Latest Entries »

Followers

Tuesday, June 2, 2009

Nikmat hari ini..

Gambar hiasan

Setinggi-tinggi kesyukuran ana rufu'kan kehadrat Allah taala kerana dengan sifat
kasih

sayangnya ana selamat sampai ke Terengganu dari Melaka.Tapi bukan perkara itu yang nak ana

kongsikan,tetapi pertemuan yang berlaku selepas itu.Alangkah nikmatnya dapat bertemu

semula sahabat-sahabat yang telah 2 minggu tak berjumpa dalam satu usrah yang diikat dengan

ikatan ukhuwwah bertunjangkan aqidah.Belum pun sempat mula usrah ana sudah dapat

merasakan nikmat yang besar dari Allah kerana mempertemukan ana dengan sahabat-sahabat

yang dapat menambahkan ingat ana kepada Allah tatkala melihat wajah mereka dan lebih-lebih

lagi apabila bersama mereka.Terpancarlah daripada itu nur iman yang kembali ingin bersinar

yang mana sebelum ini mungkin berkurang dek musuh durjana yang bernama 'lalai'.Maka disini

pentingnya memilih sahabat yang dapat menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada

Allah tatkala bersama mereka.Ana akhiri dengan sabda nabi muhammad s.a.w:KHIARUKUM

MAN ZAKKARUKUM BILLAHI RU'YATUH.Mafhumnya,sebaik-baik dalam kalangan kamu

adalah orang yang dapat membuatkan kamu ingat kepada Allah apabila melihat wajah mereka.

0 comments: