Latest Entries »
Followers
Monday, June 8, 2009
ana afrah...
Assalamualikum sahabat-sahabat sekalian..
Selesai sudah Muktamar kali ke-55,
tapi sedih tak dapat pergi tu masih berbekas di dada.
Tapi takpelah,siaran lansung kan ade..
Aalhamdulillah,tak tau ana nak gambarkan bagaimana perasaan selepas mendengar keputusan
pemilihan jawatankuasa yang tertinggi.
Semua yang dicalonkan hebat-hebat.
Ye hebat-hebat belaka..
Sejuk mata apabila melihat wajah-wajah pejuang islam
yang ikhlas berjuang di jalan Allah..
Kalah atua menang,yang tu pejuang pejuang Pas tak kisah..
yang tu semua kita maklum..
kerana parti PAS adalah satu gerakan islam yang memperjuangkan
al-Quran dan As-sunnah yang jauh bezanya dengan parti sekular UMNO...
Presiden kita,Tuan Guru HH adalah seorang ulama' yang berkaliber..
Wajahnya penuh 'izzah menampakkan keikhlasan..
Beliau sentiasa tenang dalam menghadapi mehnah dan tribulasi..
tenang dan memang tenang menandakan hatinya sentiasa ingat kepada Allah..
Pernah ana menziarahi beliau bersama sahabat-sahabat di rumahnya..
Masyaallah..sungguh sederhana kehidupan bakal PM 'goverment in waiting'..
ana dan sahabat-sahabat dilayan mesra...
ye,sungguh mesra sekali..
kalau nak dikira,siapalah kami..
tapi begitulah akhlak tok guru yang kita sayangi..
satu lagi cerita..pernah seorang bercerita mengenai tok guru..
katanya"seorang yang sentiasa mengiringi tok guru ade menceritakan bahawa
jika dia menemani tok guru ke mane-mane program dan menginap bersama tok guru di
mana-mana untuk bermalam,dia dapati jika dia terkejut dari tidur...
Tok Guru berada di atas sejadah mengadap Allah"..
Begitulah dekatnya pemimpin kesayangan kita dengan Allah..
Maka tidak mustahil beliau disayangi kita semua dan dihormati oleh musuh..
Pernah seorang guru saya dari parti UMNO berkata"saya hormat HJ Hadi"...
begitulah benarnya sabda nabi"man khafallah,khafahu kullu syai'.."
Ustaz Nasa pula pemimpin muda yang berwibawa..
'alim,profesional..penuh wibawa..
kemahiran bahasa??
jangan cakapla..
memang jauh beza dengan pemimpin BN..
arab,inggeris cair di mulutnya...
Tok Guru Tuan Ibrahim Tuan Man pula..
Ulama' wara' dan tawadhu'..
memimpin Islam di negerinya Pahang Darul Makmur..
pernah ana ikuti kuliahnya di Rusila..
kalamnya menusuk kalbu..
sungguh taun guru diberi 'izzah oleh Allah..
Moga Pahang dapat ditawan insyaallah...
YB Salahuddin Ayub..
Kadang-kadang menitis airmata mendengar ucapannya..
kenapa??
tak tahu kenapa..
wajahnya bercahaya saat ditatap..
kalamnya menggambarkan keikhlasan seorang mujahid...
kali terakhir mendengar ucapannya secara berhadapan adalah di program
Jubli perak kepimpinan Ulama' di Taman Melewar..
sungguh 'izzah penuh haibah..
Dato' Mahfuz..
Seorang mujahid yang istiqamah..
kah kah kah..
begitulah aku..
sering tergelak bila mendengar ucapannya..
Pemimpin yang komited..
Kerana keikhlasanmu,Allah angkat Dato' jadi Naib Presiden..huhu
Begitulah perkongsian serba sedikit..
gembira sungguh hati ini..
"Moga aku juga dapat bagi sumbangan kepada islam sekadar yang aku mampu"..
cukuplah rasenye..
nak citer sume memang panjang lah..
sebab ramai lagi pemimpin kita yang hebat-hebat..
moga suke lah bace tulisan ni ye...huhu
assalamualaikum warahmatullah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment