Latest Entries »

Followers

Wednesday, June 3, 2009

Pesanan abang Fahim untuk kite semua..

sebelah kanan:abang Fahim

3/6/2009:selepas pulang dari solat asar petang tadi ana ade dapat pesanan dari Abg Fahim

melalui YM,die suruh sebarkan kepada sahabat-sahabat sekalian.Jadi ana post la dalam ruangan

ni.Semoga kita semua mendapat manfaat dari pesanan beliau yang sedang menuntut ilmu Allah

di bumi anbiya'.Berikut adalah kata-kata beliau yang ana copy dari YM dan past kat sini.“Lelaki

yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui

keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya,

serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi… lelaki yang baik akan menilai wanita

melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga

tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut

memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu

bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni

sebuah perkahwinan. Wahai Sahabatku, Sebarkanlah pesanan ini kepada sahabat lelaki anda

sebagai renungan pada diri mereka dan dalam memilih bakal isteri…”

0 comments: