan yang lain.Allah s.w.t hanya menerima pengorbanan yang dibuat semata-mata mengharapkan keredhaannya dan dia tidak akan menerima amalan yang dilakukan kerana ma siwallah walau sedikit.

Kerana niat,seorang mujahid yang mati di medan perang dicampak ke dalam neraka.
Kerana niat,seorang 'alim dihumban ke neraka.
Kerana niat,seorang Qari yang betul bacaannya,yang merdu tilawahnya dilemparkan ke neraka.
Dan kerana niat juga,seorang dermawan tempat kembalinya di neraka.

Sebagaimana yang disebut dalam hadis sahih riwayat muslim:

Daripada Abu Hurairah R.A berkata:
Aku mendengar Rasulullah bersabda:Sesungguhnya orang pertama sekali diptuskan hukumannya pada hari qiamat nanti ialah seorang lelaki yang mati syahid.ia akan dihadapkan dihadapan Allah lalu Allah mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dahulu,maka ia pun kembali mengingatinya,lalu Allah bertanya kepadanya "apa yang telah lakukan dengan nikmat yang aku kurniakan kepadamu itu?",lalu ia menjawab "nikmat itu telah aku gunakan untuk berperang bagi membela agamamu sehingga aku gugur sebagai syahid".Allah taala menjawab,"engkau bohong!sebenarnya engkau berjuang dengan tujuan engkau disebut-sebut sebagai seorang yang berani dan telah dikatakan begitu oleh orang kepadamu".Lalu orang itu diheret ke atas mukanya sehingga ia dicampak ke dalam api neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang lelaki yang belajar ilmu agama dan ia mengajarkannya kepada orang lain serta banyak membaca al-quran.Lalu Allah mengingatkan akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dan lalu ia mengingatinya.Allah taala bertanya kepadanya,"apakah yang telah engkau lakukan dengan nikmat itu?,lalu ia menjawab "aku telah belajar ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain dan aku juga membaca A-Quran untuk mencari keredhaanmu.Allah menjawab,"Engkau bohong!engkau belajar agama supaya engkau disebut sebagai 'alim dan engkau membaca Al-Quran supaya engkau dikatakan sebagai seorang qari yang pandai membaca Al-Quran.Dan orang telah berkata begitu padamu.Lalu ia diheret ke atas mukanya sehingga dihumban ke dalam api neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang dermawan yang telah diluaskan oleh Allah akn rezekinya dan dikurniakan kepadanya bermacam-macam harta benda.Lalu Allah mengingatkan terhadap nikmat yang telah dianugerahkan kepadanya.Kemudian Allah bertanyakan kepadanya."apa yang telah kamu buat dengan nikmat itu?.Lalu ia menjawab,"Tiada satu jalan yang engkau mahukan supaya diberikan derma kepadanya melainkan aku telah dermakan hartaku padanya.Allah menjawab,"Engkau bohong!Engkau berbuat begitu supaya engkau dikatakan dermawan dan orang telah berkata begitu kepadamu.Lalu ia diheret ke ats mukanya sehingga dicampakkan ke dalam neraka.




Gerun rasanya hati ini..Ya Allah terimalah amalanku.
Aku bukan seorang mujahid yang hebat,bukan juga seorang 'alim dan qari dan bukan juga seorang dermawan di jalan Allah.

4 golongan yang hebat ini dimasukkan ke dalam neraka kerana niat.
Apalah nasibku nanti di hadapan Allah dengan hanya membawa terlalu sedikit
bekalan kerana aku bukan dalam kalangan 4 golongan tersebut yang hebat amalan mereka.


Namun jangan lah hadis ini dijadikan alasan untuk berhenti dari medan dakwah
dengan alasan 'takut tak ikhlas'.
Apa yang sebenarnya kita dapat ambil dari hadis ini adalah supaya kita senantiasa meletakkan qasad kita dalam perjuangan dan apa jua yang kita lakukan adalah kerana Allah.Ianya payah tapi kita perlu berusaha.
Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita dan memberi hidayahnya kepada ana dan kita semua..amin

wallahua'lam.



Friday, June 26, 2009

Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Amalan


Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.



Sumber Disediakan oleh:
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka
www.al-azim.com


Pernah diterbitkan:
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=571

Wednesday, June 24, 2009

Perjalanan yang indah di Terengganu..vol 3

Assalamualaikum..
ana sambung cerita ana yang seterusnya.
ringkas ceritanya,tibalah hari Khamis 18/6/09,hari bermulanya kem jati diri
(kem haflatul qudum yang tertangguh sekian lamanya).
Sasaran kem adalah para pelajar thanawi 1 dan tingkatan 4.
Berikut adalah senarai nama jawatankuasa yang terlibat :


Pengarah



Ust Ahmad Kamal Hafizullah Bin Sidek (Mantan YDP)

Ustazah Siti Norul Aini Hasmidar Bt Md Razali (Mantan YDP)






Setiausaha



Ust Bukhari bin yahaya

Ustazah Nadzatul Nadwa Bt Che Sabri





Bendahari


Ust Azuwan Bin Othman

Ustazah
Yasmin Bt Talib







Disiplin dan Ibadah(DNI)



Al-akh Ahmad Muzani Bin Abd Rahman

Al-Ukht Siti Zulaikha Bt Alias




Persiapan Tempat Dan Peralatan



Ust Ahmad Hamdi Bin suhaimi

Ustazah Siti Rohaida Bt Abuha






Koordinator Program(PC)




Ust Ahmad Ulwan Bin Hassim

Uatazah Nor Eina Bt M.Ali






Publisiti dan Penerbitan



Ust Azidi Bin Bakar

Ustazah Asma' Syahirah Bt As'ari





Makanan dan Kudapan



Ust Syafiq Hilmi Bin Zulkifli

Ustazah Nor Azila Bt Mamat






Modul dan Riadhah



Ust Ahmad Zahani Bin Abd Ghani

Ustazah Nabihah Bt Ismail






Fasilitator-Fasilitator(muslimin)



1)Azarul aiman(KF)

sebelah kiri



2)Syukri Salleh








3)Abd Muiz Azhar






4)Al-Amin Salleh



5)Afnan Rosli





6)Abdullah Amir Zabuddin






7)Norahmad Hakim




8)Wan Khairuddin


Jajarkan ke Tengah
9)Khairul Amri




10)Hasyimi Mahmud




11)Abd Rahman Mustaffa
12)Syawal
13)Qatadah



Fasilitator-fasilitator(muslimat)
-
Maaf tak ingat senarai nama
-Setinggi perhargaan buat antunna semua



Seterusnya serba sedikit tentang perjalanan sepanjang program secara ijmal..






















































Begitulah serba sedikit yang ana dapat kongsikan..
Ana pohon maafa banyak-banyak kerana tak dapat nak cerita secara tafsil
kerana kesuntukan masa.
Moga program yang dijalankan mendapat manfaat dan reda daripada Allah.
Ucapan kasih sayang ana buat
Rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang akan mendaftar ke IPTA,
Naseh di Asasi UIA Nilai,
Syukri,Baha dan Hafiz di UiA Bangi,
Nabilli di UUM,
Qatadah,Syafiq,Faqeh,Hamdi dan Khalil di USIM,
Azlan di UPSI..
Siiru 'ala barakatillah..
Doakan kami yang akan berangkat ke ardil kinanah..
Jangan lupa tarbiyyah semalam..Tak mungkin ana dapat melupakan kalian semua..
Hanya kita yang faham keadaan kita..
Berat rasanya perpisahan ini..
Kerana ini ketentuannya,ana reda..
Salam kasih dan sayang yang tiada tara buat "keluarga"ku..
Antum istimewa buat ana..
Kita teruskan perjuangan di sana.
Segala bekal yang dibekalkan untuk kita oleh naqib dan murabbi kita genggam erat..
Ana uhibbukum jami'an lillah..




Sekian,

Assalamualaikum wbt.



Tuesday, June 23, 2009

Perjalanan yang indah di Terengganu..vol 2

Seterusnya..

Agenda kami pada malam tesebut adalah untuk pergi ke program HPA.

Tapi agenda sebenarnya nak jumpa ust jamaluddin al-
hafiz (Ketua Lujnah Tarbiyyah

Pemuda PAS Terengganu) .

Oleh kerana Ust Ja ada program bersama HPA,jadi kami buat keputusan untuk

bertemu ustaz di sana.

Ust Ja dah berpangkat apa ye dalam HPA??

PJS rasanya.

Huh,tinggi pangkat tu.Ana baru je PLX,alhamdulillah.

Kami berlima pada malam tu.Ana,Kamal,Amin,Amir(driver) dan Aiman.






Alhamdulillah semua yang berlaku adalah susunan daripada Allah yang maha

bijaksana.Banyak juga pengisian malam tu mengenai halal dan haram dalam

makanan seharian dan banyak lagi input-input yang boleh diambil

daripada kuliah yang disampaikan oleh Tn Hj Ismail (Pengarah urusan) pada malam

tu.



Seusai sahaja kuliah tersebut,kami bertemu dengan ust Ja.

Selesai sudah agenda kami pada malam itu.

Namun apa yang ana nak kongsi,ana baru je lagi kenal dengan Ust Ja ni.

Masyaallah,sungguh 'izzah kalamnya.

Sentiasa saja terbit dari kalamnya ayat-ayat suci al-quran walaupun

pada malam itu beliau hanya mempengerusikan majlis.

Itulah dia seorang Al-Hafiz dan mujahid.





Selesai sahaja program,kami bertemu dengan sahabat kami,Amin HPA gelarannya..

Beliau mempelawa kami makan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

kami menerima pelawaan itu walaupun jam sudah menunjukkan malam semakin

tua.

Jadi kami pun makan lah,Amin HPA yang belanja malam tu.

Maklum la,bakal PJS la katakan,bujang pulak tu.







"nak makan apa??"

"bagi mee teow hong kong",membalas pertanyaan pelayan restoran Azila.

"jangan letak udang dengan sotong ye".pesanku yang alahan dengan haiwan laut

tersebut.
Mana la tau mungkin yang baca entri ni bakal isteri ana,jadi boleh la beliau

tu tau yang ana alah dengan haiwan-haiwan tersebut..huhu..ana amzah faqath.



Namun sedih sekali,apa yang dihidangkan tetap terselit udang dan sotong.

mungkin pelayan tadi tak dengar kot.Takpelah,Makan saja lah..Tawakkal 'alallah.




Selesai sudah menjamu selera.

kami pun berangkat pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan ana yang masih

kegatalan mulut akibat makanan tadi.


Selepas menghantar Akh Al-Amin ke rumah

abangnya di chendering,kamal dan Aiman menginap di rumah tok wan ana kerana

waktu sudah terlalu lewat untuk pulang ke rumah masing-masing.






Malam itu ana, Kamal dan Aiman menginap di losong.

Bismikallahumma ahya wa amut..

..........zzzzz

Untuk hari yang seterusnya..

Bersambung...